5 May 2010

::: Arwah Hisham Kembali Kepada-Nya

Tadi aku pergi hospital. Attended ward round sesi petang dengan 5 doctors. Kali ni aku ditempatkan di ward orang-orang tua yang ada pelbagai jenis penyakit kronik. U name it, they have it all.

Surrounded by the elderly, buat aku lebih menghargai kesihatan dan umur yang ada. Baru 3 jam ward round, dah ada 2 patients yang doktor pakar berpendapat sudah 'terminal' iaitu terlalu tenat atau menghampiri hujung nyawa. Dalam beberapa hari lagi, kemungkinan besar keadaan mereka akan menjadi semakin parah dan boleh mengundang ajal pada bila-bila masa..

Ajal. Itulah pusingan nyawa. Bayi datang dilahir ke dunia, yang pergi menemui yang Esa.

+++++

Seperti salah seorang rakan kita, yang begitu dikenali dengan nama Hisham (http://unrestmind57.blogspot.com/) telah pergi mengadap penciptanya semalam (3 petang, Rabu, 4 Mei 2010). Dengar kabar terlibat dalam kemalangan. Al-Fatihah untuk Arwah. Takziah buat sanak saudara serta sahabat handai terdekat.

Baru 2-3 bulan Arwah dan aku saling berbalas kunjungan ke blog masing-masing. Arwah selalu tinggalkan komen di entry blog aku ni. Tak penah kering dengan lawak dan usikan dia. Start hujung March, aku perasan Arwah Hisham dah tak ada tinggalkan komen lagi. Aku jenguk jugak blog Arwah 2-3 kali seminggu. Tunggu update dari situ.

Sekali dengar cerita, Arwah Hisham dah selamat diijabkabulkan pada awal bulan April lalu. Alhamdulillah. Sempat jugak aku ucapkan tahniah kat Arwah. Aku siap shout kat blog Arwah 'pengantin baru tgh pegi honeymoon ke...?'

Aku ingatkan Arwah Hisham akan kembali berblogging selepas puas bercuti rehat untuk majlis perkahwinannya. Namun Allah lebih cepat menjemput Arwah pulang sebelum sempat dia update ape-ape cerita tentang kebahagiaan alam perkahwinan yang baru sahaja dikecapi.

+++++

Dalam satu entry blog Arwah Hisham bertarikh 19 Mac 2010, Arwah ada tulis...

"Sahabat2 semua.. berbaktilah pada org tua selagi mereka masih hidup, kasihanilah anak2 yatim dan org2 yg miskin..

1. Yang paling dekat: Mati
2. Yang paling jauh: Masa
3. Yang palilng besar: Hawa nafsu
4. Yang paling berat: Amanah
5. Yang paling ringan: Tinggal solat
6. Yang paling tajam: Lidah

aku pun x buat blogwalking dah.. aku p blog org yg komen aku jer.. aku dh tua x larat dh.. dan mgkin komen aku akan berkurangan.."

+++++

Bukan sahaja komennya akan berkurangan, rupa-rupanya memang Arwah takkan bagi apa-apa komen lagi..

::: Berita perihal kemalangan Arwah Hisham di Harian Metro Online

:puppyeyes:


| Bro Sham, moga tenang di sana...~ |

4 May 2010

::: Who Is He?

(PHOTO REMOVED)

Who? Who? Who?
Manusia aneh?
Incik Maulana?
Incik Macha?
Auw~ *blushing*


| jangan usik! hik~ |

3 May 2010

::: Dalam Selaput Resah

Tik tok tik tok
Masa pergi berlari
"Nanti! Tunggu aku! Arghhhh!"

Masa takkan bisa mengerti
Aku gagahi kudrat berbaki sekelumit
"Laju! Kejar!"

Tiba di labuh masa
Ku bimbang ombak takkan surut
Layar dilabuh sebelum tiba malam gelita
"Oh bintang, tunjukkan aku jalan!"

Hanyutlah duhai bahtera
"Ke sana!"
Tapi angin menentukan segala
Tunduk terkedu
"Hati, tabah!"

:sorry:


| kena jugak! |

::: Toilet Prank



Masuk public cubic toilet, bila keluar, tiba-tiba jadi office.. Camne tu? Mau tak migraine! Memang pantas crews prank tu buat keje diorang untuk alihkan the 'portable office'.

Very the cool...! Hik~


| omputeh memang pelik-pelik |

2 May 2010

::: Telatah Selepas Jaringkan Gol

Ini aku bercakap spesifik untuk game Bola Sepak / Football / Soccer. Lepas pemain tu berjaya sumbat gol (aku panggil diorang scorer), of course kita boleh nampak ada macam-macam cara si scorer tu meraikan kejayaan.

