24 April 2010

::: Jom Pergi London

sape-sape sanggup bagi keta ni kat aku, aku bagi menang Contest Hangit! hehehe

suka! semua berkembang!

kat belakang sane tu bangunan rumah aku! sila datang merompak.

Lagi 2 jam, aku akan bertolak dalam cuaca yang sungguh ceria seperti di atas. Jom jom sape mau ikut? Cepat packing. Aku tunggu kat simpang depan rumah tok kadi hujung kampung nuuu.. Jangan bawak ape-ape. Sehelai sepinggang je.. Kita shopping di sana!

Hohoho. Banyak la! Botak aku.. Poket tengah kempis giler time ni. Pegi ni pun sebab ada study course hari Ahad. Ahad malam Isnin dah balik dah.. Tapi member aku ada ajak pegi Emirates Stadium. Agak menarik cadangan tu sebab club tu je yang aku belum jenguk tempat asalnya. Chelsea sudah, Manchester United sudah, Liverpool pun sudah.. Kesian Arsenal...

Kat London nanti, of course aku akan belikan hadiah untuk bakal pemenang-pemenang Contest Hangit By Arieza.. Cepat join weh!! Melepas karang - ada T-shirt London, ada T-shirt Oxford, ada fridge magnet London dan keychain London juga!

So mari mari mari.. Aku berangkat dulu! Sila jangan rindu!

:astig:


| sila sila sila~ |

::: Jual Air Mani???

Jangan kepoh-kepoh dulu. Tengok tajuk dah gabra ye. Gelabah..~ Aku sebenarnya nak tunjuk keyword paling 'sexy' pernah aku dapat setakat ni.. Bukan sekali tapi boleh dikatakan setiap hari kata kunci 'air mani' masuk ke blog aku. Laku betul..!

Gila hebat pasaran dunia sekarang ni kan? Siapa ada bukak company jual air mani ni? Baik mengaku cepat! Ohh baru aku ingat! Mesti pengasas company tersebut terlalu obses dengan entry aku yang bercerita tentang manfaat gadis menelan air mani lelaki. Tu yang sampai dia bukak company jual air mani. Tahniah.. Takkan aku tak dapat apa-apa royalti?

Yang seorang tu mungkin gay gersang, manakala yang sorang lagi tu pulak mungkin adik tiri perempuan yang sedang kemaruk nafsu untuk meniduri abang tirinya.. *sigh*

Jangan kecewa ye duhai kalian. Pencarian kamu itu telah menemui jalan buntu. Sila buat u-turn dengan segera. Tapi aku pasti diorang dah tunjuk entry aku tu kat pasangan memasing - well taktik memujuk mereka agar sama-sama mendapat 'manfaat' daripada air mani. Huh.

Jangan oiii! Aku bagi entry tu untuk pengetahuan umum. Jangan amalkan tanpa nasihat pakar!

:sweaty:


| taknak tengok pondan bogel? |

23 April 2010

::: Kunci Nafsu

ini?? bukan....!
(Beli tahun lepas ketika pergi 'tanpa rela' melawat Ansfield untuk kali ke-2)


ini??? bukan bukan bukan!!! *blwekkkkkkkk*
(Beli tahun lepas ketika 'terpaksa' ke Old Trafford untuk kali ke-2 juge)


Haaaa ini dia! Emas berkilat-kilat..!
Biar tiada piala janji menang di hati. *hakkkktuih*
(Beli time pegi Stamford Bridge dengan 'girang gembira' haritu)


Nak menang sesuatu dari London?
Sila la join Contest Hangit By Arieza.
Oleh kerana ramai budak-budak kecik tengah berjuang untuk final exam,
maka tarikh tutup contest tersebut telah aku lanjutkan ke
pukul 11.59 malam, 31 Mei 2010.


| kenapa aku gian dengan keychain ek? |

22 April 2010

::: Membuang Malware Security Tools

Balik dari kelas semalam, bermanja-manja dengan laptop sekejap pastu tiba-tiba makhluk lahanat bernama Vista Security Tools datang menyerang.. Dok keluarkan notifications berbelas juta kali konon katanye ada virus pelbagai aneka sedang menternak diri.

