30 September 2010

::: Bakal Kerjaya Entah Ke Mana

Dalam belajar, dulunya aku suka kongsi perihal apa yang aku belajar.

Aku punya koleksi peribadi. Menghambur kata mengikut kata hati. Itu pendapat sendiri.

Gembira rasanya bila mana aku boleh menulis waima sebaris yang mampu buat yang membaca merasa. Merasa apa yang aku rasa. Kalau tak mampu merasa sepenuhnya, cukup untuk mereka tau itu yang aku sudah rasa.

Namun kini, entah, mana pergi rasa itu? Buntu.

Kerjaya. Masa depan.

Jangan mati duhai semangat. Jangan mati. Aku sayang engkau sangat..

:sorry:


| jauh lagi |

28 September 2010

::: Kisah Merapu Seorang Aku 1

Semalam pergi berbuka puasa. Yer, puasa Qada' itu wajib! Saya gadis subur okay~ Fakta. Perut kenyang, hati senang. Berbuka di Taman Harmoni. Mee goreng seafood. Indah hidup di Malaysia. Kemudian kaki menekan minyak menuju ke surau berhampiran.

Tengok dari luar, orang agak penuh. Baru lepas kebumi jenazah katanya. Innalillah. Aku ditemani Anis Su melangkah masuk. Aku bimbit telekung dan peluk kuat-kuat. Takut basah. Hujan tengah renyai-renyai. Pakai baju petak2 merah. Seluar panjang kelabu. Maklumlah baru balik dari hospital.

Baru setapak dua melangkah masuk di dalam kawasan surau, melintas di hadapan kerumunan sanak-saudara yang baru sudah mencuci kaki yang kotor dek merah tanah kuburan.


Arieza : Mana la tempat solat perempuan ni?

Anis Su : Sini sini... (sambil jari menunjuk ke satu sudut di belakang)

Arieza : Mak ai sesak (berbicara sendiri di dalam hati)

Pemuda 1 : Eh.. Ada amoi mau solat?

Pemuda 2 : Wah merahnya rambut..

Arieza : Erk? (nak toleh ke tak? biarkan.. diam saja jangan menyahut..)


Jangan stereotype. Itu urusan aku dengan Allah. Noktah.

:sorry:


| tipikal |

24 September 2010

::: Sorcerer's Apprentice


One Republic - Secrets
From The Sorcerer's Apprentice

Funny..

The movie of our 1st date. Our 1st movie but took 2 cinemas at 2 different places in 2 different dates to finish watching all the scenes. With so many hectic and hilarious moments. *senyum*

Funny..

The movie has our 1st favourite song as a partner. Secrets by One Republic. We share the same most enjoyable part of the song. And we remember the same scene whenever we listen to Secrets.

It was not that easy when I first said I love you.

Secrets.

:sorry:


| reminiscing all the good memories while i still can |

23 September 2010

::: Aku Dia Berbeda

ku lihat mereka
aduh, cemburunya
biar saja rasa ini ada
kerana dia mau kami berbeda

kami ini tak lekang dek pahit
kami ini tak lekang dek manis
itu mungkin adalah bibit-bibit
yang kelak kami imbas dalam tangis

biar dia tak pandai berkata pujangga
aku sayang juga
biar dia bicaranya tak enak semena
aku sayang juga
biar dia jatuh bangun di mana-mana
aku tetap sayang juga

kerana dia aku mau jaga
kerana dia aku mau pelihara
kerana dia aku mau hidup bersama

jatuh bangun dia
biar tiada siapa mau bertanya
aku tau aku ada

makan pakainya
biar tiada siapa mau jaga
aku tau aku ada

sakit panasnya
biar tiada siapa mau pelihara
aku tau aku tetap juga ada

buruknya baiknya
aku doa
semoga memang aku dicipta
dari tulang rusuk kirinya

biar aku sahaja rasa
tanpa dia kata apa
kami ini maunya berbeda
aku cuba


| jangan peduli lagi |

22 September 2010

::: Hati Bengkak

Hati rasa lebam.. Mau pulang ke Kuching lagi minggu ini. Jiwa meronta. Badan melara. Owh ayah dan ibu.. Sila la benarkan anakanda kesayangan kamu ini driving pulang bersama kereta tercinta.. Namo naik bas!!!! Namo naik flight!!! Mau naik Myvi juga :p

Tidak akan ku bawak laju.. Hik~

Sibu memang membuatkan aku bosan dowh. Hakikat. Hakikat. Hakikat.

