31 August 2010

::: Skop Kerja Paling Berkualiti

Apa itu berkualiti? Bila cepat dinaikkan pangkat? Bila bos selalu memuji? Bila semua keluarga rasa bangga? Fikir dalam-dalam kak long kak ngah abang cik pak usu.

Apa maknanya kerja sampai berpeluh ketiak tapi kita sendiri tak rasa puas hati? Memang selalu orang kata 'janji kerja aku siap' ataupun 'takpe, asalkan setiap hujung bulan gaji masuk'. Setakat itu je ke hidup kerjaya korang?

Aku kononnya mau jadi doktor. Sedang menapak perlahan ke arah itu. Itu cerita lama. Mungkin semua sudah tau.

Yang aku mau, puas hati dalam memberi sedikit harapan walaupun secebis kepada mana-mana insan yang sedang Allah datangkan beban. Tak kiralah penyakitnya belum mampu aku ubati, tak kiralah mereka yang pakar kata nyawanya cuma ada enam bulan baki, tak kiralah sakitnya memang tak tertanggung dek hati..

Aku mau jadi si doktor yang mampu menggengam sepasang tangan yang kurus melidi itu tapi tetap mampu memberi sesimpul senyuman di bibirnya yang pucat lesi. Bertarunglah dengan azab sakit diberi Tuhan, tapi harapan itu jangan sesekali aku putuskan. Andai tiada apa sekalipun yang masih tinggal, cukuplah akan aku bantu dengan sebuah nilai sesama insan. Senyuman tak pernah lekang kadang-kala sudah cukup membuatkan hati lara itu merasa yang mereka tak bertarung bersendirian. Masih ada ucapan doa dari aku yang juga bernama hamba-Nya.

Aku harap senyum ku itu bak ucapan semoga kamu sentiasa tabah, bak ucapan semoga kamu dalam lindungan Allah.

Itu cerita aku. Itu ingin aku. Kamu yang pelbagai kerjaya, apa mau kamu?

:sorry:


| banyak ragam |

::: Celaka

Hidup.


| bila hati dah benci |

30 August 2010

::: Isnin Mula Perang, Selasa Tetap Belum Merdeka

Maaf tajuk propa semata.

Isnin bermula End of Posting Examination.
Selasa cuti Hari Kemerdekaan... WALAUPON!!!!
Rabu hingga Jumaat - sambung Exam lagi.
Jumaat petang - balik Kuching!
Merdeka kah? Oh tidak. Selagi belum habis belajar (ataupun should I say selagi belum bertemu Pencipta di syurga??).. Aku tetap takkan merdeka..
*haih*

Kawan-kawan, doakan Arieza dapat menjawab dengan jayanya :) Inysa-Allah.
Kali pertama merasa system exam for Medicine di Malaysia. Erk. Cuak. Cuak. Cuak.
Katanya banyak beza.. Memang!

:tsk:


| oh Allah, englightens me |

28 August 2010

::: Kisah Gadis Bisu

Ini kisah aku
Tulis serabut dengan pen biru
Cuma kertas ini punya telinga untuk aku yang bisu kata
Lantang di tepi jalan semua mahu menjerit
Satu satu urat tengkuk terbonjol perit
Mahu didengar mahu dijulang
Mahu disiar mahu dipampang

Aku bisu
Dah lali telingaku sakit berdengung
Dek pekik haloba manusia yang bingung
Bingung tak sudah alahai takut tercicir dari senarai nama teragung

Apa kalau kau tercicir, kau mati tersadung?
Apa kalau kau tercicir, kubur kau pasti pekung?

Ingin benar si bisu ini bicara
Berkata 'duhai kalian, kita semua sama!'
'Kau jerit, kau pekik, kau kejar, apa hujungnya? Kubur juga!'
Namun semua si bisu cuma mampu simpan
Erat-erat dikunci dalam hati
Kerana aku bisu bicara
Tak siapa endah walau seinci
Bisik saja dalam jiwa, kumandang saja dalam rasa
Bekal untuk langkah di dunia

Biar aku bisu bicara
Asalkan aku tak bisu jiwa!

