4 April 2010

::: Kenapa Aku Tiada Nuffnang

Well, untuk yang sudah biasa lalu lalang di blog aku ni, korang sure dah perasan akan ketidakwujudan iklan Nuffnang (& other adverts) dalam ni. Kaki kencing rabun tenuk je yang dok tiba-tiba shout 'i click ur milo', 'digi satu', 'mr potato sebungkus'.. Ish.. Aku belom bukak kedai runcit, dah banyak order masuk. Femes dow! Mungkin mereka ni patut pergi test mata kat optician sebelum menjadi lebih kronik...

Banyak yang dah bertanya kenape aku tak letak iklan Nuffnang. Ada dua sebab utama..


1) Invalid IP Untuk yang malas nak bace description kat my profile, ni aku nak kabar - aku ni sedang berpijak di UK a.k.a. England. Images kat atas ni dah cukup menjelaskan sebab pertama aku takmo letak iklan Nuffnang dalam this blog.

Kalau aku ketegaq nak letak jugak iklan Nuffnang kat blog ni, korang (yang mostly berada kat Malaysia) dok rakus-rakus click meng-click, semuanya valid. Terima kasih berjuta-juta. Tapi bila part aku nak click iklan korang pulak, satu haprak pun korang tak dapat. Korang rasa geram tak? Aku taknak korang rasa 'tertipu secara halus'. Tak adil la - korang tolong aku but aku tak dapat tolong korang. Tak best ar begitu.. Betul tak? Nanti aku rasa guilty. Rasa itu yang paling aku benci.


2) Purpose & Interest

Dulu aku penah buat entry jelaskan kenapa aku bukak this blog. Aku menulis kerana hobby. My interest memang agak bongek - aku suka menaip. Penah dulu kecik-kecik aku bitau my parents yang bila besar aku nak jadi kerani je. Boleh taip macam-macam. Gila? Percayalah. Aku bernama Arieza.

Bab-bab iklan belum berjaya menawan interest/minat aku. Aku masih punya niat kukuh untuk ber-blogging i.e. self-pleasure. Kalau difikir-fikirkan, lets say aku pasang iklan with a valid IP, then ziarah-menziarah blog orang lain (just untuk up traffic or clicking the adverts) akan jadi satu commitment la pulak. Ini pun aku tak suka. Aku datang blog korang untuk bace entry. Jangan persoalkan. Period! (ini bukan period yang datang bulan tu! sila rajin-rajin bukak kamus!)


Jadi anak-anak sekalian, sudah faham kah kamu?

:sweaty:


| duit duit duit.. haih... |