1 April 2010

::: My Future Career 10 - Dia Mati Di Depan Mata Aku

1st time real experience.. 1st April 2010. The date I probably will remember forever.

At about 4.45am, the doctor in charge in the A&E mintak aku pegi Resuscitation Room. Katanya ada patient with cardiac arrest akan tiba in 15 minutes time. So she was looking for some help from doctors, nurses. & I guess, she knew that I may be interested to see how they do life saving. So there we were, 3 doctors, 3 staff nurses, 2 paramedics, 1 medical student. Prepared for the worst.

Then the ambulance arrived. Paramedics sepantas kilat datang tolak the patient yang dah pucat lesu hampir biru. Transferred from trolley ke katil, terus start CPR. I was standing beside the doctor in charge, observing how calm she was & how effective all of them were. Aku just mampu membantu sikit-sikit - angkat the patient into position, tolong nurses sana sini, pass barang-barang to doctors yang buat cannulation & ABG then send the blood to lab.

15 minutes of CPR but nothing. Masih tak bernafas, masih tak ade heart beats. Injected Adrenaline. Still nothing. Then 2 minutes later, the doctor in charge said that hey better stop trying since dah sejam patient to kena cardiac arrest from the moment her family members found her collapsed in her house till that moment where we tried to keep her alive.

We pronounced her dead at 5.28 am. Agreed decision.

3 minutes later, the nurses noticed some signs of life - patient started to show some breathing. Immediately, everyone kicked in & CPR dimulakan balik. Semua masih mengharap that the patient can still be saved.. 2 minutes later, she got her heart beats & breathing back although extremely weak.

We kept her comfortable. Everyone stayed quiet around her. Bad prognosis. Peripheral supply dah shut down. Kaki & tangan semua dah pucat & sejuk. macam ais Although she was still breathing & having pulses, we did not expect her to survive. Not more than an hour. Perhaps less than 30 minutes. Nonetheless, we did not stop having hope.

As what we expected, she did not make it to the end. She died 15 minutes later. The heart stopped beating & there was no breathing effort at all. Having had other significant morbidity - end stage motor neurone disease - we knew her prognosis was just too bad. She can now rest in peace. Let her be in a better place.

The doctor in charge offered me to follow her & another staff nurse to break the bad news to the family. Aku ikut je. Jumpa 2 orang family members si mati.

'We are very sorry to inform you that your mom is dead (long paused).. We tried our best But she could not survive..' Tears. Emotional. Silence. They accepted it calmly sebab sudah menjangka itu mungkin terjadi.

20 minutes later, I went home. Berjalan dalam subuh yang tenang. Satu persatu kaki aku melangkah. Bermuhasabah. Walau tak banyak aku menyumbang, tapi aku tau ini satu permulaan.

Ini kerjaya yang aku pilih. Arieza, jangan menyesal. Hidup mati mereka di tangan Tuhan. Kita berusaha, biar Dia menentukan... Tapi yang aku pelik, aku terlalu tenang di sepanjang kejadian - dari saat patient tu sampai, pronounced dead, till the moment we delivered the news to the family. Emotionless kah aku? Aku tak mau begitu..~

:sorry:


| nyawa itu sementara |

31 March 2010

::: My Future Career 9

Night Shift di A&E department memang menakjubkan, dari segala segi. Macam-macam sungguh perangai manusia - patients, relatives, doctors, nurses, OTs, HCA, medical students.. *sigh*

Now I wonder how long can I remain 'normal'. Bila in the middle of the night shift, mata bertukar menjadi merah, sepeti vampire dahagakan darah! Oh sungguh nikmat mencucuk mereka...~

Incik Macha, jangan pengsan....!


| bloodsucker! |

29 March 2010

::: Berjuang Bermati-matian

Minggu ini sangat busy. Busy dengan late shifts di A&E. Busy dengan diri sendiri. Di samping 'berjuang' bersama rakan-rakan yang bakal pulang ke kampung halaman. Tinggal daku di UK bersendiri. Menunggu pula kehadiran Incik Macha. Incik Macha, jangan lupa bawak Tiffany!