Pen biru malam ini jadi saksi
Si bisu tulis semua cerita yang tak pernah basi
Cerita perihal manusia yang bodoh mengejar nafsu serakah
Semua bagai longkang, penuh sampah!!

Aku si bisu
Begitu aku bisu bicara
Tapi aku tak bisu jiwa...


| ingin jadi bisu |

::: I Am

I am fat
I am ugly
It is no surprise if no one love me
This poem is for nobody

| honestly i swear |

27 August 2010

::: Genap Dua Bulan

Sudah genap 2 bulan aku belajar di Malaysia. Untuk tahun ni, all postings dibuat kat Sibu General Hospital. Sengsara mak aii... Tak terungkap dek kata-kata. Namun, pejam celik pejam celik, tak terasa dah 2 bulan rupanya.

Kat Sibu ni, benda yang paling aku tak gemar adalah cuaca dia. Panas mengalahkan bandaraya-bandaraya besar like KL or Kuching. Semua orang yang tinggal kat sini memang agree about this thing. Banyak dosa kot bandar ni. Hahahaha. Kidding. Mungkin sebab Sibu far away from sea so dia punya haba semua terkumpul kat darat. Entah. Aku tak reti subjek geografi. Too bad.

Lagi satu, perperangan tanpa henti dengan nyamuk.. Masya-Allah. Jiwa betul! Nyamuk-nyamuk ni pulak suka bebenor kat aku. Puas aku tanya kat semua bebudak lain, tak penah diorang digigit dek seekor nyamuk pun. Yang aku ni pulak, berperang jihad dengan 20 keturunan nyamuk setiap malam. Mau aku tak mengamuk! Apa sedap sangat darah aku ni? Okay fine. Aku kan gadis sopan. Nenek nyamuk pun berkenan nak buat menantu. Argh!! Jangan sedut darah aku la!! Kang habis darah aku, apa yang tinggal untuk Incik Macha?

:devilishgrin:

2 bulan di sini, aku kenal apa itu erti tersisih, aku kenal apa itu erti perit, aku kenal apa itu erti sunyi, aku kenal apa itu erti beban. Dan tak lupa juga, aku dah tau apa itu erti digigit nyamuk, aku kenal apa itu erti berpeluh sakan, aku kenal apa itu erti sakit-sakit badan. Hebat bukan? Hik~

Tahun depan most postings akan dibuat kat Kuching (Sarawak General Hospital) which is closer to home. So I bet semuanya akan jadi lebih selesa. Plus Kuching is far damn better than Sibu - I mean from its entertainment and development aspects. Lagipun nanti kat Kuching aku leh stay kat rumah sendiri eventhough dalam otak ni ada jugak terfikir nak menyewa luar. However, macam mustahil je parents aku nak allow aku stay rumah sewa. Hospital jauhnya sekangkang kera je dari rumah. Tengok la nanti. Kot-kot boleh membodek dengan lebih berkesan.

Anyhow hampir 5 tahun di UK apa mudah untuk aku lupakan semua memori yang ada? Mungkin tidak. Sekarang aku tekad, apa yang sudah aku tinggalkan di sana biarlah aku ukirkan sebagai kisah pedoman. Mengenal dunia luar, budaya dan pancaroba di negara orang. Walaupun belajar di Malaysia ni (well, Sibu in particular) tak seindah yang aku jangka namun aku cuba untuk lebih bersyukur atas apa yang aku telah perolehi. Tak semua mampu dapat ape yang Allah telah curahkan pada aku. Betul kan? Lain orang, lain rezeki...

