30 October 2010

::: Ungkap Jiwa Sebelum Lena

Di sini aku bicara tentang satu drama yang aku cipta. Ada yang mahu tahu, ada yang lari melulu. Lumrah. Jadi engkau, aku, terus pasrah.

Percaya. Setiap yang Allah cipta tu baik sungguh pada asalnya. Begitu juga kamu semua. Yang aku sayang, yang aku benci, yang aku puji, yang aku keji, kamu semuanya baik sungguh pada asalnya.

Setan masuk ke dalam dada, biarkan. Kita inikan cucu cicit padanya Adam. Bangkit lawan! Jangan biar si setan ingat dia raja dalam dunia. Mari laung bahawa kita suma Dia cipta baik sungguh pada asalnya. Bagi bukti. Setan mesti cabut lari!

:) Aku tulis ketika hati bicara berbunga. Siapa kata Tuhan itu tidak adil bijaksana?? Buta! Aku tak mahu jadi si buta yang cuma meminta ketika mau segala, tapi hilang tatkala nikmat di tabur membaja. Duhai aku, jangan jadi begitu.

Terima kasih Tuhan atas semua nikmat yang sudah Engkau tak jemu taburkan. Kekadang sukar aku mengucap syukur. Ampun ya Tuhan, aku ini hamba yang kealpaan.

Biar jatuh, biar bangun. Kita jalan pegang tangan. Jangan lepaskan. Bimbing aku pada pedoman.

Ingat sayang, ingat kawan, kita ni adanya dicipta baik sungguh pada asalnya :)


| @)------ |

28 October 2010

::: Sheldon The Big Bang Theory

If only Dr Sheldon Cooper is real, I will pay you to be my friend...
or perhaps my boyfriend!~ hikhikhik.

Go watch these videos.

You will find yourself gasping for air while laughing like hell!
But if only you get the high level of sarcasm and intelligence.

'It is time for me to make love to you daughter's vagina!' - Sheldon

SMART IS THE NEW SEXY!


| Bazzinga! |

26 October 2010

::: Cerita Panjang Hujung Minggu Itu

Hujung minggu sudah tamat. Puas hati. Berehat dalam privasi. Terima kasih untuk yang sudi mengerti.

Banyak benda yang gembira terjadi. Cuba memahami diri serta 'insan yang separuh dari diri ini' dengan lebih baik. Ada peluang untuk bercakap benar dari hati. Mungkin intonasi apabila didengari orang lain kami umpamanya sekadar bergurau. Tapi kami masing-masing mengerti, borak-borak kami itu lahir dari hati.

Gembira. Dapat merasa sedikit pertambahan kematangan dalam diri masing-masing. Semoga lebih bertambah segala - gembira, matang, tolak ansur, memahami, sensitiviti, jujur, sayang, cinta.

:astig:

++++++++++++++++++++++++++++++

Kawan. Terima kasih setinggi langit kerana masih prihatin walaupun rasanya cuma tinggal secebis. Aku sudah baca apa yang ditulis. Entah. Hati masih rasa tidak enak. Masih rasa 'belum boleh menerima'. Tapi aku janji akan aku pujuk hati. Mungkin sudah tiba masa untuk aku lepaskan apa yang pernah aku ketahui. Kerana kau pun sudah boleh belajar melupai. Kenapa tidak aku? Baik. Kau teruskan. Aku doakan kau, kawan.

++++++++++++++++++++++++++++++

Ada seorang insan tinggalkan komen dekat last entry aku. Wirajiwa namanya. Thank you so much atas kesudian :) Mungkin dia dulu-dulu selalu follow entry aku. Ataupun komen itu sekadar komen biasa yang tiba-tiba sahaja darinya. Katanya penulisan aku kini makin dewasa, tapi ada nada keras dalam kematangan itu.

Benar. Untuk makluman, hati aku ini keras. Keras kerana banyak yang telah aku pelajari. Jatuh bangun, dikutuk dikeji, dipuja dipuji. Benar. 25 tahun pengalaman ini belum mampu mendahului kamu-kamu yang sudah jauh mengorak dan mencorak masa depan. Sudah mampu tersenyum untuk mencari dan pegang duit sendiri sedangkan aku masih belum punya apa-apa lagi.