:sweaty:

Jumaat aritu 2 of my frens and I pergi bercanda membawa hati lara ke Birmingham. Then, tanpa angin tanpa ribut petir mahupun taufan, we decided to rent a car from Saturday till this coming Tuesday - just for the sake of a quick getaway. Adventurous bukan? Rugi tau kalau tak masuk mengorat kami.. Too bad borang dah habis. Yang tinggal hanya borang LT (stands for Luar Tabiee). Mau?

:devilishgrin:

Semalam we drove to Oxford. Hari ni pergi Cheshire Oaks Designer Outlets. Esok pergi London Heathrow Airport pulak - sending one of them who is goin back home to Malaysia. Karang la aku update segala cerita misteri nusantara kitorang bertiga tu. Mau pengsan dahulu. Mata sudah naik syeikh!

(PHOTO REMOVED)
ini bukan aku. ini roh aku.


| damn, aku rindu Malaysia! |

23 March 2010

::: Beyond Reasonable Doubt

From the Brtish Heart Foundation Campaign


Few words from me, which reflect not just this campaign,
but our (or should i just mention my) daily life activities..

Not all chest pain is a cardiac origin.
Not all cardiac alert is an emergency.

Not all reasoning is explainable.
Not all doubt is beyond reasonable.
Not all doubt kills.

Selective + Relevant
is the correct formula


| and now i doubt the decision |

22 March 2010

::: Blogger Award - Cantik Ke???

La ni sedang tersebar virus-virus cinta. Eh, bukan! Virus-virus memberi award. Beautiful Blogger Award katenya.. Yang tak tahan tu, encik-encik belalai pun dapat - beautiful ke nyah oii? Bantai! Janji ada award dak?

:devilishgrin:

1st time skali aku dapat benda ni minggu lepas. Then sehari dua lepas tu ada lagi orang kasi award yang sama. So aku tunggu dalam seminggu, kasi kumpul nama-nama pemberi award. Boleh buat entry sekali harung. Anyway aku dapat award ni dari Siv666, Mario, BlackMel, MrChaon & TheCutePrincess. Terima kasih daun keladi, esok lusa bagi award lagi tapi aku prefer Cash Money la tapi. Aku jujur okay!

By the way, award ni kata suruh pass to another 15 bloggers then jawab soalan yang suruh aku tulis 7 things about myself. Apekehey nya pulak suruh jawab soalan? Ni award ke tag? Musykil betul ketiak aku. Dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian, takde pulak artis-artis tu kena jawab soalan dulu pastu baru boleh dapat the piala. Jadi sebagai koya-artis-yang-lebih-perasan-dirinya-popular, aku dengan bongkaknya tak akan menjawab soalan tersebut. Jujur lagi sekali. Tahniah Arieza!

Beautiful Blogger Award ni aku nak bagi kat semua-semua yang setia menadah mata membaca blog aku yang agak hancing ni. Nak bagi duit, belum mampu sey. Bagi award je la - tu pun bukan real punya piala, GAMBAR semata-mata! Rajin-rajin la copy paste sendiri ye. Ala kesian..

p/s : Untuk Encik Kulanz, Asada dan Lelaki Ini, maaflah sebab aku tak mampu menjawab tag lagi. Semua tag tu lebih panjang dari main page Utusan Malaysia. Makanya aku surrender. Maaf zahir & batin. Selamat Hari Raya. Jauh dari perantauan..

:antok:


| hati aku tak bengkak |

21 March 2010

::: Demam Hidung, Pening Tekak

Tatkala virus menyerang diri, habis sakit segala anak tekak & lobang heydong. Hingus meleleh, suara rock, kepala ting tong, muscles cramping, lemah longlai.

Nyah kamu virus dari badan aku ini!

