12 April 2010

::: Musim Bersedia Untuk Mengawan

Haaa, sakan click sebab tajuk entry mengawan la tu! Gatal! Bukan aku yang nak mengawan. Abang aku yang bakal mengawan start August nanti.. Tarikh nikah dah dekat, so macam-macam hal la yang kena prepare. Since hujung tahun hari tu lagi diorang dah start meroyan di semua butik & kedai barang-barang perkahwinan. Siap terbang ke Jakarta semata-mata nak buat kad jemputan. Adeh. Parah~

So nak di jadikan cerita, oden ni kan jauhhhhh di perantauan.. Segala persiapan untuk oden vogue bergaya di hari bahagia itu nanti, semua omak oden yang terpaksa uruskan.. Tapi, dek kerana anak omak ni manja sungguh, omak oden jadi kalut pulak nak carikkan kain untuk buat baju kurung oden nanti. Alahai la anak omak... Kasihan....~

Aku siap suruh hafal lagi jenis pattern & jenis kain yang aku nak. Lain dari tu, aku kata aku akan reject. Mak dah naik migraine - dok kena hafal-hafal pulak dah.. Lagi teruk dari amik exam PTK katanya. Ampun ye bonda. Hik. Mak aku pun mula mengeluarkan kata-kata pujangganya - 'Mujur la anak pompuan aku ada sorang je...'

Ni aku nak tunjuk, calon-calon kain yang aku agak berkenan.. Well, ni aku carik kat online ar. Aku dah kalut tak tau nak carik kat mane tang online ni. Mak kata, kalau dia tak jumpa jugak dalam masa seminggu dua ni, dia bagi aku order sendiri je. So kiranya calon-calon kain ni adalah back-up untuk anak omak ni..

Jadi, korang rasa calon kain mana yang boleh tahan best? Ikut kehendak taik mata masing-masing la ye. Kalau korang tak berkenan langsung BUT ada calon-calon kain yang lebih hebat, sila roger-roger sama adinda. Please~

Namo la yang bimbo-bimbo sangat.. Kang macam sebaya dengan Mak-mak Datin! Tak kuasa!! Aku muda lagi okay! Nanti aku bagi upah - secebis kain lebihan dari kain baju kurung aku tu nanti. Mau?

Calon A, Calon B & Calon C


Calon D & Calon E


Calon F & Calon G

(sila klik gambar tersebut untuk tumbesaran seperti anak-anak milo!)

:eheh:


| erk, ni sapa yang kawen?? |

::: 2022 and its near end

It is near the end of 2022.  It really goes by at a blink of an eye. This year started with hope - loadssss of it. And I thought this year w...