3 April 2011

::: Manusia Sampah


Aku tulis isu biasa. Tentang aku. Aku yang kenal akan manusia tipikal. Ramai.
Sangat ramai!

Ada kata, tak dikota.
Ada hati, tak dijaga.
Ada jiwa, tak dibela.
Ada kasih, tak dibaja.

Tipikal. Bersepah-sepah. Naik menyampah! Aku cuba hindar diri dari menjadi yang bersepah itu. Aku tak mahu dihurung lalat dan langau. Jijik.

Jangan mudah kau kata 'Oh maaf, aku kau insan biasa. Khilaf merata. Mana boleh lari dari itu semua.'

Iya. Memang kita semua lebih kurang sama. Memang ada khilaf juga. Tetapi khilaf itu usah dijadi tempekan kau punya alasan. Bibir manis kata maaf, moga khilaf takkan berulang.

Hakkk-ptuih!

Rata-rata semua tabur taik! Esok lusa pedajal lagi. Mulut saja mengaku khilaf tetapi hati gelap tak mahu tambah adab!

Sumpah. Kamu yang tipikal busuk itu, sangat jijik! Lebih jijik daripada gambar di atas!


| bersepah-sepah! salah seorang daripadanya, aku sudah hidu sehari dua...~ |