:galit:


| ngape? |

19 March 2010

::: Kereta Terseret Di Kepala Lori Tanpa Disedari



Sila tengok video kat atas ni sampai habis. Terjadi kat Yorkshire UK hari Rabu haritu.

Yang ajaibnye, pemandu lori tu tak sedar langsung akan kewujudan kereta kat kepala lori dia tu. Dengan kelajuan 60mph, lori tu terus je bergerak selamba. Tak sedar yang dia dah terlanggar sebuah kereta, and kereta tersebut sedang terlekat kat depan kepala lori dia, and kereta tersebut sedang diseret ke depan bersama-sama dengan lori dia sekali. Very the aneh..

Time kejadian, pemandu kereta tu was still inside his car. After quite a while (probably ada orang jerit or bagi sign kat dia), then only the lorry driver sedar yang dia tengah 'menolak' sebuah kereta dengan percuma. Free-towing dow.. Jimat minyak kereta tu..

Pelik. Adakah kerana kepala lori tu agak besar? Ditambah dengan fokus pemandu lori tu yang terlalu tinggi, sambil memandang lurus ke hadapan dengan mata kuyu, akibat tak sempat minum kopi tongkat ali time brekfast. Sebab tu ke driver lori tu tak perasan yang dia dah terlanggar dan terseret kereta kat kepala lori dia?

Ish.. Aku still pelik! (untuk berita lanjut, KLIK SINI.)


| tak nak beli nombor ekor? |

18 March 2010

::: Taip ON SUNYI Dan Hantar Ke 383838

Penat? Bosan? Sunyi? Sepi? Gundah? Gulana? Ya maulana, kesian.... Anak angkat ayah pin pun ada kawan. Mari pegi langit carik kawan.. Mau? Ala gurau je. Untuk yang kesepian, takyah susah-susah dok taip ON SUNYI dan hantar ke 383838. Pathetic! Meh sini aku kasi petua percuma. 3 cara mudah nak buat senang hati ketika sunyi..


1) Makan sampai mengantuk

Selagi tak rasa ngantuk, jangan berenti makan. If korang nak prektikkan makan-sampai-mengantuk ni di kedai-kedai makan, make sure dompet tu berisi tau adik-adik abang-abang. Karang ada yang mati dalam kekenyangan dihempuk meja oleh si pemilik mapley. Sape mau jawab? Aku dah pesan siap-siap.. Oh, satu lagi! Jangan kenyang teramat sampai tak lalu nak balik rumah. Tak pasal-pasal diorang terus call 999 sebab ingat ko kekejangan pengsan. Ingat 2 pesan tok guru ni tau!

Bila dah agak-agak mata tak lalu nak bukak, cepat-cepat balik bilik. Pasang kipas kuat-kuat, hala 30 degrees ke arah leher.. Angin bayuuuu je. Kuyuuuu je. Buat posisi cantik punyer, pejam mata dan pengsanlah korang selama mungkin. But make sure pagi esoknya adalah hari cuti. Bukan hari sekolah atau hari keje atau hari raya! Sebelum lena tu, sure rasa senang hati. Apa pun tak fikir dah.. Perut teramat sendat sampai mencengkam sel-sel otak! Nikmat dow.


2) Mandi sampai kuku kecut

Sepanjang weekdays, korang mandi time pagi-pagi buta pun semua untuk cukup syarat je. Mengejar masa katanyer! Tapi sebenarnya kerana mata masih lebam, gigi terketar-ketar, perut masuk angin kentut tak renti-renti. Tu yang mandi pun sekadar ala-ala P.Ramlee.

So bila tiba hujung minggu, celik-celik mata je korang terus menyanyi dengan riang. Pilih lagu berentak Dangdut. Itu paling mujarab. Then berendamlah selama mungkin. Kalau takde bath tub, duduk la dalam besen. Paling kurang pun rendam je kaki dalam baldi. Kalau ada geng-geng satu rumah dok ketuk-ketuk sebab rushing nak berak, korang naikkan lagi pitching nyanyian. Tukar kepada rentak Mambo pulak. Kalau boleh bawak tamborin atau violin sekali. Baru artis.

