13 February 2011

::: Berdiam Untuk Bersuara

Taman Bukit Aup, Sibu


Salam ukhuwah buat semua. Well, time flies pretty fast. Dah pertengahan February rupanya.. Dan duit pun mengalir terlalu cepat! Oh terima kasih ibu ayah kerana masih sudi menjadi 'ATM machine 24 hours without limits' kepada anakandamu yang bongsu ini. Aku betul-betul perlu mula bijak menyimpan. Ada target mahu dicapai. Target untuk merantau ke negara orang sekali lagi. Pastinya bukan UK! Begitulah akar ceritanya.. Tunggu hujung tahun, aku cerita lagi detailed okay :)

Dua gambar di atas, aku snap petang tadi guna Samsung Tablet. Bertempat di Taman Bukit Aup, Sibu. Pergi ronda-ronda dengan another 5 kawan-kawan yang sama-sama kebosanan.

Application yang baru aku rembat pun sungguh memberi kepuasan nafsu. Untuk yang berminat mahu kasi lip-lap-lip-lap gambar kat mobile phone korang, try la install application Vignette Demo dan Retro Camera.

So now, back to the main topic. Berdiam Untuk Bersuara.

Since the end of last year, I chose to keep my mouth sealed in most circumstances. Bukan aku nak jadi ignorant, tapi kadang-kadang berdiam itu cara aku untuk menyuarakan pendapat. Cuma yang bijak dan yang betul-betul seorang sahabat boleh faham akan cara aku tu. Bukan tanda aku marah, bukan tanda aku berkecil hati, bukan juga tanda aku tak ambil peduli. Cuma malas dah untuk berkata-kata. Berdiam itu pun satu cara aku 'bersuara'.

Aku jadi pemerhati dari jauh. Mungkin ada yang perasan, ada yang tidak. Itulah hidup. Setiap daripada kita merasakan kitalah watak utama dalam kehidupan. Sampai satu tahap, orang lain seperti sebatang pokok cuma - terpacak tak bergerak.

Aku tau ada di antara yang aku perhatikan itu, hatinya penuh belenggu. Berkira-kira ape itu sebenar cinta, apa itu sebenar teman setia, apa jurang antara keduanya. Dan aku juga tau ada di antara mereka seperti hilang arah tuju. Ke kiri ke kanan, akhirnya berkira-kira mahu undur ke belakang. Ada juga yang terlalu khusyuk jatuh cinta pada diri sendiri. Okay, itu extremely vain namanya! Pantang jumpa cermin, ye? Hahahaha. Funny, life is. That very second you are laughing, another next moment you are crying.

Tapi ingat, bila terjatuh yang sangat menyakitkan pungkoq, sila bawa duduk sekejap. Jangan tergesa-gesa mahu bangun. Konon berkira tentang masa! Pui! Kena percaya, setiap dari kita perlu masa untuk muhasabah. Duduk. Kemudian bangkitlah, dengan selangit kudrat untuk terus melangkah. Jangan duduk lama-lama pulak, nanti merata bisul tumbuh kat pungkoq tu..

Untuk yang tertanya-tanya kenapa aku sepertinya hilang suara, mengertilah, ini cara baru aku untuk berkata-kata. Berkata bahawa aku mahu lihat engkau jangan kalah pada perasaan. Jangan tumbang dengan khayalan. Jangan lalai perihal kehidupan.

Ingin aku ulang sekali lagi, I have told you so. And I know it is happening even without you telling me anything...


| i believe you know who you are |