Aku yang memang bergantung pernafasan dengan laptop terus kepanikan. Tanya pakcik Google then baru aku tau rupa-rupanya Vista Security Tools a.k.a XP Total Security Tools adalah sejenis rogue programme yang kononnya berlakon menjadi sejenis anti-virus/anti-spyware tapi hakikatnya diri dia sendiri adalah spyware yang paling terkutuk!! Sangat shee-laa-kaaa bukan?

Removal benda alah tu adalah yang paling payah penah aku alami. Uninstall directly memang tak wujud. Try tips via safe mode, command prompt, manual removal, anti-spyware, manual regedit - semua haram tak jalan! Kesian laptop aku terpaksa bertahan untuk on off on off selama 7 jam.. Non-stop!

In the end, selepas basah bulu hidung mencuba pelbagai cara, ketika aku sedang running dalam safe mode, aku terjumpa software SmitFraudFix. Follow segala instructions dia, reboot sampai kering celah ketiak then kasi run pulak Malwarebytes Anti-Malware. Finally.... Fuhhh.. Lega!

Untuk korang-korang yang mungkin bakal menghadapi sengatan malware 'pelacur seksi tapi lahanat' seperti Security Tools ini, silakan bersiap sedia dengan meng-bookmark LINK INI serta LINK INI JUGE..

Manusia yang mencipta benda bongek sebegini memang banyak sangat masa terluang kot. Tu yang sampai jadi biol dan berhati perut umpama syaitan. Kerja nak menyusahkan orang je!

Aku sumpah agar 3 keturunan si pencipta tu semuanya menjadi separuh botak (di sebelah kanan) dari lahir sampai mati.. Hambek!~

:argh:


| bila manusia dah jadi terlalu bijak! bijak yang bodoh! |

21 April 2010

::: Aku Bukan Racist Tapi...

Aku adalah seorang pelajar sopan sepenuh masa, tinggal kat residential area. Memang la bukan asrama kediaman pelajar yang setiap masa kena ikut peraturan, senyap je memanjang. Tapi ada certain time, semua orang perlukan saat yang sunyi & tenang. Kan kan?

Bila duduk di negara orang ni, satu benda aku belajar tentang mereka (orang puteh a.k.a mat salleh). Bukan yang kacukan belanda atau siam atau cina atau mexican. BUKAN. Now, I am talking about the PURE CAUCASIANS (the pure white people).

Kebanyakan (bukan semua tau!) daripada diorang, adab memang boleh tahan tinggi. Superb wa cakap lu. Bila bercakap, penuh tatasusila. Pelbagai kosa kata yang indah & gramatically proper digunakan dalam percakapan seharian, seperti 'dear', 'gorgeous', 'mate', 'awesome', 'excellent', 'certainly', 'indefinite', 'affirmative' etc..

Bila berbual, diorang tak menjerit-jerit. Amplitude tak terlampau tinggi, tak terlampau rendah. Sedap telinga mendengar. Orang arab cakap ape tu - muamallaf, mukhaffafah, istiqamah? Kalau ada yang cakap kuat-kuat pun adalah mereka yang sedang mabuk sakan diulit syaitan. Kalau yang matured adults in 'normal' setups with proper British upbringings, selalunya mereka bercakap bila perlu sahaja, dengan intonasi yang sangat berpatutan dengan persekitaran. Jerit-jerit ni tak wujud sangat dalam budaya diorang.

Makanya bila tiba malam around 8 or 9 pm, housing areas akan senyap & sunyi. Just kadang-kadang bila ada certain events (football match, rugby, concerts, christmas etc) je baru terdengar diorang riuh rendah kat dalam rumah. But most of the time, night time is where the peace comes.

Di tempat tinggal aku ni pulak, bila tiba tengah malam je pasti ada 'beberapa groups' yang buat onar. Panas hati betul dow. Time pagi buta tu la dia nak terpekik terlolong bercakap macam katak nak pergi mengawan!

"Bising la woiiiii bedebah! Ko nak buat pengumuman untuk satu England ni dengar ke?!"

Jenguk je tingkap, tak lain tak bukan - merekalah geng 'GAGAK HITAM'! Sangat berlawanan dengan geng 'BURUNG MERPATI' yang aku describe mula-mula tadi..

