Showing posts with label cerpen hidup. Show all posts
Showing posts with label cerpen hidup. Show all posts

18 December 2022

::: 2022 and its near end

It is near the end of 2022. 

It really goes by at a blink of an eye.

This year started with hope - loadssss of it. And I thought this year will end with a stronger vibe.

But I was wrong. Mehhhhh.


Tests and challenges are in fact signs of Allah's reminder as well as blessings.

Nothing good comes easy, I believe.


Allah made a person, K, came into my life - but it was short lived.

Promises were broken, memories were dark.

But I am gonna look at this from a positive perspective.

I know I do not lose anything. 

I am on the winning end - big win.


He came at a good time, really.  And I thought I was ready. Yet no, I was actually never ready.

Again, I know now that it was a test from Him the al-Mighty.

To remind me that I should always rely on Him.

- during the goods and the bads, the ups and the downs.


La hawla wala quwwata illa billah...


I may have no shoulder to cry on sometimes, but I always have a ground to put my head and shed my tears on.

Because only Allah is the ultimate Listener.


May the end of 2022, marks a good start of the upcoming years. I am all ready.

Embarking a new journey of freedom and self-love - inshaAllah.


| May Allah removes this testing sorrow from me |

28 February 2011

::: Kisah Merapu Seorang Aku 4

Sambungan dari THIS ENTRY..


Hari itu cuaca suam-suam kuku. Jejaka Islam baru lepas solat Jumaat. Jalan lebih kurang masih padat. Time tu la aku beriya juga nak menuju ke bank, mahu buka akaun saham. Aku mahu jadi kaya! Kaya dengan duit mak bapak, boleh ke? Muahahahahaha.

Tiba di kaunter, sorang wanita cina awal 30an berada di belakang penghadang cermin tu terus senyum menyapa aku yang berkaca mata hitam.


Miss Amoi: Good afternoon Miss. How may I help you?

Aku: Afternoon. (senyum sikit-sikit je, sebab perut tengah lapar!) I wanted to open a new account please.

Miss Amoi: Here, fill up this form please, and firstly, may I have your IC, Miss?

Aku: Aaaa. Here you go. (mulut dah cakap here you go tapi tangan masih lagi dok selongkar keluarkan IC dari purse)

Aku bagi IC kat Miss Amoi tu. Miss Amoi tunduk... Tengok IC aku dalam 8 saat. Kemudian pandang aku lagi sekali.. Pandang dengan mata sepet dia..

Miss Amoi: You converted to Muslim eh?


Amboi la Miss Amoi ni.. Dia tanya pun straight forward je. Muka langsung tak bersalah. Confident dan innocent! Aku dah tak reti nak jawab ape dah. Nak kata kerana mata, sangat tak mungkin. Sebab aku tengah koya bercermin mata hitam, even dah masuk kat dalam bank tu! (hahahaha koya tak koya mana la sangat dok?) :p

Dan dah pasti juga nama aku dalam IC tu diBINTI kan dengan nama bapa aku yang pastinya bukan Abdullah ataupun Muhammad.

Aiyya!

:devilishgrin:


| esok2 nanti kalau aku pakai purdah, ada lagi orang panggil aku budak cina, siap! |

12 November 2010

::: Kisap Merapu Seorang Aku 3

Sambungan dari THIS ENTRY..


Hari itu terjadi... Di perkarangan bandar Sibu..

Mahu keluar parking. Pasang gear reverse. Tiba-tiba ada sebuah kereta Kancil melintas di belakang. Buta gamaknya. Sedangkan kereta aku dah half-way reverse. Mujur tak berlaga bontot.

Bila dah fully out from the parking space, jalan ke depan sikit nampak kereta Kancil hero tadi tu ada kat tepi jalan. Tunggu girlfriend dia turun pergi supermarket kot. Lelaki Melayu.. Dalam lingkungan cecah 30.

Hati tengah bengang. Masih lagi dup dap dup dap sebab kereta dia hampir gesel bontot kereta aku. Sedang aku melintas dengan bergayanya, turunkan tingkap yang sebelah penumpang hadapan.


Aku : Hey. Aku tengah reverse separuh jalan, ko gasak jugak nak cepat melintas? Apa cerita? Nak mati beranak dah?

Driver Kancil : Erk? Sorry moi. Tak nampak tadi. Rushing.