Ada yang terus bergolek-golek drama hindustan kat tanah, ada yang berlari laju-laju ke arah penonton sambil menepuk dada, ada yang slide sampai merah lutut, ada yang sempoi mendongak kepala sambil menunding jari ke langit tanda puas hati.

Dan pastinya dalam setiap situasi diorang tadi tu, akan datang kawan-kawan sepasukan. Ada yang datang memeluk dan ada yang join si scorer tu bergolek, melompat dan slide sekali. Kadang-kadang macam dia pulak yang baru lepas score. Huh.

Yang paling aku pelik, ada certain time bila kawan-kawan sepasukan tu datang untuk memeluk si scorer, tiba-tiba diorang ditolak ke tepi oleh si scorer tu sendiri. Aku tengok ada yang sampai jatuh sebab ditolak si scorer tu tadi.

Korang tak pelik ke? Kalau aku jadi kawan yang ditolak tu, sure aku rasa malu. Aku datang nak peluk sebab gembira sangat sambil nak cakap tahniah/terima kasih sebab score, alih-alih kena tolak ke tepi. Sampai jatuh pulak tu...

Tobat aku tak nak peluk dah nanti kalau si scorer tu sumbat gol lagi!!


| akibat adrenaline terlalu banyak! |

1 May 2010

::: Menambah Header & Watermark Di Blog

Sapa-sapa yang agak kurang rabun, pasti perasan akan kewujudan cendawan-cendawan comel di header blog aku ni malam semalam. Terima kasih bebanyak Encik Hbz yang sungguh bermurah hati meng-offer dirinya yang hebat berperang di DOTA untuk men-design my 1st blog header since I changed to this new layout. Dia kata dia kurang bernafsu nak masuk blog aku ni sebab aku takde header. Urgh..!

Tak sampai 10minit, dia kata header dah siap. Wah, si budak kecik Hbz ni memang ada bakat. Sesiapa nak masuk meminang dia, silakan. Masih teruna katenyer walaupun aku agak kurang percaya.. Sila tanya Black Mel atau Siggplus untuk kepastian yang lebih jitu.

Header by Hbz a.ka Pejuang Berani Mati Dota
yang minat cerita My Girl (ini rahsia tau!)

Tapi tiba-tiba hari ni, angin berkelajuan tinggi dari kipas meja aku telah memberi ilham kat kepala otak ni untuk membuat header sendiri. Toksah la diceritakan betapa gigihnya usaha aku tu. Sudah juling sedikit akibat pening kepala.

Tercabar pulak bila tengok Hbz leh design dalam masa 10min. Tidak mengapa, aku mengalah. Aku budak baru belajar, kalau salah, delete saja! Hik~ Buat masa ni, aku pakai dulu header yang aku design sendiri tu. Adik Hbz janganlah berkecik hati ye. Bila sudah bosan dengan header yang ni, boleh tukar-tukar dengan header yang Hbz buatkan.

Header cikai by Arieza sendiri.
Of course lebih dari 10mins.. Naik basah ketiak okay~

Dan jika korang sedar dalam both gambar headers di atas, aku ada buat watermark (sila klik untuk tumbesaran). Konon nak maintain the originality la. Takut orang cilok. Deeerrhhhh! Poyo! Macam la ada org berminat nak cilok gambar-gambar dari blog aku ni. Just sebagai langkah berjaga-jaga. Eh kalau ada yang pernah cilok, baik mengaku cepat sebelum aku cabut gigi korang! Plus, bila ada watermark dalam gambar hak milik kita, terasa diri ini agak cool sebenarnya. Oh sila jangan rimas. Aku memang jujur.

Untuk yang masih mencari cara mudah membuat watermark di gambar-gambar secara pukal, sila la download software bernama Batch Photo Watermark. Susah sikit je dari ABCDEFG.

Selamat hari minggu anak-anak ribena!


| makin suka~ |

::: Iklan Hebat Dari Twix Chocolate, Tiger Woods Bercerai & Nenek Tua Ada Anak Dengan Cucu Sendiri

Aku rasa tak ade kat Malaysia kot. Kalau ada, maaflah. Sila tengok lagi. Heeee~ Bagi aku iklan ni memang 'wow' punyer. Simple yet unique. Matured yet cute. Dengan phrase 'You Pause More, You See More', iklan untuk chocolate Twix UK kali ni memang deliver the phrase correctly. Rugi kalau tak tengok.