"Oit gagak, aku tau la ko hitam, tapi toksah la bila tiba pekat malam yang gelap hitam, ko buat diri ko macam raja. Raja pun reti tidur bila tiba lewat malam!!"

Aku bukan racist tapi kebanyakannya begitulah. Gagak hitam agak kurang adab, kurang sensitive dengan surrounding, bercakap dengan frequency & amplitude sangat tinggi. Apakah setiap generasi diorag ni ramai yang pekak & tuli? Aku rasa even kat Malaysia pun ramai geng gagak hitam ni terkenal dengan attitude 'nak-kena-penampar' macam ni.

Sha-dapppp!!!!

:scream:

p/s : korang nampak aku dah tempek itu Nuffnang? sudah. jangan paksa-paksa aku lagi. aku sudah turutkan. puas hati? ini aku cuma mencuba. kalau tak berkenan, aku buang balik. itu dalam perjanjian. okay? janga lupa itu deal.


| pergilah main jauh-jauh duhai keturunan gagak hitam! |

19 April 2010

::: Keras Hati

Arieza memang begitu. Degil!
Baiklah. Tidak degil lagi.. Piu piu~

:tsk:


| jangan! |

::: Itu Bukan Kisah Kita

Hidup ni merata-rata orang selalu menjaja cerita. Yang baik, yang buruk, semua ada. Tapi kebanyakannya semua indah-indah. Diakhiri dengan penutup yang mencecah klimaks konon sampai tak boleh lupa.

Hey budak-budak kecik yang baru belajar erti dunia serta orang-orang tua yang masih leka tak sedar usia. Jangan mabuk angan. Itu cerita. Sok sek sok sek pujangga..

Dalam hidup sebenar, takde jalan yang sentiasa lurus. Even highway pun kadang-kadang ada corner. Tak gitu? Nak hidup, kena pandai main tukar-tukar gear macam kita drive kereta (opss ini untuk kereta manual saje). Ada tempat boleh pecut guna gear 5, ada tempat kena jadi kura-kura, ada tempat kena tekan hon sampai orang tu pekak, ada tempat kena diam-diam sudah..

Hidup ni semuanya bertapak pada istilah 'berani mencuba'. Sebab kita tak tau apa yang sudah Dia tentukan di depan sane.. Kita cuma rancak merancang. Gah bercakap. Hebat berbincang. Tapi noktah hujungnya, semua belum dalam kepastian.. Kalau tak berani mengorak langkah mencuba, tak bergerak la jawabnya. Bila tak bergerak, nanti kematu bontot korang tu. Bila dah kematu, jadi tak laku. Sanggup?

Maka, aku mengucapkan selamat berjaya kepada rakan-rakan yang sedang & akan berperang dalam exam. Eh. Adakah ucapan aku tu tak selari dengan kata-kata falsafah yang telah aku cipta di atas?

:ha?:

Argh, tidak mengapa. Apa-apa pun, semoga berjaya! Jangan berhenti mencuba!


| all the best semua! |

17 April 2010

::: Contest By Arieza Is Back

Yuhu kanak-kanak riang semua. Dulu aku penah anjurkan Contest Oh Kunci By Arieza. First contest yang aku opened to public. Sambutan agak di luar jangkaan. Lately aku terdetik menggatal jiwa nak open another new Contest (dot dot dot) By Arieza. Setuju?

Aku akan umumkan lebih lanjut pasal contest tu esok atau lusa. Kat bawah ni aku kasik hint sikit-sikit about the upcoming contest...
  1. Contest tu mungkin akan berlangsung selama 2 atau 3 minggu.
  2. Hadiah pertama berupa T-Shirt bertulis/berlogo OXFORD atau LONDON.
  3. Hadiah kedua is London Fridge Magnet +/- Keychain (again??)
  4. Hadiah saguhati - mungkin ada mungkin takde, depends dengan sambutan korang.
  5. Referrer terlaris - London Keychain
(gambar hiasan/contoh semata-mata)

So since minggu depan aku akan ke London, makanya hadiah-hadiah seperti di atas akan dibeli di sana. Tiada lagi cilok-cilok dari koleksi keychain aku sendiri. Hikhik..

Stay tune for the details okay - which will be posted tomorrow or the day after!

:wave:


| mau? |

15 April 2010

::: Spring Is Nearly Here!

