27 April 2011

::: Hati-hati Duhai Hati

Hidup memang banyak teman, banyak rakan, sanak saudara toksah cerita - memang merata!

Tetapi pada siapa sahaja yang engkau boleh letak tanda 'boleh percaya sepenuh hati sampai mati' kat dahi mereka? Siapa? Cuba kau senaraikan atas kertas sisa nasi lemak mak jenab pagi tadi. Pasti tak sampai lima orang dalam senarai. Ada yang mungkin langsung tak ada! Ingat, ini aku tuliskan tentang percaya pada manusia! Bukan yang selainnya~

Sakit jatuh perit kita, kadang-kadang, hendak cerita kat ibu bapa pun kita sangat berat segala. Sangat berat. Bukan tak percaya langsung pada depa, cuma tak mahu jiwa mereka runsing dalam duka. Biar semua senyum tengok anak-anak macam tiada masalah lagaknya.

Mahu cerita pada adik-beradik? Mereka juga punya cerita yang perlu dipelihara. Mahu cerita pada yang tercinta? Banyak sangat dilema juga tanda tanya. Kawan-kawan pergi mana? Dah lah tak semua boleh dipercaya. Kalau ada pun, tengok mereka pun terumbang ambing nak lawan arus dunia.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

A long distance relationship.
The strongest base that you must firstly build before you ever fall in love with your partner is honesty - in your words and actions. From honesty, then only comes trust. If you cant be honest in the first place, you may want to doubt your capability of being a good and lovely partner and soul mate to anyone in your future.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dengan tengkingan, dengan lolongan, tak boleh memberi apa-apa pengajaran. Yang datang cuma ketakutan. Bukan suatu perubahan. Berhemah. Itu pesan Rasulullah.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hati. Kamu sudah seperti pelakon teater yang licik menyembunyikan rasa. Kamu sudah seperti penyanyi yang lunak menghamburkan rasa dusta. Semakin keras jadinya hati. Hati-hati, hati.


| bila jiwa jadi patah. semua ikut musnah. |