5 May 2010

::: Arwah Hisham Kembali Kepada-Nya

Tadi aku pergi hospital. Attended ward round sesi petang dengan 5 doctors. Kali ni aku ditempatkan di ward orang-orang tua yang ada pelbagai jenis penyakit kronik. U name it, they have it all.

Surrounded by the elderly, buat aku lebih menghargai kesihatan dan umur yang ada. Baru 3 jam ward round, dah ada 2 patients yang doktor pakar berpendapat sudah 'terminal' iaitu terlalu tenat atau menghampiri hujung nyawa. Dalam beberapa hari lagi, kemungkinan besar keadaan mereka akan menjadi semakin parah dan boleh mengundang ajal pada bila-bila masa..

Ajal. Itulah pusingan nyawa. Bayi datang dilahir ke dunia, yang pergi menemui yang Esa.

+++++

Seperti salah seorang rakan kita, yang begitu dikenali dengan nama Hisham (http://unrestmind57.blogspot.com/) telah pergi mengadap penciptanya semalam (3 petang, Rabu, 4 Mei 2010). Dengar kabar terlibat dalam kemalangan. Al-Fatihah untuk Arwah. Takziah buat sanak saudara serta sahabat handai terdekat.

Baru 2-3 bulan Arwah dan aku saling berbalas kunjungan ke blog masing-masing. Arwah selalu tinggalkan komen di entry blog aku ni. Tak penah kering dengan lawak dan usikan dia. Start hujung March, aku perasan Arwah Hisham dah tak ada tinggalkan komen lagi. Aku jenguk jugak blog Arwah 2-3 kali seminggu. Tunggu update dari situ.

Sekali dengar cerita, Arwah Hisham dah selamat diijabkabulkan pada awal bulan April lalu. Alhamdulillah. Sempat jugak aku ucapkan tahniah kat Arwah. Aku siap shout kat blog Arwah 'pengantin baru tgh pegi honeymoon ke...?'

Aku ingatkan Arwah Hisham akan kembali berblogging selepas puas bercuti rehat untuk majlis perkahwinannya. Namun Allah lebih cepat menjemput Arwah pulang sebelum sempat dia update ape-ape cerita tentang kebahagiaan alam perkahwinan yang baru sahaja dikecapi.

+++++

Dalam satu entry blog Arwah Hisham bertarikh 19 Mac 2010, Arwah ada tulis...

"Sahabat2 semua.. berbaktilah pada org tua selagi mereka masih hidup, kasihanilah anak2 yatim dan org2 yg miskin..

1. Yang paling dekat: Mati
2. Yang paling jauh: Masa
3. Yang palilng besar: Hawa nafsu
4. Yang paling berat: Amanah
5. Yang paling ringan: Tinggal solat
6. Yang paling tajam: Lidah

aku pun x buat blogwalking dah.. aku p blog org yg komen aku jer.. aku dh tua x larat dh.. dan mgkin komen aku akan berkurangan.."

+++++

Bukan sahaja komennya akan berkurangan, rupa-rupanya memang Arwah takkan bagi apa-apa komen lagi..

::: Berita perihal kemalangan Arwah Hisham di Harian Metro Online

:puppyeyes:


| Bro Sham, moga tenang di sana...~ |

::: 2022 and its near end

It is near the end of 2022.  It really goes by at a blink of an eye. This year started with hope - loadssss of it. And I thought this year w...