Aku : Rushing mahu lumba pergi mane? Kondom? Bikin panas je malam-malam ni.

Driver Kancil : Ala moi. Sorry sorry. Samseng betul amoi ni... (sambil dia senyum-senyum, mengharapkan aku berhenti membebel la tuh!) Talak buat lagi la moi... Settle okay?

Aku : Haa bagus. Lain kali jangan buta mata jangan buta hati time tengah sedap berkepit dengan bini. Assalammualaikum.

Driver Kancil : Eh? Melayu. Waalaikummussalam..


Ye memang aku samseng. Samseng aku ni terjadi sebab orang samseng dulu kat aku!

:inis:


| argh! |

6 October 2010

::: Kisah Merapu Seorang Aku 2

sambungan dari this entry...

Isnin. Awal pagi. Di Kuching International Airport. Perut lapar. Ditemani seorang cousin yang sama lapar. Kami mau mencekik. Roti canai ada? Owh, macam tak ada.

Aku : Kak. Nak order.
Cousin : Macam takde orang nak layan je. Semua tengah leka dongak TV plak haih!

Tunggu lagi 5 minit. Kakak semperit itu macam buat-buat tak tau. Layan TV la pulak. Kata status restoran kat International Airport. Tapi macam keberet! Hangen dah aku ni! Awal pagi, jangan cuit ini baran. Jadi bahan api karang!

Aku : Eh macam jakun tak pernah tengok TV. KAK!!!! Order!

Kakak datang melenggang bontot. De'uuh! Budget muka lawa ala Julia Roberts. Makeup tebal 2 inci setengah. Mengalahkan orang kerja jadi Secretary kat White House! Air muka memang haram takde rasa guilty. Hello! Kami customers okay. Customers! Mau tengok TV, balik rumah goyang kaki! Itu tempat kerja!

Aku : Kasi karipap satu set.

Cousin : Breakfast set, roti bakar.

Kakak : Cina ni macam tak sabar.

Dia bisik pelan-pelan. Tapi telinga aku ni jenis pantang dengar perkataan cina. Berdesup!!!!

Aku : Eh. Aku dah order dengan cara paling sopan, ko jawab serupa setan. Oi aku ni sama serupa macam engkau jugak, MELAYU!! Ini lah bangsa aku.. Nak berniaga, tapi attitude disiplin banyak macam taik! Buat malu sama bangsa. Kau tu nak kerja ke tak nak? Nak tengok TV, pi balik rumah!

Kakak : Sorry sorry...

Kan dah kena! Puas. Makan sampai kenyang. Tu pun after 30 minit tunggu order siap. Dasar siput. Roti bakar and karipap yang dah siap je kot! Customers tak ramai mane!

Aku buat muka samseng macam mau telan orang. Tau diorang kecut. Kecik besar kecik besar. Hak... ptuihhh!

:okay:


| dah lama tak datang 'amok'. tibe-tibe rasa best. |

28 September 2010

::: Kisah Merapu Seorang Aku 1

Semalam pergi berbuka puasa. Yer, puasa Qada' itu wajib! Saya gadis subur okay~ Fakta. Perut kenyang, hati senang. Berbuka di Taman Harmoni. Mee goreng seafood. Indah hidup di Malaysia. Kemudian kaki menekan minyak menuju ke surau berhampiran.

Tengok dari luar, orang agak penuh. Baru lepas kebumi jenazah katanya. Innalillah. Aku ditemani Anis Su melangkah masuk. Aku bimbit telekung dan peluk kuat-kuat. Takut basah. Hujan tengah renyai-renyai. Pakai baju petak2 merah. Seluar panjang kelabu. Maklumlah baru balik dari hospital.

Baru setapak dua melangkah masuk di dalam kawasan surau, melintas di hadapan kerumunan sanak-saudara yang baru sudah mencuci kaki yang kotor dek merah tanah kuburan.


Arieza : Mana la tempat solat perempuan ni?

Anis Su : Sini sini... (sambil jari menunjuk ke satu sudut di belakang)

Arieza : Mak ai sesak (berbicara sendiri di dalam hati)

Pemuda 1 : Eh.. Ada amoi mau solat?

Pemuda 2 : Wah merahnya rambut..

Arieza : Erk? (nak toleh ke tak? biarkan.. diam saja jangan menyahut..)


Jangan stereotype. Itu urusan aku dengan Allah. Noktah.

:sorry:


| tipikal |