28 March 2011

::: Bercuti Sungguh

Dah hampir 2 minggu cuti berlalu. Lega. Sangat lega. Lega yang sementara.

Tidur sampai taik mata pun dah takda lagi untuk keluar. Tidur sampai seluruh keturunan ayam pun dah penat untuk berkokok. Tidur sampai mak nyah pun dah nak keluar mencari rezeki pendapatan. Oi oi tidak seteruk itu! Sebelum tengah hari mata aku pasti celik punya. Tidur lama-lama pun kepala boleh jadi terencat.

Seminggu dah berlalu. Belum ada specific or special programme. Yang simple-simple tu ada lah. Dua kali seminggu pergi main basketball, pergi jogging sana sini dengan parents, pergi melalak dengan kengkawan, pergi sambut birthday member, pergi melepak bersepah merata-rata, pergi attend majlis itu, pergi attend exhibition ini, pergi mandi sana, pergi mandi sini. Itu aje yang ada so far.

In two weeks time, my parents, abg & kakak ipar, & me akan ke KL. Meronda mencuci mata. Sambil-sambil cari barang baby. Woot woot! *surprise surprise surprise*

Supposedly kami ke Kota Bharu, Kelantan. But because of my class schedule will start earlier than I used to expect initially, so terpaksa dibatalkan sahaja niat di hati. I will stay there for just the weekend but my parents & abg kakak will stay there until Tuesday.

Buat masa ini, horey horey di rumah sahaja!


| mengharap cuti yang tak henti! |