::(


| nuffnang dah majuk nak bagi buffered kat aku dah ke..? |

18 September 2010

::: Bergambar Di Dalam Air Bersama Olympus UTouch

Rabu malam Khamis aku bertolak naik flight terbang lari dari Sibu to Kuching. Hik~ Till Sunday afternoon, I will return back to Sibu then.

Sampai-sampai je Kuching, terus ke Damai Lagoon, Abang and Kakak booked a room for a night, alang-alang nak sambut birthday my mom terus. 16th September. Nostalgic sungguh tarikh birthday dia, satu Malaysia celebrate. Hohoho.

Layan gelak-gelak melayan teletah cousin-cousin kecik dalam bilik yang ikut sekali menyempitkan bilik, tengah malam layan pool, tengok live band, pusing-pusing tengok pantai dari jauh. Awal-awal pagi Khamis pulak melayan swimming kat pool. Nak pergi beach, memang tak mungkin. Dalam cuaca panas macam tu, silap silap mendidih isi otak kami.

So sempat jugak la mencuba camera Olympus Utouch yang Incik Macha and aku hadiahkan kat Abang and Kakak during their wedding day haritu. Ape lagi, berposing di dalam air! Here are few of them. Enjoy~



| best |

14 September 2010

::: Selamat Hari Raya Aidilfitri

my precious parents di pagi Raya :) akhirnya mereka benar-benar ada di depan mata aku ketika pagi Raya. sebelum-sebelum ni, hanya webcam menjadi perantara, sambil bergelinangan air mata.. sekarang tidak lagi~


Hari ini 5 Syawal 1431H.

Salam lebaran untuk semua kawan-kawan.. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin atas semua kekasaran dan silap penulisan serta tutur kata selama kita saling baca membaca entry di dunia maya ini. Maaf juga andai apa sahaja yang pernah aku tulis dan sampaikan di sini, ada mengundang sakit hati, salah faham serta ketidaksefahaman antara kita. Maaf aku pinta setulus-tulusnya dari hati.

By the way, Hari Raya dah masuk hari ke-6. After 5 years beraya di negara orang, maka tahun ni aku merasa kembali detik-detik lebaran di tanah air tercinta. Gitu..~ Banyak bezanya. Tak terungkap dah dek segala ayat. Hati yang pernah merasa je akan tau baik buruknya hidup jauh dari segala.

Tapi bila dah agak berusia ni (25 tahun dah cukup tua okay! itu usia suku abad!), mood beraya tu dah jadi konsep lain. Konsep ala-kadar namanya. Tak sama langsung dengan kegembiraan yang super terlampau ketika kecik-kecik dan di awal 20-an dulu.

Sekarang more too 'tunggu tetamu kat rumah lagi best', tak pun 'jumpa sedara mara dan kawan-kawan terdekat je cukuplah'. Pergi beraya pun sekadar untuk ziarah-menziarahi serta bertanya khabar. Maklumlah, ada yang dah bertahun-tahun aku tak jumpa. Kalau setakat pergi beraya untuk makan itu ini, memang tak mungkin aku buat. Kalau nak makan, rumah kitorang pun dah cukup sesak dengan makanan. Mak aku memang agak pakar dalam bab menyediakan makanan dan kuih muih yang stoknya boleh bertahan hingga ke Raya tahun depan. Hebat. Heh.

Raya ke-3 hari tu, aku dah balik semula ke Sibu. Drive keta dengan hati lara from Kuching. Cuti seminggu sempena Raya dah tamat. Isnin 13 September dah mula posting baru, Medicine. Belum puas beraya, dah start balik. Fed-up. S*ck.