Tapi 25 tahun aku ini padat dengan pelbagai corak lukisan. Umpama kanvas putih yang sudah sesak dengan seluruh warna yang ada wujud dalam sekian alam. Kerana sesak warna atas kanvas hidup itulah aku menjadi yang lebih memahami. Memahami bahawa hidup ini terlalu singkat untuk aku kesali. Terlalu singkat untuk tidak aku harungi.

Aku biar yang dulu terus pergi. Aku menunggu yang di depan untuk hadir. Aku hargai yang sekarang sepenuh hati.

:wave:


| Ketut Ketut Ketut |

21 October 2010

::: Hujung Minggu

Alhamdulillah..

Results end of posting yang pertama haritu dah keluar. Syukur dengan rezeki Allah. Terima kasih atas doa keluarga, doa semua.. Semoga langkahan kaki terus ke depan.

Hujung minggu ini masa untuk berehat. Aku mau privacy. Berehat secukup-cukupnya. Jangan ganggu dengan panggilan telefon. Jangan ganggu dengan text messaging. Jangan ganggu dengan email! Tutup telinga, tutup mata, takmau tau pasal cerita orang sekitar. Kali ini, semua cuma cerita aku!

Hujung minggu ini milik aku.. Mau rehatkan otak, rehatkan minda sepuas-puasnya~


| boleh pergi shopping? hik~ |

20 October 2010

::: Aok Nang Juak!

Yah! Marek kamek ngereypak dalam bahasa Kelantan nak? Pa kata aritok kamek masuk ke tema bahasa ibunda kamek gik. Yihaaa!!!

Aok.. Kamek nang orang Kuching, kitak sik tauk kah? Tedah.. Ya lah orang tua-tua madah, ngerayo masuk blog orang tapi malas nak baca. Main tembak-tembak mencapub ajak. Bagus iboh nak? Hukhuk.

Tok kamek nang gik panas badan. Pelik juak kenak la dunia Sibu tok panas macam harrr! Pelik aih. Banyak gilak dosa kah di sitok. Kedak rasa di padang pasir. Kering kontang jak. Mungkin banyak gilak tokey balak membotakkan hutan. Ya nyuruh nya kali..

Pa lah kitak orang tolong mendoakan hujan lebat berserta ribut dan petir datang ke Sibu tok lok.. Sak hujan membasahi tanah di sitok.. Sikda lah kamek orang jadi sakit jiwa gilak bila panas naik ke palak time kelas.

Ok ok kamek stop..

Mana-mana yang angol udah ya, boh ngangak luas gilak. Tang ada jak lango masuk ke mulut kitak orang kaktok...

:okay:

p/s: Hooray! Terima kasih JPA! Hikhik~


| tema hari ini, Sarawak! |

19 October 2010

::: Kecek Ko Tangey

Dulu-dulu kawe ado sorey saim. Namo Sharil. Budop Puchong tapi asal Kelate. Panas baran mak aih! Buleh sakit jiwo! Sapo kenal dio? Meh kabar ko kawe dio tu idup lagi ke dop?

Sapo lagi budok Kelate? Hok mari sini! Kecek sikit..
p/s: Abe Majik toksey lah kecek, kecek serupo ore siam. Abe majik kecek ko tangey jer!


| tema hari ini, Kelantan! |

14 October 2010

::: Sunway College

2003-2005. A Level. Sunway Monash Condo. Sunway College.

++++++++++++++++++++++++++++++

I had a good friend, Farah, as my housemate. Dia bilik sebelah. Single room. Aku kat shared-room, with another chinese roommate. So setiap kali malam menjelma, Farah will come over to my bed. Kalau tak lama pun, seminit dua pun kira jadi lah. Selalunya before dia pergi mandi, dia akan singgah just to say hi. Bila time lewat tengah malam pulak, aku akan datang meronda pergi bilik dia. Ganggu dia study and menyanyi. Sebab singing is her favourite hobby and she does have a good voice too! Maka selalu sangat terjadi aktiviti 'kami meniarap sambil buat kerja buang masa' kat bilik dia.

Weekend je, we merayap to Sunway Pyramid. Paling kurang pun, having fun watching TV all day long! Or maybe cooked together, but our main menu was usually chicken nuggets or scramble eggs with mayo! Hahahaha so unhealthy yet we love it!