Dalam kehidupan ni, segalanya terlalu pantas. Kita mengejar masa sehinggakan kadang-kadang kita terlupa akan nilai sesuatu yang nampak remeh/kecil tetapi sangat bermakna. Contoh paling mudah - mengukir sekuntum senyuman.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

SESI GOSSIP SOK SEK SOK SEK

1) Semalam, isteri Tiger Woods memfailkan cerai selepas Tiger Woods mengaku pernah ada skandal seks dengan 120 orang wanita. Model iklan Majalah Playboy pun berderet dalam tu. Tu dia.. Betul ke 120 orang je? Atau ada nama sulit yang tercicir? Kesian... Tu la. Lelaki, duit & wanita, mane boleh dipisahkan. Hik~ Tembak SINI untuk ber-gossip bersama.

2) Seorang nenek (72 tahun) bercinta sakan dengan cucu lelakinya sendiri (26tahun). Sexually active pulak tu! Memang cinta tahap kemaruk.. Diorang bercadang nak dapatkan anak bersama-sama, hasil persenyawaan sperma si cucu dan ovum seorang penderma. Sampaikan sanggup membayar sebanyak GBP35,000 (RM175,000) kepada seorang 'surrogate mother' ni demi untuk dapatkan anak bersama. Adeh.. Hujung dunia!

Paling tak tahan, si nenek tu kata...
'I called Phil (si cucu) into my bedroom, sat him on the bed, and then I leant over and kissed him. I expected rejection but instead he kissed me back.'

Si cucu pulak kata...
'I wanted to kiss her there and then. My feelings were overwhelming. I love Pearl with all my heart. I've always been attracted to older women and I think Pearl is gorgeous. Now I'm going to be a dad and I can't wait.'

Yang ni, memang 'euwww'. Bace SINI untuk lebih 'euwwwww'..


| geli la bongok!!!! |

29 April 2010

::: Perempuan Gila

Sudah gila! Gila kuasa! Gila kepala! Gila! Gila! Gila! Gila!

hahahahahahahahahahahahaha
*ketawa sambil bercekak pinggang dan mendongak tinggi ke langit*

Gila-gila remaja.
Gila sama Maulana..
Gila sama Macha..!!!!
Auw~

:hilo:

Oi oi aku mau Apple i-Pad... Cepat! Cepat! Sapa mau jadi sugar daddy aku? Ala yang 64GB baru 760 pounds. Tapi macha kata, carik sugar daddy yang untuk kikis harta saja - no bedroom talks. Uit, macam kasi sewa la pulak. Haip! Machaaaaaaaaa!!!!!!~



| kau gila?? |

28 April 2010

::: Updated - Pics Around Emirates Stadium & Hadiah Contest Hangit By Arieza

Some pictures from the journey to London last weekend.
(well primarily around Emirates Stadium)



++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Gambar-gambar hadiah Contest Hangit By Arieza.








Bagi yang belom join, mari la mencuba nasib.
Contest Hangit By Arieza
Tarikh tutup : 11.59 mlm 31 Mei 2010

:okay:


| selamat mencuba! |

26 April 2010

::: Melawat Emirates Stadium London

Aku dah kembali dengan selamatnya setelah 2 hari 1 malam bermusafir di London. Cukup membiolkan. Tambah-tambah dengan cuaca yang semakin suam-suam menghampiri panas. Kalau pergi shopping dan cuci mata semata-mata, mungkin tak sepenat ni. Tapi dek kerana hari Ahad (from 9am till 5pm) telah dipenuhi dengan 'ibadah ilmu' serta seis memerah otak belajar dari Dr Clarke, Arieza sudah cukup tension dan tepu!

Hari Sabtu petang at about 3pm, my friends and I finally went to Emirates Stadium.. Kebetulan hari tu at 5.30pm diorang ada Home Match Arsenal vs Manchester City). Ticket memang sold old. Penuh manusia! Ada 'ulat-ulat' offer tiket - paling murah pun 230 pounds per ticket. Gila?!

Seperti biasa, aku sempat berjaya merembat keychain dari Emirates. Maka cukup sudah koleksi keychain dari Chelsea, Manchester United, Liverpool dan Arsenal. Semua berjaya dibeli dari Original Store FC masing-masing i.e. di home stadium diorang. Puas hati.

Dan seperti yang dijanjikan, aku dah beli satu T-Shirt London, 5 London keychains dan satu London fridge magnet, sebagai habuan untuk para pemenang di Contest Hangit By Arieza!

Dalam next entry nanti aku kasi korang tengok gambar-gambar dari Emirates Stadium dan hadiah-hadiah Contest Hangit yang jelita belaka itu, okay?

Penat = Tido!

:tsk:


| ok takyah la ketuk ape-ape. puas hati? |