But ada berita gembira! Rabu malam Khamis ni, aku terbang pulang ke Kuching balik! Ticket flight semua dah settle.. Boleh sambung beraya till tengahari Ahad. But have to return to Sibu before that petang sebab aku on-call petang tu nanti.

Dah la, jemu pulak aku membebel. Sila la menjamu mata. Sila ihat gambar-gambar pengenalan Hari Raya di bawah. Nanti aku upload lagi, jika hati ini sudi.


sesi masak-memasak. 2 periuk besar di antara banyak-banyak periuk besar yang lain.


ini popia aku yang buat. dah boleh kawen, yey!


my favourite spot


1st Syawal kitorang buat open house. tak menang tangan dari pagi sampai tengah malam. tak dan nak duduk. mujur ada Abg Ejan & Kak Ida. this year mak kata takmo panggil chef or catering sebab anak-anak dia semua ada di sisi (duh! 2 orang je anak mak kot! but tahun ni kitorang raya berlima~ sebab aku dah ada kakak ipar... hooray!)


Tu dia. Caption gambar pun berjela-jela ye dak.. Dah dah.. Selamat tinggal romeo!!!

:astig:


| tak lalu dah.. |

8 September 2010

::: Rambut Merah Versi Raya

Tadaaaa..

Huh. Rasanya tak perlu aku jelaskan. Ini kaler tema. Kaler oren seperti yang aku war-warkan sebelum ni tak kesampaian. Tiada oren yang menepati citarasa. Maka merah menyala menjadi pujaan..

Oh by the way, sudah selamat tiba di Kuching pada petang Jumaat lepas. Perjalanan balik kampung dari Sibu ke Kuching yang kebiasaannya mengambil masa 6-7 jam, aku redahkan menjadi 4 jam setengah je. Al-maklumlah, hati dah berkobar-kobar nak tiba berehat di rumah.. Alhamdulillah takde apa-apa yang tak diingini berlaku sepanjang perjalanan.

Nanti aku bercerita kosong lagi. Mau pergi buat kuih taik mata.. Daa~

p/s: adik -adik yang masih bawah umur, sila jangan tiru warna rambut di atas. kang nanti masuk sekolah, cikgu botakkan kepala korang

:wave:


| pasrah~ |

3 September 2010

::: Balik Kampung

Tamat sudah berjuang *sigh* Ada perasaan bodoh dari benak hati mengatakan aku punya kemungkinan untuk tewas tapi aku serah saja pada Tuhan. Cubaan pertama di tempat baru. System baru. Scheme pun baru. Tunggu dan lihat apa keputusan bila habis cuti raya nanti.

:sorry:

Jap lagi nak bertolak balik. Berambus jauh-jauh dari tempat bosan ini. Jauh la sangat! Driving my own car for 6-7 hours from Sibu to Kuching. Kitorang gerak 3 buah kereta. Kalau jalan macam highway kat Semenanjung Malaysia sana, takpe la jugak. Ni jalan lintang pukang serupa laluan Explorace. Bukit bukau gaung maung. Harap-harap Allah lindungi perjalanan kami.

Insya-Allah berbuka puasa dalam kereta. Terbaik! Memang 'balik kampung'. Kalau esok terus sambut Hari Raya pertama, lagi la boleh dipanggil balik kampung tahap dewa dewi. Siap boleh pasang lagu Allayarham Sudirman yang bertajuk Balik Kampung tu. Tapi memandangkan puasa ada lagi seminggu, mood nak pasang lagu Raya tu belum mai lagi.

Dalam otak dah banyak sangat perancangan. Hari Sabtu ni adalah hari 'menghias' rambut! Woho tak sabar~ Mungkin warna tema rambut aku tahun ni adalah oren. Haaa. Siapa berani join? Punk-reggae baru ada seni. Ye dak?

:okay:

Mau bertolak dulu. Doakan keselamat aku beb.. Nanti malam, jika keadaan mengizinkan, aku khabarkan berita dari Kuching! Yey!! Selamat tinggal Sibu yang bosan!


| lup dup lup dup |