Lepas dua tiga jam berpesta bueh, gerenti segala-galanya kecut. Kuku kaki pun macam dah nak tanggal. Senang hati wa cakap lu.. Kuar bilik mandi je terus tersengih. Nampak member dah terberak tepi pintu sambil memaki hamun pun korang dah tak ambik port dah. Ape-ape pun, yang paling penting ialah pasang nawaitu untuk mandi dengan gembira. Bukan berniat 'sahaja aku mandi' tau! Tapi kalau korang kena jugak berniat macam tu, kira korang dapat nikmat kuasa dua ar.. Rezeki lebih katakan..

:devilishgrin:


3) Buat-buat senang hati

Tu pun tak reti?

:wave:


| bukan senang nak senang |

16 March 2010

::: Hidup Kita Bukan Roda. Tapi Timba.

Hidup ni bukan roda sebenarnya. Mereka semua kaki kencing!

Kalau hidup kita roda a.k.a. tayar - tayar kereta, tayar lori, tayar beca, roda ketapi or apa-apa sahaja yang bersamaan dengan itu, kita akan sentiasa berada di atas landasan, di atas jalan, di atas satu permukaan. Even tayar kapal terbang pun sentiasa berada di atas landasan. Bila dia terbang, dia simpan rapi tayar tu kan? Tak penah pulak aku dengar pilot pakai tayar kapal terbang untuk duduk singgah kat atas awan.

Hidup ni seperti timba di perigi (yang version zaman Saloma dulu). Tau ke?

Perigi yang ni haaaa. Kan ada timba tergantung kat tengah-tengah tu. Tapi dalam gambar tu timba tu tak kelihatan sebab sedang berlegar-legar bergantung di dalam perigi.

Hidup kita macam timba tu la. Adakala kita cantik je tersangkut di atas, semua orang boleh nampak. Manis je tersemat kat hujung tali. Kadang-kadang siap bertenggek kat tepi perigi, sexy! Adakala pulak timba tu tersembunyi kat dalam perigi. Gelap gelita, tak sape nampak yang si timba mungkin sedang dihurung sanak-saudara nyamuk betina. Paling malang, ada ketika timba tu tenggelam di bawah air. Lemas.. Tak dan nak buat ape la.

Tunggu ar orang yang seterusnya datang kat perigi tu, dan harap-harap dia rajin untuk menggulung tali timba sampai ke atas after dipakai. Tapi lumrah manusia kan agak pemalas. Lepas dia pakai timba tu untuk cedok sebaldi dua air, dia baling timba ke dalam.. Lemas lagi.. Ada rezeki lebih, tak lemas menyentuh air, maka tergantung la di tengah-tengah perigi.

Macam tu la hidup kita. Ada masa di atas, ada masa di bawah, ada masa terus lemas. Tapi jangan penah putus berharap. Esok lusa kot-kot ada yang akan datang menggunakan timba lagi. Memang la bukan hari-hari. At least ketika air kat pili rumah teramat perlahan dek catuan hasil kemarau panjang, pasti mereka datang carik perigi. Paling kurang pun kita sempat menjenguk ke atas buat seketika sebelum dicampak ke dalam perigi semula.

Berdebushhhhh~ Lemas....

Aku merepek perihal timba & perigi yang masih orang guna. Bukan di perigi Pak Ayub mat duda yang jadi tempat pembiakan nyamuk aedes semata-mata. Oh sebenarnya aku tak penah tengok perigi sebegitu kecuali di Makam Mahsuri Langkawi je. Kat kampung aku takde perigi camtu. Kat kawasan perumahan lagi la tak penah-penah aku jumpa. Tangki taik dalam tanah, ada ar.. Boleh ke campak masukkan timba?

Jadinya, aku bukan timba. Aku nak jadi pili bomba~

:sweaty:


| jangan lagi sebut 'hidup ini roda'! jangan! 'hidup ini timba' okay? |