14 March 2010

::: My Future Career 8

sambungan dari this post...


Semalam. Seawal 9 pagi di hari Sabtu. Ward round dimulakan tatkala suasana masih sunyi.

Ward attendants ada 4 orang - sedang menukar cadar katil-katil patients. Nurse ada 2 orang. Doctors pun ada 2 orang. Medical student ada seorang - sangat jelita dan penuh dedikasi tapi hadir dengan mata bengkak kemengantukan serta kepala otak masih di awangan...

Tiba-tiba..

'Klank klunk klank klunk..' Bunyi meja di ketuk-ketuk dengan sudu besi.

'Hurry up! I want my money! Stay away. I dont want any..' Kedengaran seorang nenek tua 90% nyanyok menjerit tanpa henti sambil diiringi irama rock meja dan sudu besi. Habis terjaga semua patients. Mujur nenek yang ada heart attack kat bilik sebelah tak kena cardiac arrest.

Bijik mata aku pun terus celik segar. Mau tak terkejut & lemah segala urat saraf ni. Aku ingatkan Hitler sudah hidup kembali.. Cis nenek!! Buat remuk paru-paru betul la di pagi hari!

Setengah jam lepas tu, kecoh pulak semua staffs dek kerana seorang patient (minah omputeh berusia hampir 30-an) melarikan diri dengan cannula/drip masih terlekat kat tangan. Boleh plak dia senang-senang hati lari main polis sentri. Dengar cerita minah tu masuk ward malam semalam sebab overdose macam-macam ubat. Moderate risk patient with history of depression plus deliberate self-harm.. Memang serabut.

Mula la berdering-dering non-stop semua jenis telefon kat dalam ward tu - security guards, polices, admins, nurses, doctors - semua dok kalut mencari.

Ditambah lagi dengan
'klank klunk klank klunk..' Nukilan nenek tadi...

Argh! It was supposed to be my weekend - SATURDAY!
Hari ini pula SUNDAY. Kena pegi ward lagi!

Oh nenek, jangan la dikau ulangi lagi semalam punya memori~

::(

p/s: untuk Encik Kulanz and Asada, maaflah, tag korang tu belum mampu untuk saya jawab. sedang dilanda ribut kesibukan.


| Sabtu yang saiko! |

13 March 2010

::: Kami Cuma Bersendiri

oh hati
walau penuh tangan menghulur
jeritnya mahu mendokong bersama
tapi ketahuilah
kau dan aku sebenarnya bersendiri

oh hati
bertangis-tangislah semua jelata
katanya mahu bersedih bersama
tapi ketahuilah
kau dan aku sebenarnya bersendiri

kita
harung ini dengan kudrat
yang jatuh yang terluka
yang bangun yang melangkah
cuma kita
cuma kita
ingat, cuma kita!

mereka di sisi itu pemerhati
sambil melaung kata-kata magika
sekadar membantu mereda hati
tapi pasti larian itu
datang dari kaki kita sendiri

oh hati
sudahkah kau mengerti?
kita sebenarnya bersendiri

seluruh pelusuk alam sekalipun hadir
yang boleh mengangkat kaki ini
cuma kita

melangkahlah duhai kaki
walau cuma bersendiri
bersama kata-kata magika mereka
kita semat di dada

kita bersendiri
bersama Illahi


| siapa mengerti? |

12 March 2010

::: Jam Ted Baker Ku Retak Berderai

berderai... patahhhhhh laaa hatiiiiii~ ewah..

Dan-dan time hati tengah berkecai ni la jam Ted Baker aku ni pun nak berkecai jugak. Sedang sedap aku mencucuk dan menghisap darah seorang makcik tua di dalam ward, tiba-tiba jam tu terjun kuak dada ke lantai..

Dalam hati seraya (kenapa seraya ek? raya puasa? ke raya cina?) berkata, 'Erk, ada benda buruk yang akan terjadi kah?'.. Lup dup lup dup... Kencangnya si jantung aku berdegup.