Hooray! Winter is completely gone, almost! Last weekend adalah cuaca yang paling mengiurkan. Cerah, suam-suam kuku. Best! Malangnya, aku stucked dengan shift di hospital & buku-buku yang membiolkan otak. Benci bukan? Damn pathetic!

Tapi since Monday hari tu, sinar cahaya matahari cuma datang sekejap-sekejap cuma.. Malu-malu kucen gamaknya. Lepas tu suram kembali sepanjang hari... *sigh*

Nah, sila terbeliakkan mata. Lihatlah betapa cantiknya cuaca hinggu minggu lepas di sekitar tempat tinggal aku.. Bunga-bunga dah mula kembang segar, daun-daun dah mula berjuntai-juntai keriangan..



| silau - best - boleh pakai shades - BIMBO! |

14 April 2010

::: Jangan Tegur Cara Si Lelaki Memandu!!!

Aku ada 2 teories - surround the topic of DRIVING (kereta ke, lori ke, bus ke, keta kebal ke, kapal terbang ke - apa-apa sahaja yang dipanggil memandu). Tak proven by any studies pun tapi aku interested untuk tau...


Teori Pertama
Kebanyakan si lelaki tak suka bila si perempuan di sebelah menilai/menegur cara si lelaki tersebut driving.

Teori Kedua
Si lelaki jarang 'percaya' dengan kebolehan perempuan tunjukkan jalan ketika si lelaki tu sedang driving.


Ego kah? Terasa tercabarkah bila ditegur/ditunjukkan jalan? Atau kerana lelaki punya tanggapan bahawa perempuan secara umumnya memang agak 'kureng' dalam bab-bab memandu..

Kome rase ada betul ke idak? Aku cuma mengeluarkan hypothesis berdasarkan pemerhatian.

:okay:


| ape kate kome? |

13 April 2010

::: Gambar 'Awkward' Bersama Keluarga

Ever heard about the 'awkward family photos'? There are moments when kita bergambar bersama family members, kita tau yang suasana ketika tu terasa agak 'awkward'. Kan kan?

So since 2009, ada satu blog ni dibukak untuk mengumpul gambar-gambar 'awkward' bersama keluarga. Baru bukak beberapa hari je berjuta-juta visitors masuk ke blog tu & ramai yang menyumbang gambar untuk dimasukkan kat situ.. Jadi satu fenomena dalam dunia blogging.

Kalau korang faham 'caption' yang diorang sediakan untuk gambar-gambar tersebut, sure lagi best. Memang agak 'awkward' but actually 'cool' in a way. Memang tak boleh blah.. Boleh buat gigi palsu terlondeh..

Kat bawah ni, aku tunjukkan beberapa gambar dari blog tu... Sila gelak berjemaah jika sudi..

Classic kan? Sila panggil atuk, nenek, ibu, bapa & adik beradik korang sekarang untuk sesi bergambar!!! (gambar-gambar aku cilok dari Awkward Family Photos)

:devilishgrin:


| aneh |

12 April 2010

::: Musim Bersedia Untuk Mengawan

Haaa, sakan click sebab tajuk entry mengawan la tu! Gatal! Bukan aku yang nak mengawan. Abang aku yang bakal mengawan start August nanti.. Tarikh nikah dah dekat, so macam-macam hal la yang kena prepare. Since hujung tahun hari tu lagi diorang dah start meroyan di semua butik & kedai barang-barang perkahwinan. Siap terbang ke Jakarta semata-mata nak buat kad jemputan. Adeh. Parah~

So nak di jadikan cerita, oden ni kan jauhhhhh di perantauan.. Segala persiapan untuk oden vogue bergaya di hari bahagia itu nanti, semua omak oden yang terpaksa uruskan.. Tapi, dek kerana anak omak ni manja sungguh, omak oden jadi kalut pulak nak carikkan kain untuk buat baju kurung oden nanti. Alahai la anak omak... Kasihan....~

Aku siap suruh hafal lagi jenis pattern & jenis kain yang aku nak. Lain dari tu, aku kata aku akan reject. Mak dah naik migraine - dok kena hafal-hafal pulak dah.. Lagi teruk dari amik exam PTK katanya. Ampun ye bonda. Hik. Mak aku pun mula mengeluarkan kata-kata pujangganya - 'Mujur la anak pompuan aku ada sorang je...'

