26 April 2010

::: Melawat Emirates Stadium London

Aku dah kembali dengan selamatnya setelah 2 hari 1 malam bermusafir di London. Cukup membiolkan. Tambah-tambah dengan cuaca yang semakin suam-suam menghampiri panas. Kalau pergi shopping dan cuci mata semata-mata, mungkin tak sepenat ni. Tapi dek kerana hari Ahad (from 9am till 5pm) telah dipenuhi dengan 'ibadah ilmu' serta seis memerah otak belajar dari Dr Clarke, Arieza sudah cukup tension dan tepu!

Hari Sabtu petang at about 3pm, my friends and I finally went to Emirates Stadium.. Kebetulan hari tu at 5.30pm diorang ada Home Match Arsenal vs Manchester City). Ticket memang sold old. Penuh manusia! Ada 'ulat-ulat' offer tiket - paling murah pun 230 pounds per ticket. Gila?!

Seperti biasa, aku sempat berjaya merembat keychain dari Emirates. Maka cukup sudah koleksi keychain dari Chelsea, Manchester United, Liverpool dan Arsenal. Semua berjaya dibeli dari Original Store FC masing-masing i.e. di home stadium diorang. Puas hati.

Dan seperti yang dijanjikan, aku dah beli satu T-Shirt London, 5 London keychains dan satu London fridge magnet, sebagai habuan untuk para pemenang di Contest Hangit By Arieza!

Dalam next entry nanti aku kasi korang tengok gambar-gambar dari Emirates Stadium dan hadiah-hadiah Contest Hangit yang jelita belaka itu, okay?

Penat = Tido!

:tsk:


| ok takyah la ketuk ape-ape. puas hati? |