Bila dah kenyang menjadi drakula, aku keluar la dari bilik makcik tu. Terdengar seorang nurse sedang menjerit, 'Help! Help! A patient collapsed and fell onto the floor...!' Maka ramailah doktor-doktor bergegas ke tempat kejadian, yakni di hadapan sebuah tandas di dalam ward berkenaan. Baik punya port wa cakap lu..~

Aku yang baik hati dan sungguh berdedikasi dalam kerja, buat derk je la. Darah yang ku sedut tadi kena dihantar dengan segera. Patient yang pengsan tu pasti tengah dikerumuni ramai doktor-doktor yang lebih pakar. So buat ape aku yang noob ni nak menyemak bontot lagi kat situ? Makanya... Aku buat-buat tak nampak & terus melabel botol-botol darah untuk dihantar ke makmal. Cool bukan?

Pengajaran hari ini ialah, pastikan jam anda diketip dengan kuat agar tidak terjun menjunam ke lantai. Adakah jam Ted Baker aku tu kecik hati sebab dulu dialah yang paling aku sayang. Tapi malang, aku sudah curang setelah hadirnya jam Fossil yang lebih bermakna. auww..~


| sedang suka menjadi drakula.. |

10 March 2010

::: Kualiti Keputusan SPM

Incik Macha kata esok results SPM akan keluar. All the best untuk adik Incik Macha dan mereka-mereka yang berkaitan.

Oh ya, mungkin patut wish Best of Luck to all the teachers too.. If results students gempak, yang diwawancara hanyalah pelajar yang cemerlang tu.. Cikgu nya di mana? If results teruk pulak, cikgu la yang dikejar dek pihak kementerian, pihak sekolah dan ibubapa. Pelajarnya pula?

Untuk yang dapat results membanggakan pada esok hari, sekalung tahniah. Untuk yang kecewa sebab tak dapat apa yang dihajati, jangan putus asa. Yang cemerlang, jangan bongkak. Yang kecundang, jangan berundur! Itu nasihat aku, dari seorang kakak yang tak punya adik (erk?).

Kejayaan di peringkat SPM 'kurang' menjanjikan apa-apa. Sila percaya. Aku bukan bercakap kosong. Aku bercakap dari pengalaman. Bukan ingin merendah-rendahkah tahap kualiti SPM, tapi jangan jadikan SPM sebagai pengukur kejayaan korang di masa hadapan. Cukuplah kalau korang jadikan results SPM tu sebagai batu loncatan. Sekadar meloncat, korang belum mampu terbang~ Sila jangan cuba terjun dari bumbung KLCC. Nescaya mati.

Sesungguhnya cabaran di dunia persekolahan jauh berbeza dengan dugaan di peringkat yang lebih tinggi. Shall I say to the last year's SPM candidates who later want to purse their studies in colleges/universities, 'I Welcome You to the Resposibility and Independence!'

Tak semua yang berjaya dengan segulung ijazah, mampu menjadi seorang insan. Pengalaman dari tepi jalanan, itulah sebaik-baik kejayaan..

Jangan dikira berapa tahun lamanya perjalanan hidup kita. Tapi kiralah nilai hidup yang mampu kita bina di sepanjang tahun perjalanan itu.


| all the best! |

::: Arieza Jangan Mengalah

Terima kasih semua atas doa, sokongan dan kata-kata semangat. Tapi mungkin kali ni rezeki tak menyebelahi aku. Kita sekadar merancang dan berusaha, Tuhan yang menentukan Qada' dan Qadar. Ya benar, aku cuma hamba-Nya. Apalah daya melawan kenyataan.

Aku tipu kalau aku kata aku tak kecewa. Sapa suka menerima kegagalan? Sapa suka rasa kalah, rendah diri dan lemah? Tak siapa mahu. Tapi ini percaturan takdir. Aku yakin dan berjanji dengan diri sendiri yang aku akan cuba bagi yang lebih baik untuk exam bulan May nanti.

Walaupun keadaan akan menjadi sangat packed - dengan kelas for subjects (hardcore punye specialties!!) final year yang kena jugak diteruskan, ditambah dengan revision untuk exam bulan May tu lagi, aku harap Tuhan bagi aku kecekalan dan kesabaran.

Hidup ini lebih dari sekadar lulus perika, lebih dari sekadar mengejar cita-cita, lebih dari sekadar menggapai kejayaan. Hidup ini adalah semua - yang benar, yang salah, yang lurus, yang bengkok, yang pahit, yang manis. Itulah kehidupan sebenar.

