30 December 2011

::: He Is Cute!

When he was at 3 months plus

The above picture was a bit basi but I am too lazy to transferred his recent photos to this laptop of mine. Now, my lovely nephew dah masuk 5 bulan lebih. He is getting more active each day. Mulut dah boleh berteriak sekuat jiwa raga. Satu rumah boleh bergema. Semua telinga boleh bergetar. Dah besar, ada potensi jadi opera singer. Kuatnye suara dia mak oi!

Time bergurau pun dia berteriak, time merengek pun dia berteriak. Ada masa, kadang-kadang dia menangis mengada-ngada. Hikhik sangat cute! Air mata langsung tak keluar. Suara je teresak-esak. Eceh.. Manje la tuh! Tapi bila dia betul-betul menangis, hambik kau, berjujuran air mata. Still comel jugak!

Sekarang banyak baju dah mula ketat. Sepasang kasut pemberian Incik Macha juga dah tak muat lagi. Baru berapa kali je pakai. Cepat betul membesarnya Baby Ilan Nufail ni. Tak lama lagi dah tak boleh panggil Baby dah.. Hehehehe.

Sekarang berat pun dah over 7 kg. Panjang pulak dah hampir mencecah 80 cm. Nanti aku update latest photo of him.

For the time being, aku perlu stop here. Kena habiskan assignments and portfolios yang berlambak ni sebelum 2 hari on-call bermula esok. Haihss nasib badan...

:hilo:


| all is well |

27 December 2011

::: Hidup Bukan Hakiki

Aku ada satu problem. Besar. Agak besar. Tentang seorang perempuan, yang aku belum dapat accept sampai sekarang. Umpama satu trauma yang aku susah untuk buang. Benci terlalu benci. Entah kenapa. Mungkin naluri halus hasutan iblis cuma. Mungkin juga aku cuma hidup dalam fobia yang tak bertepi.

Susah benar aku terima apa sahaja tentang dia. Iya, aku tahu membenci itu berdosa jika bukan kena pada asas kukuhnya. Even berlainan agama, bermusuh bersengketa, Islam tidak mengajar umatnya akan satu sifat terkutuk itu.

2012, aku doa, aku boleh buang jauh-jauh rasa itu. Sudah sekian lama, dah masuk bertahun lamanya. Ya Tuhan, jadikan 2012 itu tahun aku mula bebas daripada sifat buruk itu. Aku enggan hidup selamanya dalam benci tanpa punca.

Oh bukan! Aku tahu punca, cuma tidak berani dibilang sama sesiapa. Aku simpan kedap-kedap. Nun jauhhhh dalam hati. Aku seorang saja tahu kenapa. Ya Tuhan, tolong aku buang benci itu.

++++++++++++++++++++++++++++++

There are times we wish we are not who we are -wanting to be like another person, to have his/her life, to have what he/she has, to be on his/her shoes.

Buang jauh-jauh rasa itu. Oh hati, oh kawan. Bukankah Allah itu lebih mengetahui akan sesuatu? Kenapa jadinya kita, kenapa roh kita dipinjamkan ke jasad kita. Segala 'kenapa' itu hanya Allah ada jawapannya.

Sukar. Memang sukar. Hidup dalam belenggu 'ingin menjadi sesuatu yang bukan aku'.

++++++++++++++++++++++++++++++

Rasa itu ada kalanya mati. Mati dalam teki-teki mencari diri. Mencari pemilik hakiki. Terus berteka-teki, kerana aku sedar hidup ini cuma setitik dari hidup yang abadi. Nun di sana, Allah menanti.

:sorry:


| andai bahagia itu diberi kita rasa, maka hanya Allah yang tahu mengapa |

16 December 2011

::: Hilang Datang

Manusia hilang datang
Hadir tanpa suara pergi jua tanpa ditanya
Tiba-tiba kelibat tingggal bayang
Umpama senja
Dalam ramai tak semua memandang
Cuma satu dua yang dikata pujangga

Arang tercalit di sana sini
Kata terlempar menyata yang hakiki
Apa manusia ini cuma suatu bahan bukti
Yang cuma berharga pabila segala sudah terjadi
Jadi hilang datang ke sana ke mari
Sekelumit hati tiada peduli

Hilang datang
Pagi dan petang
Hadir dan pulang
Ying dan yang
Semua ada pasang
Sudah dirancang

Seperti juga aku
Hilang datang
Di sini menghilang
Di sini mendatang
Tapi aku bukan pendatang
Ini blog aku yang punya oi Jang!

