24 March 2011

::: Bisu Di Bibir, Bisu Di Hati

Hidup ini memang kadang-kadang dicipta untuk cuma membisu kata. Ada ketika, kata-kata bukan penyudah sengketa. Maka bermula hari ini, biar Arieza belajar jadi si bisu bicara.

Aku banyak belajar tentang apa itu sabar. Dulu Arieza lain orangnya. Sungguh berbeza. Sekarang Arieza lebih banyak angguk daripada bersengketa. Bukan tak punya kata untuk berbicara, cuma penat menjelaskan apa kiranya yang ada dalam jiwa. Tapi tetap juga dikata Arieza keras kepala. Iya. Memang kamu ada benar. Tiada pernah aku nafikan. Jadi beri lagi aku tunjuk ajar. Kerana memang aku tiada sempurna. Kerana memang aku tiada sempurna.

Kata maaf serta angguk jadi teman segala. Biar orang kata di mana ikhlas kata, kata kita bodoh apa segala. Terima sahaja. Jangan kata semua itu tiada benar. Memang aku tiada sempurna, masih banyak perlu belajar. Hari-hari masih perlu mencari di mana hala tuju yang mahu aku pergi. Memang aku tiada sempurna.

Tatkala bersangka baik, dikata kita cuma berlakon di raut rupa.
Tatkala menghulur maaf, dikata pula kita cuba lari dari segala.
Benar. Memang aku tiada sempurna.

Jadi kiranya kamu masih ada sayang pada Arieza, maka ajarkanlah. Aku mohon jangan pernah kamu berputus asa. Seperti mana yakinnya seorang ibu menjaga si anak cacat berkerusi roda. Yakinlah pada aku. Kerana aku masih punya sedar - sedar diri masih perlu belajar.

Pada Arieza, belajarlah bersabar lagi. Kerana sabar itu bawa engkau makin dekat pada Illahi. Semat rasa kasih, pupuk rasa cinta, diam-diam dalam hati. Mungkin kata itu tak perlu diucap lagi. Biar Allah rencanakan apa yang ada di kejauhan hari.

Hanya Allah yang mengerti siapa masih di dalam hati.
Hanya Allah yang mengerti apa sebenar tersirat di hati.
Ya Tuhan, kuatkan hati-hati kami.

:sorry:


| nanti tiba saat aku bisu pada hati |