Jangan putus asa Arieza! Jangan!


| belom berakhir! |

8 March 2010

::: Sunyi Sepi Tanpa Update

maaflah. bukan malas nak update. tapi hati teramat gundah gulana.

mungkin esok or lusa, result exam 4th year haritu akan keluar. sangat takut. takleh digambarkan. boleh buat menggigil time tido. sangat cemas. sangat panik. sangat berdebar-debar.

hoping for the best. preparing for the worst. kawan-kawan, doa-doakanlah.

:puppyeyes:


| ya Allah. permudahkanlah. |

5 March 2010

::: Tag Datang Lagi

di keheningan malam yang sejuk ni, aku ambik peluang menunaikan tag dari Meksue dan Aie. entry lepas ni, aku try settlekan pulak tag dari MelRomeo, insyaAllah.


1) Adakah anda rasa anda hot?
ish tak elok berlagak. tapi mak aku kata time dia mengandungkan aku, perut dia selalu sejuk je. tak penah pulak dia komplen panas. patut la aku suka minum air sejuk-sejuk je.

2) Upload wallpaper laptop yang ada gunakan sekarang.

3) Ceritakan pasal gambar di no 2.
aku snap time bercuti di Venice dengan parents Dec lepas. dalam menggigil tu, mata aku berjaya mengesan view yang agak cantik. maka aku 'klik klik' kan sahaja.

4) Bila kali terakhir anda makan pizza?
minggu lepas, hari rabu kalau tak silap. apesal tanya? nak jugak? dah jadi taik dah.

5) Lagu terakhir anda dengar.
lagu Nobody by Wondergirls - hp aku berbunyik, member dari jauh tiba-tiba called tiba-tiba called. rindu katanya. ala suwiiiitt~

6) Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
sedang buat-buat bodoh.

7) Selain nama sendiri, anda di panggil dengan nama apa?
Jaja, Ja, Ieza, Za, Mimik, Ab, Nyah, Lesbo, Senget, Minah, Pok, Ngeng, Ngek. ada lagi korang mau tambah? belom ada lagi yang mau panggil aku 'beloved sweetheart'. aku tunggu.

8) Tag lagi 8 orang.
soalan no 9 dan seterusnya sangat memaksa aku jawab no 8 ni. aku tulis je mana-mana nama yang aku rasa hot (blwekkk). tapi korang takmo jawab pun takpe. aku sekadar mencukupkan syarat untuk jawab soalan seterusnya. lagipun mungkin aku tag orang yang dah penah jawab tag ni. tak ke double entry dia terpaksa buat nanti. bengom la kan?
  1. Meksue
  2. Wachak
  3. Hazri aka HBZ
  4. Siggplus
  5. Aie
  6. Mario
  7. Black Mel
  8. Shazika
9) Siapakah orang no 1 kepada anda?
Meksue - calon pertama aku kalau aku tiba-tiba jadi lesbian di kemudian hari. huh. geli tak Mek? hahahahahaha.

10) Katakan sesuatu mengenai orang no 5.
Aie - hahahaha nyah. perlu ke 'umi' cakap benda yang sama seperit ko cakap dalam tag ko? ape-ape pun aku nak cakap - Hidup Nyah Semalaysia!

11) No 3 ada hubungan dengan siapa?
Hazri/Hbz - Maryam? (sambil nyanyi lagu 'mariam jaga kambenk... jaga kambenk..')

12) Bagaimana pula dengan no 4?
Siggplus - oh sapa lagi kalau bukan Joni. eh salah. Huda, bakal bini dia. semoga berkekalan pok!

13) Pesanan buat orang no 6.
Mario - jangan lupa beli susu untuk anak-anak kat rumah.

14) Kata-kata cinta untuk orang no 2.
Wachak - adeh.. Chak, kang ada orang ngamok mintak fasakh. aku cakap dalam hati je la.. ko kan mahir telepathy..

15) Adakah no 7 dan no 8 mempunyai persamaan?
Black Mel & Shazika - owh tidak. satu tu belalai, satu lagi apam. tapi yang apam tu, calon lesbo kedua selepas Meksue. Shazika-bo-ku, ko kena berusaha untuk memintak Meksue!

16) Berikan 5 benda yang anda tau tentang orang yang tag anda?

Meksue
- calon lesbo terbaik!
- student master kat UPM.
- mangsa panggilan hangit dari aku.
- berminat dengan aku (aku pasti!)
- nyah sejati.