Ni aku nak tunjuk, calon-calon kain yang aku agak berkenan.. Well, ni aku carik kat online ar. Aku dah kalut tak tau nak carik kat mane tang online ni. Mak kata, kalau dia tak jumpa jugak dalam masa seminggu dua ni, dia bagi aku order sendiri je. So kiranya calon-calon kain ni adalah back-up untuk anak omak ni..

Jadi, korang rasa calon kain mana yang boleh tahan best? Ikut kehendak taik mata masing-masing la ye. Kalau korang tak berkenan langsung BUT ada calon-calon kain yang lebih hebat, sila roger-roger sama adinda. Please~

Namo la yang bimbo-bimbo sangat.. Kang macam sebaya dengan Mak-mak Datin! Tak kuasa!! Aku muda lagi okay! Nanti aku bagi upah - secebis kain lebihan dari kain baju kurung aku tu nanti. Mau?

Calon A, Calon B & Calon C


Calon D & Calon E


Calon F & Calon G

(sila klik gambar tersebut untuk tumbesaran seperti anak-anak milo!)

:eheh:


| erk, ni sapa yang kawen?? |

11 April 2010

::: Being Naughty

Noktah dalam hidup belum tentu tibanya bila.
Why stop when no one else want to stop??
If being naughty can bring the fun, so bring it on!


| noti!|

10 April 2010

::: Bila Aku Mengomel...

Assalamualaikum..

Tu dia... Jarang sangat ye aku bukak entry dengan pembuka kata semulia itu. Di bawah ni entry pasal Si Lubang Jamban. Punya keji la kan? Tapi this entry aku berputar 155 darjah.. Baik sedikit.. Alhamdulillah.

:sweaty:

Motif? Tiada. Memang tiada. Actually aku ingin mengomel sendiri.


Pengomelan Pertama
10th April 2010. Hari ni 27th wedding anniversary of my parents. Dah 27 tahun diorang mengharungi kehidupan suami isteri. Dah 26 tahun mencurah kasih sayang pada Abang. Dah 25 tahun memberi kemanjaan pada Aku si anak bongsu. Banyak dugaan tapi InsyaAllah, Allah telah dan akan berikan keluarga kami kasih sayang, bahagia, rezeki dan redha yang secukupnya. Siapa tak lekang dek masalah? Itu cuma propa pujangga. Hakikatnya, sudah 27 tahun mak ayah aku jatuh bangun bersama. Selamat Ulang Tahun yang ke 27!!

Sayang mak! Sayang bapak! Mau hadiah? Sila tuntut dari Abang. Abang will akad nikah this coming August, so ask Abang & kakak ipar to dapat anak secepat mungkin. Alamak, dia bakal cucu pertama. Adakah kedudukan aku akan tergugat?~

::(


Pengomelan Kedua
(DELETED)


Pengomelan Ketiga
I have a friend, knowing him since 6-8 years back. He once had a girlfriend which I knew ever since we started being friends. Back then, I knew their brief history, and I really prayed that they gonna last forever. Sadly, it was not their destiny. He moved on and found new love. Silently, I disapproved the new girl. Why? I just couldn't explain.. I guessed I was the one who hasn't move on yet. Probably because I couldn't put aside my dreams & wishes for them to stay in their immortal love. Then I realized that it is his life, thus it is him that has to make the decision. Surrender, I had.

Somehow, lately I have been sneaking through their hard parts in the new relationship. Weird though - I feel numb, or is it an 'unexplainable-happiness'? Shit! Knowing that the one I disapproved selfishly faces problems and obstacles, therefore my gut feels in some sorts of 'winnings'?

Fuck! I hope I will not be the bitch who later on will shout 'Nahh, you see! I told you so!' to him. Oh friend, how I wish you had choose the right person although the nosy me said no. Ignore me if your gut instinct says so. I just want to see you happy.


Pengomelan Keempat
Aku lapar! Dalam perut ada banyak tempat kosong...

:anongnangyari:


| hidup berteka-teki |

9 April 2010

::: Lu.. Lu.. Lubang Jamban!

