Tamat sudah tahun pengajian yang lepas. Tahun yang mencampakkan aku ke Hospital Sibu. Tahun pertama aku sambung pengajian di Malaysia selepas pulang dari UK. Mula-mula, agak terkejut dengan sistem kat sini. Pelan-pelan untuk cuba adapt, boleh la terima sedikit demi sedikit. Alah bisa tegal biasa.
Dan Alhamdulillah lagi sekali sebab atas izin Allah segalanya berjalan agar lancar untuk tahun pengajian lepas. Semua posting lulus. So boleh masuk ke tahun seterusnya. Bersambung lagi perjuangan yang seperti tak sudah-sudah ni.. Thank you to my family, Incik Macha, teachers and friends for your help and support along this 1 year.
Tetapi, selepas analisa terhadap diri sendiri, memang banyak yang boleh aku perbaiki. Hari tu dapat results pun 'boleh boleh' je. Belum smpai grading 'excellent' or 'amazing' lagi.
Aku kuat tidur, kaki merayap, banyak melaram depan laptop, kuat sembang, tak lalu pandang buku lama-lama, jenis tak jumpa patients hari-hari, revision pun sehari dua sebelum exam. Memang patut la tak dapat excellent, ye dak? Hikhikhik~
Now kitorang tengah cuti 3 minggu before the beginning of a new academic year. Khamis lepas aku dah tinggalkan Sibu and angkut segala barang dan harta benda to Kuching. Sekarang bermula posting kat Kuching pulak. My hometown. Nonetheless, akan ada few postings to other places like Serian, Bau and Sibu (again!), but thanks God they are just for several weeks.
Since most of the time aku akan berada di Kuching, then no more tinggal kat campus. Tinggal kat rumah je, yang jauh pun sekangkang kera dari faculty and hospital. Cuma perlu meredah jammed di sana sini. Tinggal di rumah, makan minum pakai semua mak ada tolong uruskan sikit-sikit. Poket pun makayah masih boleh tolong penuhkah. Huhuhuhu. Saya suka bilik tidur saya!!! Saya cinta rumah saya!!! Yey!!! A perfect place for a perfect sleep. LOL. Harap-harap tak terlajak tidur and datang lambat to classes and hospital. Boleh bikin lecturers and doctors mengamuk!
Semoga segala perangai yang busuk-busuk aku tadi tu akan berkurangan. Kot-kot nanti boleh senang-senang score A dalam semua postings plak. Hahahaha angan-angan lah kan! Tapi kena berusaha~ Insya-Allah. Kena pada caranya, kena pada usahanya, kena pada rezeki dari-Nya. Semua pun boleh... :)
3 weeks off - from books, from classes, from hospital, from study, from revision. Pergh! World's heaven!
| cutiiiiiiiiii!!! |