So here I am - 2 months in Sibu, and I am glad that I am still surviving :)

:okay:


| i do whine at all time but i keep moving forward at the same time |

26 August 2010

::: Si Syaitan

Andai ku ikut bisik halus syaitan
Berselimut memori hitam sepanjang laluan
Ingin saja ku tusuk belati ke hati

Argh! Siapa bisa bezakan
Yang mana nafsu yang mana bukan?
Terperuk aku di satu tanah gambut kecil
Hati penuh gelora, amarah, sengsara
Hidup ini kadang kala cuma darah penamat segala
Oh.. bukan? Kau dah cuba?
Kalau belum, baik kau jangan menyampuk
Dengus cuma di hati bagai

Ku jenguk langit untuk kesekian kali
Ya Tuhan kuatkan insan ini
Menepis hasutan dusta
Hidup ini datang cuma sekali
Benar.. Aku hamba-Mu.
Lindungi aku..


| thought you saw me wink? no. |

24 August 2010

::: 50 sen Untuk Satu Kad Raya


Salam Ramadhan semua.. Puasa dah hampir 2 minggu. Harap-harap segala ibadah kita diterima Allah SWT. Insya-Allah :)

Hari tu tanpa disengajakan aku terdengar berita kat radio. Setiap pengeposan mana-mana kad raya tak kira besar mane mestilah menggunakan setem berharga 50 sen, dengan syarat berat kad tu tak boleh lebih dari 50g. Jika melebihi 50g dan ko tempek jugak dengan setem 50 sen je, Abang Posmen pasti buat derkkkk ler.. Itu ikrar baru merek!

So perhatian kepada sesiapa yang sedang sibuk menulis kad raya sambil meniarap di atas katil tu. Amboi.... Tengah feeling tak ingat ye! Pi pinjam penimbang tepung kakak/mak/jiran korang yang mesti tengah kalut membakar kuih kat dapur.. Korang timbang dulu setiap kad raya tu. If beratnye kurang daripada 50g, sile calitkan setem 50 sen dengan sedikit air liur busuk di musim puasa korang tu dan tempekkan setem tersebut kat samput surat okay.

Walaupun dunia dah makin maju, zaman dah makin berubah, aku tetap seorang gadis kampung. Jalan ketika panas pasti bawak payung, senyum-senyum simpul sambil mengatur langkah melenggang kangkung..~

Aku sejujurnya lebih suka dapat kad raya versi classic. Aku ulang lagi sekali, lebih suka DAPAT kad raya versi classic. Aku tak kata pun yang aku suke HANTAR kad raya.

:devilishgrin:

Okay maaf. Itu gurau manje...~

Anyway, sekarang ni bebudak suka benor hantar kad raya ikut media electronic. Paling canggih dia pegi upload sekeping photo bertema ketupat atau masjid kat Facebook, pastu dia tag berjuta-juta member atas kad yang sama. Adoi la Kasseeeemmmm! Bukan membenci atau tak reti menghargai namun aku agak kurang gemar... Dah takde seri macam dulu-dulu lagi.

Abang Posmen sure makin gembira sebab dah makin kurang budaya hantar-menghantar 'hard copy' kad raya dari tahun ke tahun. Semakin hilang segala nostalgia tahun 80-an dulu. 2-3 minggu sebelum raya, sure lenguh jari jemari menulis ucapan atas kad raya. Mintak alamat daripada member sane sini. Beli setem berjela-jela panjangnya.

Tu baru Hari Raya beb! Syiok. Suasana tu yang penting! Memang orang slalu kata, 'it is the thought that counts'. Tapi bila hilang segala tradisi, takde dah nostalgia indah untuk diingati. Sekadar melalui handphone, email dan Facebook. Feel dia lain yang amat...

Jadi, mari kita sama-sama menyusahkan Abang-abang Posmen kembali!

:okay:


| sapa mau alamat rumah aku? btw, aku kat MALAYSIA la :p |

21 August 2010

::: Tak Sabar Nak Ada Anak Buah

the wedding badges..

Abang aku baru je kawen 2 minggu lepas, aku dah kemaruk imagine nak timang anak buah! Tak sabar tak sabar!! Harap-harap diorang bukannya planning nak mendelaykan 'proses' untuk menimang anak...

Kesian aku.. Takde geng dah.. Dah la 2 beradik je. Abang dah tinggal with Kak Ida. Aku terkontang kanting sorang-sorang. Lagi kesian kat parents aku la. Berdua je kat rumah since aku tengah posting kat Hospital Sibu (yang amat membosankannn) at the moment.