Oit Lu. Lu penah dengar Opah wa cakap 'takde otak takpe asalkan bukan takde akal!' Reti tak reti?

Ni Wa nak kabar. Kalau Lu rasa Lu hensem sangat mengalahkan Ashraf Sinclair, Wa tak kisah. If Lu merendah diri mengata diri Lu serupa Rafiqin Darwisy pun, ada Wa kisah? Mampus Lu la. But jika sebaliknya, kalau Lu rasa Lu cantik serupa Dato' Siti Nurhaliza, memang Wa ketuk kepala Lu dengan paip bomba. Dan kalau Lu kata Lu seburuk Lola, okay itu Wa setuju.

Sebelum bercakap, rujuk kamus dalam otak. Sebelum bertindak, rujuk kamus pada kudrat. Jangan main tibai..

Baik Lu blah sebelum Wa meletop! Lu.... Memang lubang jamban...~ Lubang jamban yang duduk mencangkung tu, tau?

:argh:


| memang berbulu! |

6 April 2010

::: Pesanan Penaja Untuk Kawan-kawan

In this life, doubt is everywhere. Success is somewhere. To the naysayers somehow it is like a wild goose chase. I, sometimes, am one of them. Staggered by the blow of obstacles, I try my best to keep on moving forward. Be it crushing or stabbing, that pain I will always perceive as a stimulus that give me some sort of strength to be on this little track to a future.

Once I used to fall and cry on the ground. Thank you everyone for offering me your hands to grab, shoulders to cry on & ears to share when the chips are down.

Now that I am able to stand up again & continue my endless run. Sorry because along this same little track I seldomly stop by to say hi. But friends, all of you are always in my heart.. That one, I spare no doubt.

Me sincerely,
Arieza


| hello kawan- kawan..~ (dengan tone rendah, sila ikut intonasi Raja Lawak Musim 1, sambil bercekak pinggang separas dengan ketiak) |

4 April 2010

::: Kenapa Aku Tiada Nuffnang

Well, untuk yang sudah biasa lalu lalang di blog aku ni, korang sure dah perasan akan ketidakwujudan iklan Nuffnang (& other adverts) dalam ni. Kaki kencing rabun tenuk je yang dok tiba-tiba shout 'i click ur milo', 'digi satu', 'mr potato sebungkus'.. Ish.. Aku belom bukak kedai runcit, dah banyak order masuk. Femes dow! Mungkin mereka ni patut pergi test mata kat optician sebelum menjadi lebih kronik...

Banyak yang dah bertanya kenape aku tak letak iklan Nuffnang. Ada dua sebab utama..


1) Invalid IP Untuk yang malas nak bace description kat my profile, ni aku nak kabar - aku ni sedang berpijak di UK a.k.a. England. Images kat atas ni dah cukup menjelaskan sebab pertama aku takmo letak iklan Nuffnang dalam this blog.

Kalau aku ketegaq nak letak jugak iklan Nuffnang kat blog ni, korang (yang mostly berada kat Malaysia) dok rakus-rakus click meng-click, semuanya valid. Terima kasih berjuta-juta. Tapi bila part aku nak click iklan korang pulak, satu haprak pun korang tak dapat. Korang rasa geram tak? Aku taknak korang rasa 'tertipu secara halus'. Tak adil la - korang tolong aku but aku tak dapat tolong korang. Tak best ar begitu.. Betul tak? Nanti aku rasa guilty. Rasa itu yang paling aku benci.


2) Purpose & Interest

Dulu aku penah buat entry jelaskan kenapa aku bukak this blog. Aku menulis kerana hobby. My interest memang agak bongek - aku suka menaip. Penah dulu kecik-kecik aku bitau my parents yang bila besar aku nak jadi kerani je. Boleh taip macam-macam. Gila? Percayalah. Aku bernama Arieza.

Bab-bab iklan belum berjaya menawan interest/minat aku. Aku masih punya niat kukuh untuk ber-blogging i.e. self-pleasure. Kalau difikir-fikirkan, lets say aku pasang iklan with a valid IP, then ziarah-menziarah blog orang lain (just untuk up traffic or clicking the adverts) akan jadi satu commitment la pulak. Ini pun aku tak suka. Aku datang blog korang untuk bace entry. Jangan persoalkan. Period! (ini bukan period yang datang bulan tu! sila rajin-rajin bukak kamus!)