Selalunya weekend akan ada functions kat Sunway Lagoon. So from Farah's room corridor, kitorang akan skodeng cuci mata sambil menikmati music yang super loud dari those ongoing functions. Then we kutuk-kutuk any events yang pasang music entah hape hape merapu meraban.. Buat sakit taik telinga.

But still, we were like enjoying the Sunway Lagoon's events for free!! Just from her corridor. Heaven! Fireworks were almost there every weekends!

We had funs,
we shared gossips,
we played with make-ups,
we stayed up till late just to chit chat about stupid stuffs,
we laughed and teased each other,
we copied each other's homeworks,
we came late for classes,
we did last minute revision,
overall we had funs!

Damn. I miss her. Now she is already a pharmacist. Here in Malaysia. Graduated this year from Bath University I guess. The last time I met her was 2 years back. That was when I traveled from Leicester to Bath to visit her and have some run away vacation with my Sunway College's friends back in UK.

If only I have time to meet her up again. This time for sure in Malaysia! Yes our home country! Not in UK anymore!

I miss those moments! Missing her so much!

:inlove:


| itu baru kawan |

8 October 2010

::: Terima Kasih Istikarah

Hari sedang hujan.
Basah rasa hati tapi basah dalam nikmat.
Alhamdulillah.
Hati ada tekad. Masih punya tekad.
Terima kasih atas istikarah.
Semoga benar segala petunjuk itu.


++++++++++++++++++++++++++++++


Dah habis 4 minggu of Medicine Posting. Ada lagi 5 minggu sebelum End of Posting Exam. Tak terasa. Sebulan dah berlalu. (eh jangan ada yang salah faham lagi. ni baru penghujung salah satu posting dari berbelas-belas postings! jauh lagi title 'Dr.' tu dari aku.. sedih kan~)

Tamat Ramadhan dan juga Syawal. Tahniah untuk yang berusaha berpuasa sunat di bulan Syawal. Alhamdulillah kita masih panjang usia. Semoga punya masa untuk terus beribadah hingga bertemu Ramadhan yang depan..

Salam hari terakhir di bulan Syawal kawan-kawan..~

:wave:


| sukan interapartment is coming next week :) |

7 October 2010

::: Trust

Trust itu kepercayaan. Betul? Yes.. Betul..

I honestly have issues with trust, since I was little. I hardly trust people. True. HARDLY! Because I have piles of experiences that make me see people as unreliable living things. The trauma taught me so great in judging people at first instance. Not that I said my first impressions are always correct, but hey, dont deny that all of us have our own stereotype thinking, arent we? I know you are nodding silently.. Huh.

Believe me. For me named Arieza, it is not easy to learn to trust at least 1 person - even parents, siblings and the most loved one. Trust is to be gained, not given. With that secrets of past, it seems so impossible to trust at least one person! But yet, I LEARNT!!

When I said I trust you, meaning I am willing to and have sacrifice so much to overcome that great deal of my own fear and past. Thus, I beg any of you - who I already trust, who I already have faith in - to listen, to share, to love, to live together - please dont take that trust for granted. Once it is ruined, I swear I will never give it again. And I swear, you are not the one that deserve to gain it in the first place!


++++++++++++++++++++++++++++++


Aneh.

Hari-hari ada orang sakit. Hari-hari ada orang mati. Hari-hari juga ada kes buang bayi. Hari-hari ada orang disakiti. Hari-hari ada orang menggapai bahagia. Hari-hari ada semua benda. Apa yang tak ada? Semua ada. Macam-macam ada.

Aneh.

Hidup.. Bak deretan jutaan pentas drama yang tak pernah lekang dari gelak tawa, tak pernah lekang dari titis air mata, tak pernah lekang dari segala emosi dari jiwa.

Kau pilih apa? Aku pilih apa? Kiri kanan laluan tak sama. Tapi biar kita janji jumpa di hujung sana...

:sigh:


| bila arieza tak suka |

6 October 2010

::: Kisah Merapu Seorang Aku 2

sambungan dari this entry...