Kalau ada anak buah, boleh selalu culik bawa balik rumah.. Jadi anak didik aku, untuk becoming my partner in crime. Best!! Tak sabar nak jadi Mak Usu yang 'super cool & best'~

:eheh:


| salam 11 Ramadhan |

19 August 2010

Genap Seminggu Berpuasa!

Olla n salam to alls~

Sori termenghilang diri jap..bkn ape dok fokus mcm mcm tentang perjalanan idup..ade terduduk..terlingkup..terabur..terawang awang pun ade...maaf kerana komitmen nk menulis ni agak kurang :P

Sori tuan umah..dh kasi pinjam takmo guna sebaik mungkin..


Jadi untuk kali ni, sepanjang ramadhan..dah genap seminggu..byk rempah ratus yg aku dapat lihat dr masyarakat yang ada keliling aku..

Start dari cuaca pun dh mula hujan je dari ptg smpi ke berbuka..pastu sampai ke sahur..alhamdullilah sejuk juga bumi tempat aku menginap ni..kekadang aku terlupa nk bersyukur dengan ape yg ALLAH berikan selama ni..

Masyarakt kat tempat bazaar plak aku tengok dh mcm semut..seawal jam 3.30 ptg dh start berbaris..heran plak aku time blk keje jadi seawal itu.. :) dari kacamata aku meronda ronda di waktu ptg melihat ragam penjual dan pembeli..aku harap penjual ni ikhlas berniaga dan pembeli tahu ape juadah yang di beli..


Tapi satu yang aku berjaya kesan, saban tahun harga kat tempat bazaar ini akan naik harga..dari sebesar besar ayam hingga la secawan air sirap pun harga die kemain lagi..

Tp adat berniagala sapa mau rugi kan, cume kita ni selaku pembeli kena pandai pandai la tahu dok?!

Bagi kaum hawa kat tmpt bazaar ni, jagalah pakaian dan diri
anda..sebab tempat pun sesak..jadi paham paham la ye..nk explain detail kang aku kena banned dgn tuan umah tak pasal pasal..

Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,

“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”

Syaitan di bulan ramadhan??erm..harus di ingat penger
tian syaitan ini luas..
so pikir pikirkan dan selamat beramal ;)

17 August 2010

::: Abang's Wedding

Sorry ar... Lambat lagi menunaikan janji..

Sepanjang 3 hari berturut-turut majlis kenduri kawen Abang Ejan & Kak Ida berlangsung tu (Jumaat akad nikah, Sabtu Reception sebelah Kak Ida, Ahad Reception sebelah kitorang), aku tak captured pictures for personal collection sangat pun. Mostly mintak tolong my cousins or relatives to hold my camera. But too bad, on Friday & Saturday mostly gambar-gambar yang diorang captured tak memenuhi citarasa and hangin aku.

Jadi makanya, have to wait for the official album to be completed by the end of this month. So bersabar la ye kalau nak tengok gambar-gambar yang mengancam dan officially taken by the Professional Photographer.

Luckily on Sunday, Incik Macha datang bawak SLR (well should I say 'after dipaksa dan dipujuk' hik~) so banyak gambar he captured can express the moments. Million thanks to Incik Macha.. P/s: I sayang you lebih la cenggitu...~

So here are just few of them yang taken on Sunday Reception. Tak boleh nak upload semua. Nanti hilang seri.. Hahahahaha.. Enjoy!



Sekian dulu buat masa ini~ Nak pergi berbuka puasa!!


| cepatlah datang duhai DSLR |

14 August 2010

::: Sang Nakhoda

Gigi ombak itu lembut memukul pantai
Dalam senja itu hati ini terus terbuai
Di tunggul kayu itu ku pandang segala pelepah melambai
Adakah tanda sang nakhoda ku kan pulang tiba
Atau sekadar angin yang menjanjikan tiada apa?

Ku tenung langit, indah.. biru kelabu
Oh, mungkin hujan ingin datang..
Turunlah dikau basahi ubun-ubunku
Umpama tanah yang kering kontang..