Ok aku merapu
Sekian terima kasih


| masa kamu, kan dah terbuang! heh.. |

18 October 2011

::: First Swimming Session

Baby Ilan Nufail is swimming happily! And he is only at 2 months plus of age!

By the way, the session did not last for more than 5 minutes, kata Abang & Kakak. It was Baby Ilan's first dip anyway, in his new 1 metre plus-of-depth pool. Thus, he might not feel that secured yet, dalam pool yang full of water while his foot could not reach the ground. Brave effort, Baby Ilan! :)

However, he is looking positive and he gonna be able to swim good, at an early age. Lets hope so!

Nanti Baby Ilan Nufail dah besar, boleh pergi swimming with Kak Usu ok! Yey!


| I can swim, ALREADY! good job, Arieza. after so many self-taught swimming sessions |

15 October 2011

::: Selamat Tinggal & Sila Sygkan Kesihatan!

Tamat sudah posting yang jauh-jauh. I was driving home on the early morning of 12th October~ Early bird! :) From Sibu to Kuching.

Oh well, hari tu aku tercampak lagi ke Sibu, untuk posting Community Medicine & Public Health. Tak lama, 8 minggu je di sini. Buat research with my other 20 colleagues, dekat Bawang Assan. 9 longhouses, 327 respondents.

Alhamdulillah. Boleh dikatakan berjaya dan boleh dibanggakan. Masuk la satu dua newspapers.

Workloads sepanjang research teramatlah bertimbun-timbum ditambah dengan endless assignments and too many visits (from food premises to sewage treatment plant!). Anyway, next week starting 19th October, segala macam jenis perang akan bermula - exam, submission of assignments, submission of final research project report and final presentation of research results. Hopefully all turns well.. Insya-Allah.. Then, it is the beginning of another postings - Ear, Nose & Throat and Ophthalmology Postings.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Now, coming to a serious issue. Issue on ignorant citizens!

This posting memang betul-betul buat aku sedar yang MASIH RAMAI lagi di kalangan rakyat Malaysia kita yang tak punya kesedaran langsung dalam hal ehwal penjagaan kesihatan. TOO MANY of us is within this UGLY group!

Kemudahan dah ada. Offer dah diberi sana sini. Tetapi banyak yang tak peduli! Even buat health promotion and health education secara percuma pun, masih terlalu ramai yang buta, tak menghargai apa itu nikmat kesihatan. Ignorant sangat!

Dah tahu diri tu ada countless risiko untuk sakit, kenapa masih lagi tak ambil peduli tentang penjagaan asas untuk mencegah penyakit tu?? Dalam bab ini, memang aku tak salahkan kerajaan ataupun mana-mana pihak lain. Tak payah nak cakap kemudahan tak cukup, staff tak cukup, itu tak cukup, ini tak cukup. Dalam situasi ni, ITU SEMUA TIPU! Semua yang asas, semuanya dah CUKUP!

Diberi depan mata pun, waima exactly DEPAN PINTU rumah pun, ada jugak yang buat-buat tak peduli. Nauzubillah.

Memang ada saki baki segelintir daripada kita yang betul-betul yakin dalam bab menjaga kesihatan. They really involved themselves in many health activities - from promotion to screening, in order to gain at least a line of take away message, at least some points of health knowledge.

Sekurang-kurangnya, learn to know some basic things of disease preventive measure. Kalau dah paling hina sangat, bila dah sakit tu bawak-bawak lah bertaubat, ubahlah cara hidup, ubahlah segala macam yang buat penyakit tu jadi teruk. Ini tak!! Lagi sakit, lagi nak blame orang, lagi malas nak menimba ilmu. Adoi..

Jangan lupa, 'KNOWLEDGE DOES LEAD TO PRACTICE'. Pabila dah ada ilmu, baru kita tau macamana nak lakukan sesuatu. Simple je concept dia. But..... haihhh. Sedihnya tengok mereka-mereka yang ignorant ni..

Inilah rakyat Malaysia. Masih terlalu ramai yang tak ambil berat tentang kesihatan. Tak mahu mencegah! Dah parah, baru nak bising pung pang pung pang cakap doktor tak pandai buat diagnosis cepat-cepat and masa menunggu terlalu panjang kat klinik atau hospital.

