28 February 2011

::: Kisah Merapu Seorang Aku 4

Sambungan dari THIS ENTRY..


Hari itu cuaca suam-suam kuku. Jejaka Islam baru lepas solat Jumaat. Jalan lebih kurang masih padat. Time tu la aku beriya juga nak menuju ke bank, mahu buka akaun saham. Aku mahu jadi kaya! Kaya dengan duit mak bapak, boleh ke? Muahahahahaha.

Tiba di kaunter, sorang wanita cina awal 30an berada di belakang penghadang cermin tu terus senyum menyapa aku yang berkaca mata hitam.


Miss Amoi: Good afternoon Miss. How may I help you?

Aku: Afternoon. (senyum sikit-sikit je, sebab perut tengah lapar!) I wanted to open a new account please.

Miss Amoi: Here, fill up this form please, and firstly, may I have your IC, Miss?

Aku: Aaaa. Here you go. (mulut dah cakap here you go tapi tangan masih lagi dok selongkar keluarkan IC dari purse)

Aku bagi IC kat Miss Amoi tu. Miss Amoi tunduk... Tengok IC aku dalam 8 saat. Kemudian pandang aku lagi sekali.. Pandang dengan mata sepet dia..

Miss Amoi: You converted to Muslim eh?


Amboi la Miss Amoi ni.. Dia tanya pun straight forward je. Muka langsung tak bersalah. Confident dan innocent! Aku dah tak reti nak jawab ape dah. Nak kata kerana mata, sangat tak mungkin. Sebab aku tengah koya bercermin mata hitam, even dah masuk kat dalam bank tu! (hahahaha koya tak koya mana la sangat dok?) :p

Dan dah pasti juga nama aku dalam IC tu diBINTI kan dengan nama bapa aku yang pastinya bukan Abdullah ataupun Muhammad.

Aiyya!

:devilishgrin:


| esok2 nanti kalau aku pakai purdah, ada lagi orang panggil aku budak cina, siap! |