14 March 2010

::: My Future Career 8

sambungan dari this post...


Semalam. Seawal 9 pagi di hari Sabtu. Ward round dimulakan tatkala suasana masih sunyi.

Ward attendants ada 4 orang - sedang menukar cadar katil-katil patients. Nurse ada 2 orang. Doctors pun ada 2 orang. Medical student ada seorang - sangat jelita dan penuh dedikasi tapi hadir dengan mata bengkak kemengantukan serta kepala otak masih di awangan...

Tiba-tiba..

'Klank klunk klank klunk..' Bunyi meja di ketuk-ketuk dengan sudu besi.

'Hurry up! I want my money! Stay away. I dont want any..' Kedengaran seorang nenek tua 90% nyanyok menjerit tanpa henti sambil diiringi irama rock meja dan sudu besi. Habis terjaga semua patients. Mujur nenek yang ada heart attack kat bilik sebelah tak kena cardiac arrest.

Bijik mata aku pun terus celik segar. Mau tak terkejut & lemah segala urat saraf ni. Aku ingatkan Hitler sudah hidup kembali.. Cis nenek!! Buat remuk paru-paru betul la di pagi hari!

Setengah jam lepas tu, kecoh pulak semua staffs dek kerana seorang patient (minah omputeh berusia hampir 30-an) melarikan diri dengan cannula/drip masih terlekat kat tangan. Boleh plak dia senang-senang hati lari main polis sentri. Dengar cerita minah tu masuk ward malam semalam sebab overdose macam-macam ubat. Moderate risk patient with history of depression plus deliberate self-harm.. Memang serabut.

Mula la berdering-dering non-stop semua jenis telefon kat dalam ward tu - security guards, polices, admins, nurses, doctors - semua dok kalut mencari.

Ditambah lagi dengan
'klank klunk klank klunk..' Nukilan nenek tadi...

Argh! It was supposed to be my weekend - SATURDAY!
Hari ini pula SUNDAY. Kena pegi ward lagi!

Oh nenek, jangan la dikau ulangi lagi semalam punya memori~

::(

p/s: untuk Encik Kulanz and Asada, maaflah, tag korang tu belum mampu untuk saya jawab. sedang dilanda ribut kesibukan.


| Sabtu yang saiko! |

::: 2022 and its near end

It is near the end of 2022.  It really goes by at a blink of an eye. This year started with hope - loadssss of it. And I thought this year w...