Dei manusia-manusia sekalian, jangan cuma menyalahkan orang lain. Ambil masa, duduk tepi dinding, fikir dalam-dalam tapi jangan sampai tertidur. Cuba pandang balik diri kita sendiri, Sebelum kita sakit, cukup YAKIN kah kita menjaga satu nikmat dari Allah ini - KESIHATAN.

Ok. Dah habis membebel. Chalo! Mau bermanja di rumah.


| jangan tak sedar diri |

6 October 2011

::: Sisa-sisa Kawan

Dulu, aku begitu. Sekarang, aku masih begitu. Lagi aku ambil tahu, lagi aku rasa cemburu. Perlu? Entah. Aku takda jawapan untuk itu.

Kadang-kadang aku sendiri tertanya-tertanya. Buat apa la aku nak tahu? Sepatutnya, yang dah lalu, biar je lalu. Toksah gatal mulut nak panggil balik.

Oh well. Biarlah. Afterall, mungkin dia tak tahu yang aku sedang ambil tahu.

++++++++++++++++++++++++++++++

Kawan boleh hilang bila-bila masa. Sekelip mata. Yang datang silih berganti. Hari ini kita kawan dia, esok lusa mungkin tidak lagi. Namun apa definisi kawan untuk engkau? Definisi kita jauh berbeza. Ok takpa.

Saat susah, saat sedih, saat bersendiri, sila beriya-iya cari aku. Saat gembira, saat suka, saat ramai segala, sila buat-buat tak tahu yang kau pernah rapat dengan aku. Terima kasih wahai manusia. Kita kan kawan..

++++++++++++++++++++++++++++++

Weekend just ended. So did my excitement for real life and alive moments. Haihhhh.. Kenapa saat gembira cepat sangat habis berlalu.

++++++++++++++++++++++++++++++

Aku rindu Baby Ilan Nufail sangat-sangat.. :( :( :(

:sorry:


| sometimes it is okay to have unexplainable tears |

24 September 2011

::: Ilan Nufail Is Growing Fast!

Well well, my cute first baby new, Ilan Nufail Bin Riezan, is now at one month plus old. He is looking handsome-er each day! Hikhik.

Naluri manja aku dengan Baby Ilan ni memang lain macam sungguh. Tak pernah rasa best nak layan budak-budak. Mungkin sebab anak abang sendiri, so tak sama macam anak cousins yang not directly blood related. Aku siap bawak Baby Ilan tidur dalam bilik aku if they stay overnight. Seronok tengok dia tidur and bangun merengek kadang-kadang di pagi-pagi buta. Best!

Day 59 - Ada gaya nak pergi main golf dah ni!

Oh, adakah aku sudah ready mahu menjadi seorang Ibu? Oohoiiiii.. Mungkin belum lagi kot. Tanggungjawab jadi Kak Usu tu jauh sangat bezanya dengan tanggungjawab seorang Ibu. Kalau setakat jaga seminggu sekali, jumpa sekali sekala, mungkin aku nampak pro. Tapi nanti, nak bela anak sendiri 24 jam, setiap saat setiap detik, larat ke aku ni nyah oi? Dengan tuntutan hidup yang lain lagi, be it on social networking, study or work, fuh, boleh tak sempat bernafas Mak Jemah oi!

Hari Jumaat lepas, we celebrated my mother's glorious 50th birthday! Buat makan-makan steamboat, panggil families yang tinggal sebelah menyebelah je. Hadiah terbesar for her this year of course la her cucu pertama! But Baby Ilan yang kuat tidur di saat malam menjelma ni, celik mata sekejap jer to wish her Mak Nek a happy birthday.

And I wish my mother, a glamorous 50th birthday! Stay glamorous, walaupun dah jadi nenek! Hihihi.

A day afterwards, my parents, my abg, my kakak ipar, my baby nephew and of course me, went shopping together. Tak lain tak bukan, beli mainan and clothing for Baby Ilan since he is growing up too fast!

Baby Ilan is now weighing at 5.3+ kg and at length of 60+ cm. Baru sebulan lebih umur dia nok.! Ngeri! Dah terasa lenguh lengan bila dukung Baby Ilan lama-lama. Air liur dia pun dah mula nak meleleh memanjang. Tapi, takkan la awal sangat dia nak tumbuh gigi. Ye dak?