Dalam sepoi-sepoi bahasa itu, tersirat sejuta tanda tanya
Selamatkah sang nakhoda ku di laut bahtera?
Melukut aku menunggu utusan dari lautan
Oh Tuhan, sang nakhoda ku di sana Kau berilah perlindungan.

Sang nakhodaku..
Hati ini memang keras
Tapi cinta ini tiada batas


| sayang, tak disangka |

::: Disqus Comment Atau...

Disqus Comment atau Classic Popup Blogspot Comment Form?
Your choice?

:yawn:

updates...

Dah finalised. Dengan ini, aku akan back to pakai the simple Classic Popup Blogspot Comment Form. Aku dah deleted the Disqus format so all comments dekat all previous entries were deleted automatically from here. Thank you for all replies and suggestions :)


| ko pilih la... |

12 August 2010

::: Hari Ke-2 Berpuasa! :::

Salam semua!~oit oit~ tak sangke ade jugak respon tuk aku pny post..terima kasih daun keladi..

Jadi utk kes berpuasa hari kedua ni, hai nasib baik la boleh berta
han aku ni, walaupn cuaca tak seindah di jangka..panas terik, naik kering bibir..

Ikut ramalan semalam di jangka lembap sepanjang ramadhan, time raya panas..alih alih hari ni tukar plak kata sepanj
ang ramadhan panas terik, seminggu raya di jangka hujan lebat..

Hik! apepun ini semua kuasa tuhan, mana kita leh lawan...teknologi pn kalah..redha je la dengan cuaca yang di berikan..mana tahu Allah Taala nk kasi org malaysia main snow plak ke.. :P

Almaklumla kat m'sia ni ade jugak orang yang tak tahan, abis kipas dan aircond di gunapakai, tak cukup kipas satay pun ada standby kat mane mane dalam handbag..katenye panas sangat..

Amboi! lahir kat malaysia, beranak kat malaysia takleh nk accep
t cuaca kat malaysia :p tp lidah makan durian,tempoyak, sambal belacan...adoi! tak plak rase nak komplen, kata sedap lagi ado..

Ingatlah teman! secanggih mana pun kaler di rambut..setebal mana pun gincu di taruk...seketat mana pun kain di balut..kalo dah kite ni orang malaysia terima lah seadanya..

Hik! saya suka malaysia dan bangga menjadi orang malaysia ;)

*terima kasih tuan empunya umah ni, utk pembaca sekalian,aku masih belajar mengenali function di blog...kerna apa? sebab aku hanya tahu menulis ;)

///reWrite///

::: Krakk Krukk Krakk Krukk

Krakk Krukk Krakk Krukk
Baru jam 8 pagi
Oi perut, awaiiii lagi
Toksah la bunyi-bunyi

Krakk Krukk Krakk Krukk
Baru jam 10 pagi
Apek jual roti dah jerit sana sini
Aiya Apek pigi la amek cuti!

Krakk Krukk Krakk Krukk
Dah cecah tengahari
Alahai doktor, membebel tak renti-renti
Naik pekak dah telinga aku ni!

Krakk Krukk Krakk Krukk
Baru jam 2 petang?
Mata rasa macam nak pitam
Jiran India kat sebelah dah terbungkang kenyang

Krakk Krukk Krakk Krukk
5 petang dah riuh sekampung
Bazaar dah sesak macam satu dunia bertembung
Yang tak puasa pun datang mengharung!

Krakk Krukk Krakk Krukk
Kat radio Encik Ustaz tengah mengaji
Pinggan membukit, gelas punyer tinggi
Makan besar ini hari!!!

Alahai nafsu nafsi
Bila belum tiba masa, semua nampak berisi
Bila beduk berbunyi perut tak suke diisi
Segelas air bandung pun dah cukup senang hati!

Jangan ikut nafsu, kenyang bodoh macam lembu
Perut kenyang, duduk terkangkang
Maghrib terbabas, Tarawikh terlepas
Kan ke rugi, Ramadhan cuma setahun sekali :)

:wave:


| Hari pertama berjaya! |

11 August 2010

::: Salam 1 Ramadhan 1431 :::

Salam Ramadhan untuk semua!