Jadi anak-anak sekalian, sudah faham kah kamu?

:sweaty:


| duit duit duit.. haih... |

::: >>> O! You..

to judge maybe called as a motivation
but criticize shows dissatisfaction

knowing nothing is somewhat a burden
not knowing is something different

for you, i may wait for a while
but waiting forever is out of my file

saying i care is something i oddly say
but deep inside, i wish you to stay

| O! You.. please say.. |

3 April 2010

::: Lumrah

Menangis bila merana
Ketawa bila gembira
Marah bila rimas
Tenang bila senang
Angguk bila setuju
Geleng bila tak mahu
Cemburu bila ragu
Datang bila perlu
Pergi tak siapa tahu

Lumrah!
Bosan!


| hilang |

2 April 2010

::: My Tribute To Din Beramboi

Tepat on the 1st April, itulah kali pertama aku merasa pengalaman menjadi salah seorang dari team doctors & nurses yang sedaya upaya menyelamatkan nyawa seorang makcik with cardiac arrect. Namun kami tak berjaya melawan ajal dari Tuhan.

Then 30mins after 1st April ended, the whole Malaysians were in shock bila Din Beramboi telah disahkan kembali ke Rahmatullah. Innalillah...

Aku dilahirkan dalam era watak 'Pak Cik Din' dalam majalah Ujang menjadi seribu tanda tanya. Siapa Din Beramboi? Benar-benar wujud atau cuma satu watak kartun? Watak kartun yang terkenal dengan rambut pacak-pacak serabai, selipar tergantung di sebelah lengan, kadang-kadang ada periuk disangkutkan di leher, bunga terselit di sebelah telinga.. Berlaku perebutan hakmilik antara Din Beramboi dan Ujang. Tapi di sudut hati aku, watak Pak Cik Din itu terlalu sinonim dengan Din Beramboi. Tak kira siapa betul atau salah, aku tetap akan bayangkan Din Beramboi setiap kali aku terlihat watak tersebut.

Tiba satu ketika, Din Beramboi muncul di TV. Saat itu kali pertama aku lihat siapa dia.. Oh itu orangnya.. Namun dia agak kurang menyerlah ketika itu. Several years afterwards, Din Beramboi bermula dengan menjadi DJ di THR. Satu persatu anak tangga dipanjat. Menunjukkan taring jenaka dalam bidang seni Malaysia.

Then Afdlin Shauki tarik Din Beramboi masuk rancangan Spontan. Dia adalah penyeri di kebanyakan episode. Lagi-lagi dalam part Demonstratasi. Siapa yang beriya-iya menjadi tangan yang sangat durjana mengenakan rakan-rakan lain kalau bukan dia. Gila-gila. Tapi itu memang asli. Itu yang memang kita cari. Bukan plastik dalam seni.

Menjadi pulak DJ di radio Era bersama Aznil Haji Nawawi. Pagi-pagi sudah bising. Happy. Itu jugak yang kita cari di saat mood pagi masih lena dalam kemalasan..

Kemudian menjadi juri tetap di Raja Lawak Musim Ke-4. Siapa yang sanggup baling kerusi bila tak puas hati kat budak-budak yang datang ke ujibakat kalau bukan dia. Siapa yang main lari-lari kejar mengejar di lokasi uji bakat dan jatuh tersembam tapi masih cool - dia juga. Siapa yang selalu menjadi watak juri 'gila' sambil panjat kerusi, sembur air ketika bagi komen kat para peserta Raja Lawak - pasti dia juga.

Wuhai Beramboi! baru beberapa episode disiarkan. Itu rancangan pertama di atas nama dia sendiri. Sambutan memang boleh tahan. Aku pun download setiap minggu. Din Beramboi baru nak cuba mengorak langkah seperti Aznil Haji Nawawi & AC Mizal yang punya rancangan trademarks masing-masing.

Tak lupa juga game show Mandi yang hosted by him too. Anugerah Bintang Popular Berita Harian pun belum kunjung tiba. Ini mungkin kali pertama Din Beramboi tersenarai setelah sekian lama menyumbang dalam industri Malaysia. Tapi dia pasti takkan hadir di Genting nanti.. Cuma semangatnya mungkin masih dibawa oleh semua pengkarya seni kita.

