Apa yang aku tulis selama ni mungkin cuma memberikan sekelumit cerita dari kehidupan aku. Terlalu banyak yang aku tapis. Terlalu banyak yang aku sembunyi. Banyak mana yang kenal siapa Arieza dalam dunia sebenar?
Mari aku ceritakan sedikit kisah hidup aku ni. Bukan untuk mendedahkan segala, hanya untuk berkongsi sedikit nilai dan pengalaman agar kita sama-sama belajar.. Dan mungkin satu hari nanti, kot-kot aku hilang ingatan atau pergi dahulu dijemput Illahi, sekurang-kurangnya ada satu sumber yang boleh digunapakai untuk mengenang dan membaca kembali kisah cerita seorang aku - Perihal Hidup Arieza.
++++++++++++++++++++++++++++++
Salah satu perkara yang paling aku sayang dalam dunia ni adalah hubungan kekeluargaan. Bagi aku maksud 'hubungan' tu bukan sekadar cukup bertanya kabar, bersua muka, sambut perayaan bersama-sama, bermaaf-maafan, makan dan keluar bersama. Aku lihat dari sudut yang lebih luas dan berbeza..
Bila bertanya kabar, cukup dari hati kah?
Bila bersua muka, cukup selesa dan gembira kah?
Bila sambut perayaan bersama-sama, cukup manis kah?
Bila bermaaf-maafan, cukup insaf kah?
Bila makan dan keluar bersama, cukup bahagia kah?
Bila bersua muka, cukup selesa dan gembira kah?
Bila sambut perayaan bersama-sama, cukup manis kah?
Bila bermaaf-maafan, cukup insaf kah?
Bila makan dan keluar bersama, cukup bahagia kah?
Aku anak bongsu dari dua beradik. Yang sorang lagi abang, tua setahun dari aku. Orang selalu tanya - tak sunyi ke adik beradik sikit sangat? Bagi aku senang je. Walaupun tak ramai tapi kami punya kualiti 'hubungan' yang lebih akrab, itu mungkin lebih bernilai. Apa gunanya kami punya 10 orang adik beradik tapi tak semua mampu kami jadikan sebagai 'keluarga'?
Satu perkara yang paling aku takut di dunia ni ialah hilang salah seorang daripada mereka. Hidup kami empat beranak, jatuh bangun kami, susah senang kami, semua kami dah rasai bersama. Tangisan gembira, tangisan duka, semua pernah kami alami. Dan pastinya akan terus kami harungi. Selagi Allah panjangkan usia...

(bersambung...)
| yang tak pasti ku kecapi |