6 October 2010

::: Kisah Merapu Seorang Aku 2

sambungan dari this entry...

Isnin. Awal pagi. Di Kuching International Airport. Perut lapar. Ditemani seorang cousin yang sama lapar. Kami mau mencekik. Roti canai ada? Owh, macam tak ada.

Aku : Kak. Nak order.
Cousin : Macam takde orang nak layan je. Semua tengah leka dongak TV plak haih!

Tunggu lagi 5 minit. Kakak semperit itu macam buat-buat tak tau. Layan TV la pulak. Kata status restoran kat International Airport. Tapi macam keberet! Hangen dah aku ni! Awal pagi, jangan cuit ini baran. Jadi bahan api karang!

Aku : Eh macam jakun tak pernah tengok TV. KAK!!!! Order!

Kakak datang melenggang bontot. De'uuh! Budget muka lawa ala Julia Roberts. Makeup tebal 2 inci setengah. Mengalahkan orang kerja jadi Secretary kat White House! Air muka memang haram takde rasa guilty. Hello! Kami customers okay. Customers! Mau tengok TV, balik rumah goyang kaki! Itu tempat kerja!

Aku : Kasi karipap satu set.

Cousin : Breakfast set, roti bakar.

Kakak : Cina ni macam tak sabar.

Dia bisik pelan-pelan. Tapi telinga aku ni jenis pantang dengar perkataan cina. Berdesup!!!!

Aku : Eh. Aku dah order dengan cara paling sopan, ko jawab serupa setan. Oi aku ni sama serupa macam engkau jugak, MELAYU!! Ini lah bangsa aku.. Nak berniaga, tapi attitude disiplin banyak macam taik! Buat malu sama bangsa. Kau tu nak kerja ke tak nak? Nak tengok TV, pi balik rumah!

Kakak : Sorry sorry...

Kan dah kena! Puas. Makan sampai kenyang. Tu pun after 30 minit tunggu order siap. Dasar siput. Roti bakar and karipap yang dah siap je kot! Customers tak ramai mane!

Aku buat muka samseng macam mau telan orang. Tau diorang kecut. Kecik besar kecik besar. Hak... ptuihhh!

:okay:


| dah lama tak datang 'amok'. tibe-tibe rasa best. |

::: 2022 and its near end

It is near the end of 2022.  It really goes by at a blink of an eye. This year started with hope - loadssss of it. And I thought this year w...