Din Beramboi laid to rest in peace. Pulanglah dia mengadap Pencipta yang memberikan nyawa serta bakat seni dalam jiwanya. Biar hilang jasad, namun karya Din Beramboi serta watak Pak Cik Din dalam majalah Ujang akan tetap aku ingat, akan tetap buat aku ketawa sampai bila-bila.

Tika dia sedang ligat memanjat tangga, dia jatuh menyembah tanah terus ditimbus ke dalam pusara. Jangan persoalkan kenapa. Itu sudah tertulis. Mungkin arwah Din Beramboi akan lebih berjaya di sana. Jangan dikenang saat jatuh hidupnya. Ingatlah pada detik-detik dia memberikan kita sekelumit rasa gembira, tersenyum dan ketawa. Ingatlah.

Aku bukan memuja sesama manusia. Aku cuma salah seorang dari mereka-mereka yang cintakan bakatnya. Insya-Allah.. Al-Fatihah~

:sorry:


| hilang |

1 April 2010

::: My Future Career 10 - Dia Mati Di Depan Mata Aku

1st time real experience.. 1st April 2010. The date I probably will remember forever.

At about 4.45am, the doctor in charge in the A&E mintak aku pegi Resuscitation Room. Katanya ada patient with cardiac arrest akan tiba in 15 minutes time. So she was looking for some help from doctors, nurses. & I guess, she knew that I may be interested to see how they do life saving. So there we were, 3 doctors, 3 staff nurses, 2 paramedics, 1 medical student. Prepared for the worst.

Then the ambulance arrived. Paramedics sepantas kilat datang tolak the patient yang dah pucat lesu hampir biru. Transferred from trolley ke katil, terus start CPR. I was standing beside the doctor in charge, observing how calm she was & how effective all of them were. Aku just mampu membantu sikit-sikit - angkat the patient into position, tolong nurses sana sini, pass barang-barang to doctors yang buat cannulation & ABG then send the blood to lab.

15 minutes of CPR but nothing. Masih tak bernafas, masih tak ade heart beats. Injected Adrenaline. Still nothing. Then 2 minutes later, the doctor in charge said that hey better stop trying since dah sejam patient to kena cardiac arrest from the moment her family members found her collapsed in her house till that moment where we tried to keep her alive.

We pronounced her dead at 5.28 am. Agreed decision.

3 minutes later, the nurses noticed some signs of life - patient started to show some breathing. Immediately, everyone kicked in & CPR dimulakan balik. Semua masih mengharap that the patient can still be saved.. 2 minutes later, she got her heart beats & breathing back although extremely weak.

We kept her comfortable. Everyone stayed quiet around her. Bad prognosis. Peripheral supply dah shut down. Kaki & tangan semua dah pucat & sejuk. macam ais Although she was still breathing & having pulses, we did not expect her to survive. Not more than an hour. Perhaps less than 30 minutes. Nonetheless, we did not stop having hope.

As what we expected, she did not make it to the end. She died 15 minutes later. The heart stopped beating & there was no breathing effort at all. Having had other significant morbidity - end stage motor neurone disease - we knew her prognosis was just too bad. She can now rest in peace. Let her be in a better place.

The doctor in charge offered me to follow her & another staff nurse to break the bad news to the family. Aku ikut je. Jumpa 2 orang family members si mati.

'We are very sorry to inform you that your mom is dead (long paused).. We tried our best But she could not survive..' Tears. Emotional. Silence. They accepted it calmly sebab sudah menjangka itu mungkin terjadi.

20 minutes later, I went home. Berjalan dalam subuh yang tenang. Satu persatu kaki aku melangkah. Bermuhasabah. Walau tak banyak aku menyumbang, tapi aku tau ini satu permulaan.

Ini kerjaya yang aku pilih. Arieza, jangan menyesal. Hidup mati mereka di tangan Tuhan. Kita berusaha, biar Dia menentukan... Tapi yang aku pelik, aku terlalu tenang di sepanjang kejadian - dari saat patient tu sampai, pronounced dead, till the moment we delivered the news to the family. Emotionless kah aku? Aku tak mau begitu..~

:sorry:


| nyawa itu sementara |