Day 58 - Makan giraffe! Ini mungkin pengaruh wrestling!
Sebab both his Pak Nek and own ayah (my abg) suke tengok wrestling!


Ok dah. Sekian update cincai-cincai dari aku. Nak kuar berjimba jap. Chalo!


| tahun ni, tahun depan, tahun satu lagi! |

12 September 2011

::: Dia Juga Mahu Mati Segera

Sudah lama aku tak menulis tentang kerjaya yang sedang aku usaha. Perjalanan terasa semakin pantas. Alhamdulillah, I think I have adapted 80% of the local style. But I choose to keep the remaining 20% for my past to fill in. Hopefully, I have chosen the right past.

Tiba-tiba tadi aku teringin nak bace balik posts lama aku dalam label 'Career'. Rindu pada masa lampau. Terlalu banyak cerita yang aku simpan. Mahu saja aku buka satu persatu. But you may only get my meaning if you read in between those lines..

++++++++++++++++++++++++++++++

9 malam. Sabtu. On an evening shift di A&E. Hajat di hati nak menunggu hingga mid-night walaupun selalunya hajat tu susah sikit nak menjadi. Heh. Mencuba itu tak salah.

10 malam. Patients mulai ramai. Ada sorang patient dekat bay paling tepi. Perempuan lingkungan awal 30-an. Senior doctor suruh aku pergi clerk. Katanya kes simple-simple saje. Aku tahu diorang selalu tipu aku! Cis!!!

Aku datang dekat, aku boleh bau arak yang maha kuat. Tahan je lah kan. Nak tutup hidung depan dia, nampak sangat tak sensitive dan tak sopan. Perempuan tu tunduk. Sedikit pun tak dongakkan kepala.

Aku panggil, "Evening Miss, may we spend some time conversing?"

Dia jawab, "As you wish. But I doubt you can offer me any help."

Aku tarik kerusi. Duduk dekat dengan dia. Daripada suaranya tadi, aku tau sedikit sebanyak apa dia simpan dalam hati.

Aku diam seminit dua. Bagi masa untuk dia build trust kat aku. Aku perkenalkan diri then aku lancar berkata, "Feeling on the edge, perhaps? Mind sharing some?"

Tak aku jangka, dia terus dongak kepala. Pandang aku tajam tapi sangat redup pada mata. Seolah-olah dia membaca kisah hidup aku yang lama. Dia balas, "Out of a sudden, I feel like dying. So I tried committing suicide. You do understand, right?"

Dia diam lagi. Terus tunduk dan berbisik, "Or maybe you never will."

Dalam hati aku balas sendiri, "If only you knew my real story..."

++++++++++++++++++++++++++++++

Dah selesai clerked dia, aku pulang segera. Entah. Hati rasa bercelaru. Sejuk malam langsung tak terasa. Antara fakta dan pengalaman. Dua-dua aku mahu cerita pada mereka, especially patients, yang aku jumpa. Kadang-kala wujud satu garisan halus yang menjadi sempadan antara aku dan dunia. Professionalism and rationalism. Sometimes they are just opposing each other.

Many times, in this medical field, the commoners and even the professionals terlalu memandang pada darjah kepakaran seseorang - yang pastinya letak pada results peperiksaan. But friends, dont you ever forget, real experience is the actual key of understanding a patient.

"Kau tak akan tahu betapa seksanya nak berak keras,
jika kau tak pernah merasa berak keras itu sendiri..."


Betul? Iye, aku tahu itu jijik. Bye.


| pasti ada di kalangan kita yang hampir serupa... |

9 September 2011

::: Selamat Hari Raya

Ok ok I know I am a bit late. But it is better late than never, kan?

So Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan to all friends! Maaf zahir dan batin jika ada tersalah tersilap.

Erm itu je lah kot. Lately ni aku terlalu busy. Tengah buat research project in Bawang Assan, Sibu. Cuti Raya pun seminggu je. Balik bercuti, berjimban-berjimbun dengan anak buah kesayangan. Ehem ehem.

He is over a month old now! Baby Ilan Nufail & his ibu dah habis pantang on the 6th of Syawal that day.. But sadly, on that very same day, aku terpaksa balik semula ke Sibu for this research project. Caklempong sungguh lah kan!