Terima kasih di atas promo awal oleh empunya blog ni, arieza..hanya sekadar menumpang di bulan mulia ini untuk mencalit sedikit memori untuk di kongsi..


Apepun Ramadhan kali ni, aku berharap korang sume hepi dan penuh penghayatan..acap kali setiap kali Ramadhan banyak sungguh perihal yang terjadi, adakah mungkin jatidiri manusia kini sudah banyak terpesong?atau anak muda masa kini sudah bijak bermain kata bermadah pujangga?sehingga bermain bermacam alasan untuk mengelak berpuasa?


Oh gastrik! oh migrain! oh penyakit jauhila dari diri ini ketika berpuasa..adoi...(alasan untuk escape puasa ke?)


Apepun, inilah intro dari diri aku dari awal 1 Ramadhan hingga hujung 30 Ramadhan untuk bersama kalian.


Tak kenal maka tak cinta, tapi kenalilah aku dengan nama reWrite
menulis dan menulis lagi, dan itulah manusia peluang dan demi peluang di berikan lagi dalam hidup ini.. atas kertas ku menconteng ku pindahkan ia ke atas papan kekunci..



salam ramadhan,
reWrite:: 1 Ramadhan 1431 ::
Photobucket

::: Author Jemputan Di Bulan Ramadhan

Salam Ramadhan semua.

Firstly, Selamat Berpuasa - selamat menahan diri daripada segala-galanya - lapar dahaga, nafsu serakah! Hik~

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, aku dah invite seorang Author Jemputan bernama reWrite, yang boleh tahan agak sengal, untuk menyumbang sekeping dua tiga ratus keping entries in this weebly blog.

Semoga Author tersebut BEHAVE! Hahahahahaha~ Sila la rajin-rajinkan membaca entries beliau nanti wokey.. Kot-kot boleh dapat sebakul dua pahala (ke dosa? aiiyo jangan!)

So hope everyone is aware and well-informed by this.. There will be a new guess Author starting from today :) Enjoy!

Ahlan wa sahlan!

:okay:


| Time tengahari, ada yg curik-curik pergi McD Drive Thru??? |

9 August 2010

::: Cerita Kawen-kawen

Eleh korang.. Aku saje je nak bikin panas. Bukan ada berita panas mane pun..

Just nak kabar yang pada 30 Julai 2010 haritu, Abg Ejan dah selamat menikahi Kak Ida. Dengan sekali lafaz.. Auw~ Then on the 31st of July berlangsungnya Reception for Kak Ida's side. Esoknyer on the 1st of August, Reception on our side pulak..

Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar. Penat memang super duper penat. Walaupun most parts of the Reception, semua catering & boutique yang uruskan but somehow the tiring part was inevitable. Penat syok sendiri maybe.. Hehehehe.

Too bad aku tak boleh nak upload gambar-gambar from the events sekarang. Al-maklumlah, pakai broadband.. Tunggu aku balik Kuching this Thursday night. Akan ku hamburkan segala unsur untuk tatapan bebola mata korang :)

Another big news - Incik Macha pun turut hadir sama on that Sunday Reception. Well though things were not perfect but I am so glad that my parents finally met him. Eventhough quite quick, I guess it is pretty enough for the time being. At least now they know to whom I am 'befriend' with..

Itu je la kot.. Kang aku sebar semua big news at one go, tak best la pulak kan. So tunggu aku upload the pictures from my Abg Ejan & Kak Ida's Receptions this Thursday or Friday wokey mates!

After that, kita cerita-cerita lagi.. Kap kap kappppp~

:hilo:


| bila lagi? |

::: Janji Yang Basi..

Korang terasa ditipu ke? Sebab aku tak update-update lagi big news yang aku janjikan dari 4th August last week?

Kasihan... Maaf maaf maaf.. Sabaq sikit lagi ye kawan-kawan yang hensem dan jelita belaka.. Malam ini segala cerita bakal menyusul.. Hikhik~

:wave:


| bila lagi? |

4 August 2010

::: Just A Teaser

I am back again with big news! Tunggu.....~


| Alhamdulillah~ |