Aie
- dah habis PhD, dulu belajar kat Jepun.
- ada keta skyline GTR.
- gila poket penuh! tambah pulak side income innity. income dari keje toksah cerita.
- dulu dia Mr Superman.
- sekarang dia dah termutasi menjadi Mr Batman.

17) Persamaan antara kambing dan lembu?
hoh? ni macam nak samakan Meksue and Aie je (hikhik). kambing dan lembu, dua-dua boleh buat gulai! pastu berjaga-jaga sebelum dapat heart attack.

18) Perasaan anda buat tag ini.
takde perasaan pun. agak pening.. sebab panjang bebenor. kejap lagi kena telan Paracetamol.

19) Adakah anda tau si Rizman tu sengal?
eh of course la aku tau! Rizman tu dulu satu tadika dengan aku dowh. mak dia pun kata dia sengal.

20) Gay or Les?
I choose both.

:inis:

ok tamat sudah. sekian.


| back to routine. |

3 March 2010

::: Maher Zain - Insha-Allah


He is never far away.

:sorry:


| insyaAllah |

::: Menjahit Kaki Babi Dengan Yakin

cantik? itulah kaki babi. hari ini kami belajar menjahit.. sudah mahir ni.. sapa mau tempah aku jahit baju raya? silakan. borang permohonan dah start masuk pasaran.

kenapa kaki babi? katanya struktur kulit dan daging babi adalah yang paling hampir menyerupai stuktur di badan manusia. huh. keji?

tidak mengapa.. aku pakai double glove. pegang pun tidak. semua pakai foceps and needle holder sahaja. lagipun, session ni wajib. demi ilmu, Allah pasti mengerti..

walaupun, dalam hati aku yang beropol-ropol ni, wujud perasaan teramat geli!!! euwww!!!!

::(

oh ya, sekarang ni dah tiba musim untuk jadi busy. results exam minggu depan baru keluar. but at the same time, we have to proceed informally to the 5th (final) year. later on, the results will determine whether we are formally qualified to go to the final year, or we have to take the 2nd attempt for the 4th year exam again. well, tawakal sahaja buat masa ini. dapat tak dapat, itu terletak pada rezeki..

ape-ape pun, masa-masa busy begini la baru kita tau sapa yang betul-betul berkunjung untuk membaca, atau dulunya berpura-pura rajin datang sekadar untuk mendapat balasan. heh. terkantoi sudah di situ kan?

korang tak datang pun, blog aku ni tetap jalan. sebab ni rumah aku. even in reality pun, takkan sebab takde orang datang ke rumah korang, makbapak korang pegi panggil jentolak Dewan Bandaraya mintak robohkan ruma korang tu ala-ala di kawasan setinggan? buang tebiat ke ape?

tetamu yang datang, aku layankan. musuh dalam selimut datang pun, aku tibai senyum jugak. kalau musuh nak datang sekalipun, lagi aku manjakan.. massage mau? (pinjam quote incik macha)

:devilishgrin:

terima kasih daun pandan. yang datang, seribu penghargaan. yang tak datang, aku tak heran. incik Macha, jangan kerinduan! hikhikhik..~

:okay:

| esok bermula.. |

2 March 2010

::: Di Penghujung Nyawa

For Shockable Cardiac Arrest (VF or pulseless VT ONLY!), please do as follow...


Step 1 - Use ABCDE approach then come back to initial A.
Step 2 - Cardiac Arrest? if yes, call for help then proceed to Step 3.
Step 3 - Do Basic Life Support (BLS), use 30:2 technique.
Step 4 - Wait for Resuscitation Team to arrive while continuing Step 3.
Step 5 - Setup Defibrillator then check safety, charging and shocking.
Step 6 - Continue Step 3 for 2 minutes. Recheck rhythm.
Step 7 - If not settling, repeat Step 3 to Step 6 - take note of Adrenaline and Amiodarone.
Step 8 - Patient improving? Congratulations.
Step 9 - Still not settling? Biarkan dia pergi. Call for the time of death...


p/s: the above steps are me-simplified. all steps, excluding step 9, are shits. sila cuba kalau mau jadi pembunuh.

:sigh:


| teringat memori 2008 yang penuh dugaan... *tears* |