But nevermind, this research project in Sibu will finish in mid-October, then I am going to be in Kuching till the very last day of me being a student! Maka, that time akan ku heret my baby nephew Ilan Nufail berjimban-berjimbun bersama! Im gonna push him on his stroller! Yippy!

Oh tak sabar! So far, this has been a blessed year for my whole family. Baby Ilan Nufail has become our family unique diamond and shining star - so far lah kan.. Hihihihi.. Lets see how will he be when he gonna have a new baby sister in the future.. LOL :) But still, Kak Usu loves you so much!

Eh, aku mengarut pasal anak buah aku lagi ek? Maaflah yer, tersasar dari niat sebenar - mengucapkan Selamat Hari Raya!

Oklah. Sekian. Selamat terus makan rendang, ketupat dan kuih-muih di Hari Raya! Jangan sampai boncet segala! Tatttadadaaaaa~


| jaga-jaga, semua syaitan dah terlepas keluar! |

16 August 2011

::: Dalam Hati Penuh Pelangi

The weekend from 12th to 14th August had just ended.

I am contented.
Very contented.
Short but meaningful.
We shared laughter.
We shared moments.
We shared love.
We shared life.

Dalam hati ada pelangi.
Warna warni.
Jarang-jarang rasa begini.
Pabila ada mesti dihargai.
Pabila tiada takut ditangisi.
Dalam hati ada pelangi.

Thank you Incik Macha, for entertaining my family and me.
You will always be my precious, Insya-Allah.

:blush:


| the blessing from my family |

11 August 2011

::: More Blessings

Ramadhan penuh dugaan. Ramadhan penuh keimanan.
Ramadhan penuh ibadah. Ramadhan penuh barakah.
Insya-Allah.

Dah lebih seminggu umat Islam melawan nafsu serakah. Adakah anda di kalangan yang berjaya? Jangan dok berjaya tang tahan lapar dahaga je. Mek-mek semua tahan la jugak lidah dan bibir mungil tu daripada berkata-kata benda tak berfaedah. Sok sek sok sek mengumpat janda kat hujung kampung. Pabila petang, semua bagai kena rasuk beli macam-macam juadah kat bazaar Ramadhan. Haaa markah dah kurang ke C- dah tu.

Lagi satu. Aku tengok, aku perati. Ramai yang berpuasa di bulan Ramadhan, tetapi di kalangan itu cuma sekerat sahaja yang menunaikn Rukun Islam Kedua - solat 5 waktu. Jadi, di mana letaknya sebenar-benar ibadah kita? Puasa sungguh-sungguh, solat yang wajib tu pun sungguh-sungguh la jugak yer.. Jom sama-sama kita beringat sebelum terlambat~

:please:

Dah lama tak update pasal study, kan? Aku masih student. Alhamdulillah dah habis postings District and Family Medicine, Clinical Diagnostic Lab, Geriatrics, and Dermatology. Sekarang kitorang tengah buat Community Medicine and Public Health posting. 20th August, pergi Sibu lagi. But for a total of 8 weeks only. Then gonna come back to Kuching for another new posting.

Study is getting tougher, but as always, I am playing it cool! LOL. Or shall I say 'I am playing it playfully'? Ops~ I may leave it there! You decide!

And my first baby nephew, Baby Ilan Nufail bin Riezan is growing well and cute! He came over again for 2 nights stay during the last weekend. Walaupun badan sangat penat and mengantok sebab the whole weekdays tu tak berapa nak tidur (of course lah due to doing my last minute revision for exam hahaha), tetapi Kak Usu tetap maintain!

But Baby Ilan Nufail is definitely my 'unique amazing medicine of happiness!' Today, on the 10th of August 2011, he is at 20 days old~ Not THAT OLD! Hikhik..

Baby Ilan Nufail bin Riezan at 19 days of age :)
Looking handsome & stylish!


Ok, dah lah mek oii.. Laptop dah panas mendidih! Tangan aku dah melecur! Tadaaa~


| contemplating the weekend to come! dating~ :p |

27 July 2011

::: My First Baby Nephew, Ilan Nufail

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang Maha Pemberi Rezeki dan Maha Memberi Nikmat Kegembiraan..