Isnin. Awal pagi. Di Kuching International Airport. Perut lapar. Ditemani seorang cousin yang sama lapar. Kami mau mencekik. Roti canai ada? Owh, macam tak ada.

Aku : Kak. Nak order.
Cousin : Macam takde orang nak layan je. Semua tengah leka dongak TV plak haih!

Tunggu lagi 5 minit. Kakak semperit itu macam buat-buat tak tau. Layan TV la pulak. Kata status restoran kat International Airport. Tapi macam keberet! Hangen dah aku ni! Awal pagi, jangan cuit ini baran. Jadi bahan api karang!

Aku : Eh macam jakun tak pernah tengok TV. KAK!!!! Order!

Kakak datang melenggang bontot. De'uuh! Budget muka lawa ala Julia Roberts. Makeup tebal 2 inci setengah. Mengalahkan orang kerja jadi Secretary kat White House! Air muka memang haram takde rasa guilty. Hello! Kami customers okay. Customers! Mau tengok TV, balik rumah goyang kaki! Itu tempat kerja!

Aku : Kasi karipap satu set.

Cousin : Breakfast set, roti bakar.

Kakak : Cina ni macam tak sabar.

Dia bisik pelan-pelan. Tapi telinga aku ni jenis pantang dengar perkataan cina. Berdesup!!!!

Aku : Eh. Aku dah order dengan cara paling sopan, ko jawab serupa setan. Oi aku ni sama serupa macam engkau jugak, MELAYU!! Ini lah bangsa aku.. Nak berniaga, tapi attitude disiplin banyak macam taik! Buat malu sama bangsa. Kau tu nak kerja ke tak nak? Nak tengok TV, pi balik rumah!

Kakak : Sorry sorry...

Kan dah kena! Puas. Makan sampai kenyang. Tu pun after 30 minit tunggu order siap. Dasar siput. Roti bakar and karipap yang dah siap je kot! Customers tak ramai mane!

Aku buat muka samseng macam mau telan orang. Tau diorang kecut. Kecik besar kecik besar. Hak... ptuihhh!

:okay:


| dah lama tak datang 'amok'. tibe-tibe rasa best. |

5 October 2010

::: Blog Baru

Ingin buka satu lagi blog baru.

Tanpa ada siapa tahu apa di mana. Ingin bercerita dengan diri sendiri. Kerana nyata jiwa kita mana mungkin sama. Kerana kamu mungkin takkan meminati apa adanya.

Cerita cuma sekeping hati. Yang sebenar-benar hati. Tapi ini tetap yang utama.. Terima kasih rakan-rakan!


| akan kembali |

4 October 2010

::: Untuk Kamu Kawan

Aku rasa engau tau siapa dirimu.
Ini untuk kamu kawan.
Kawan dalam hati.
Yang Tuhan tahu aku perhati.

Kawan. Ingat. Engkau kena kuat.
Supaya aku juga jadi kuat.
Engkau, aku. Tiada siapa tahu.
Di mana bermula, apa cerita.
Mana ada siapa-siapa tahu.

Mereka lagaknya tidak kisah.
Mungkin adanya cerita kita, hanya untuk buku kita.

Jalan bengkang bengkok mu, engkau saja boleh rasa.
Aku tipu kalau aku kata aku pun sama.
Hakikatnya aku tak rasa apa, cuma boleh dengar.
Membayangkan untuk merasa.
Waima jalan kita ada sedikit sama.
Tapi engkau pun tahu, aku pun tahu, rasanya pasti berbeza.

Kau selalu kata hidup mu penuh drama.
Ya. Aku begitu juga.
Ada banyak cerita.
Terlalu banyak.
Yang belum mampu kita kongsi sama.

Cukuplah. Engkau dan aku tahu. Kita penuh suka duka.
Celaru ada. Pahit ada. Sesak ada. Hitam pun ada.

Tapi mari kita janji.
Heret saja kisah celaka itu.
Biar si celaka duduknya di belakang.
Jadi sejarah yang pekong kosong.

Tapi peluk segala kisah manis yang ada.
Yang adanya hidup cuma satu.
Cuma satu peluang.

:sorry:


| suntuk hari |

2 October 2010

::: Untuk Kamu Semua

Kamu-kamu yang baca blog saya, terima kasih!

:sorry:


| kamu kamu sahaja |