On last Friday, the 22th of July 2011, at 10.16 am, my first & only sister-in-law gave birth to my first baby nephew! :) Thus, it is another beginning of a new chapter in our family! Welcoming our cute handsome baby in the house - Baby Ilan Nufail bin Riezan!

About 5 minutes after born. He is already a very camera-friendly!


The grannies!

& the Kak Ucu!

Yippy! I am now a Kak Usu.. Oh happy tak terkata oh.. Beratus-ratus duit habis dalam sehari pun Kak Usu tak kisah! Hik hik. Hari-hari pergi ziarah baby Ilan Nufail. Hari-hari tengok gambar Baby Ilan Nufail. Sehari tak tengok, malam-malam terbayang mata sepet baby Ilan Nufail.. Auww~ This friday, Baby Ilan Nufail & his Ibu Ayah datang bermalam di sini.. Cant wait cant wait!

Baby Ilan Nufail & his Mr Quack Quack @ Day 2

The Ibu & Ayah

Baby Ilan Nufail slept soundly with his Mr Moo Moo @ Day 3

Baby Ilan Nufail & his new pet from Kak Ucu, Mr Giraffe @ Day 4

Comfy bedtime @ Day 5

The playpen is ready for Baby Ilan Nufail who is coming this Friday!

Kak Ucu bought Mr Giraffe for Baby Ilan Nufail.
& some big photos to welcome you here~


Baby Ilan Nufail dressing cool for his first clinic check @ Day 6!

Setakat ini sahaja berita baru yang sangat menggembirakan kami sekeluarga. Baby Ilan Nufail bin Riezan, hadiah dari Allah ini. Alhamdulillah. Baby Ilan Nufail, my beloved baby nephew, grow well & happy!

:inlove:


| Kak Ucu loves you!!! |

11 July 2011

::: Ketut Oh Ketut


Tahu siapa Ketut? Bukan Kentut! Kentut tu tabiat buang angin merata ikut anus. Oh ya, aku tahu siapa suka kentut. Engkau ada? Pui.

By the way, aku bukan mahu cerita tentang Ketut di dalam movie Eat, Pray, Love.. Tapi ini tentang MARUAH & HARGA DIRI seorang kita, seorang manusia. Iya, topik memang jauh menyimpang. Biarkan!!! Aku tiada tajuk lain sebab otak tengah marah pada Apple kerana wujudkan iPhone yang bongek bongek tak boleh video call ke handphones lain melainkan suku sakat sepapat sepuput Apple sahaja. Tamak haloba bukan!

Berbalik kepada topik sebenar. Sangat subjektif definisi MARUAH & HARGA DIRI. Ko ingat ko boleh laku dengan harga 82 sen? Ko ingat maruah ko terletak pada tebal bedak 1.3 inci atas pipi penuh jerawat engkau tu? Kalau itu yang engkau fikir, sah, ko perlukan kamus Dewan Bahasa & Pustaka Edisi Ke-9. Dan juga memerlukan tunjuk ajar dalam kehidupan. Bawak-bawaklah berguru ye nak..

Tinggi amat nilai kedua itu untuk setiap dari kita berjaya memberi tafsiran paling benar dan padu. Tak payah lah aku susah-susah terangkan apa maksud harga diri, apa maksud maruah peribadi. Ko ada mata, ada tangan, google sendiri! Perihal updates BERSIH bukan main laju tangan ko godek sana sini! Kutuk sana kutuk sini. Amboi! Suruh belajar tentang ilmu sebenar, mengelat!!!

Hanya sepotong ayat yang aku mahu kongsi..

"Duhai Suami, engkaulah penjaga dan pelindung harga diri seorang Isteri. Jangan dihina, jangan dimaki kerana mereka asalnya dari tulang rusuk kiri kamu sendiri. Dan wahai Isteri, maruahmu kelak letaknya pada bimbingan si Suami. Taat padanya selagi dia masih di jalan Allah yang terus hakiki."

Waallahualam.

:sorry:


| not for sell |

10 July 2011

::: Kenapa Aku Cemburu

buruk kehidupan


Tidak mungkin aku bagi pada kamu rasa ini semena-mena, jika bukan seluruh badan aku rasa menggeletar di setiap masa kau ada depan mata. Kamu mungkin cuma lihat sayup keras aku pada wajah dan intonasi. Dalam hati?

Sakit cemburu. Hati rasa tak menentu. Duduk salah, berdiri salah. Jaga susah, tidur pun payah. Terkebil-kebil, melayan berjuta persoalan yang pasti aku berikan berjuta-juta kemungkinan. Mencongak soalan dan jawapan sendiri. Mahu bertanya, takut jadi salah anggapan. Kata nanti aku mahu jadi raja. Bukan. Aku berumpah atas nama Illahi. Datang teka-teki, jantung hampir meledak seperti gunung berapi. Mahu cepat-cepat minta jalan cerita yang benar. Sudah dapat garap segala, masya-Allah, hati ringan rasa sedang terbang tinggi~

Aku ini lemah. Rupa saja gagah. Aku cuma mahu kata tenang pada hati. Bahawa kasih yang aku jaga bukan untuk sia-sia. Bahawa kasih yang aku jaga bukan main-main di titip usia. Ada kata aku obsesi. Iya. Memang. Jadinya mengapa? Mahu aku buang jauh-jauh rasa ini? Boleh. Boleh saja aku buang. Tapi aku buang sekali dengan rasa sayang.

Aku ini dari dulu bukan jenis manusia yang cuma tahu duduk sepi menunggu jatuh tuah atau badi. Tidak! Itu bukan aku. Jadinya cemburu datang pergi. Sejak azali, aku ada banyak rasa rendah diri, buat aku mudah rasa kalah. Kalah pada insan lain yang lebih banyak istimewa - pada mata, pada rupa, pada apa sahaja yang orang selalu cari.

Aku tahu bagaimana rapuh jiwa aku. Aku tahu bagaimana ikhlas emosi aku. Aku tahu bagaimana dalam sebuah cinta aku. Bukan untuk nafsu. Bukan untuk harta. Bukan untuk dunia. Tapi mencari dia untuk bimbing dan bawa aku bersama pergi syurga. Miskin sungguh aku ini, tidak mampu tawar apa-apa. Cuma ada kasih sedalam bumi, ada sayang setinggi langit, ada hajat sebesar alam.

Mahu kamu kerana Allah. Noktah.

:sorry:


| jujur pada diri |

6 July 2011

::: Aku Teringat Akan Venice

Sebab terlalu rindu pada kehidupan lampau, maka aku repost kembali kisah ini. Kisah aku bawa parents aku berjalan2 ke Venice, Italy.

Ini trip aku bawak mereka ke Paris, France.
~~~ KLIK SINI
Ini trip aku bawak mereka ke London.
~~~ KLIK SINI
Ini trip aku bawak mereka ke Manchester & Liverpool.
~~~ KLIK SINI

Rindu. Noktah.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

ini gambar2 sexy kami di Venice, Italy.. sila nikmati dgn senang hati, ok?


Venice, Italy

Marco Polo Airport, thick snow!

masyaAllah! sgt cantik!

time ni sgt menggeletar! -9 degree celcius!

luckily our hotel is near the Grand Canal

eh kami berpurdah! cerah tp temperature membekukan brain cells!

wah! Italy katenye!

masquerade sgt famous di sini

hari kedua pun lagi sejuk!

hari ini kita jelajah sepanjang Grand Canal! naik water taxi ok..

seronok sungguh naik water taxi

the gondolo gondoli

Venice mmg cantik! wajib pegi if u r in europe..

kerana kesejukan yg terlampau, aku reject offer naik itu gondola! tak sanggup!!

laluan incik gondola

ini San Marco area, Venice

around the square

typical shot in Venice

the St Mark's Square

aku tak suke! geli!

ngape budak2 tu sgt berani??

mcm pak pandir & 2 ekor burungnye..

yg ni je aku berani.. maaflah ye burung2 sekalian

sesi memanaskan bdn..

suke!

on our way back to hotel

24 hours water taxi

meriahnye canal diorang. kat malaysia ada tak?

dah muak tgk muka aku? sila bertahan!

bertahan sikit lg!

the white world scene on our way to airport. snowing again *sigh*

kerana si ketul2 putih itulah flight kami to Paris delayed several hours!
*another big sigh*


puas hati? well ape2pun, nasihat aku is, jika korang jenis yg cpt mengigil kesejukan, jgnlah pegi Venice time winter.. tak pasal2 kecut segala kulit & bulu roma korang!


:okay:


| Venice mmg cantik! |