28 February 2011

::: Kisah Merapu Seorang Aku 4

Sambungan dari THIS ENTRY..


Hari itu cuaca suam-suam kuku. Jejaka Islam baru lepas solat Jumaat. Jalan lebih kurang masih padat. Time tu la aku beriya juga nak menuju ke bank, mahu buka akaun saham. Aku mahu jadi kaya! Kaya dengan duit mak bapak, boleh ke? Muahahahahaha.

Tiba di kaunter, sorang wanita cina awal 30an berada di belakang penghadang cermin tu terus senyum menyapa aku yang berkaca mata hitam.


Miss Amoi: Good afternoon Miss. How may I help you?

Aku: Afternoon. (senyum sikit-sikit je, sebab perut tengah lapar!) I wanted to open a new account please.

Miss Amoi: Here, fill up this form please, and firstly, may I have your IC, Miss?

Aku: Aaaa. Here you go. (mulut dah cakap here you go tapi tangan masih lagi dok selongkar keluarkan IC dari purse)

Aku bagi IC kat Miss Amoi tu. Miss Amoi tunduk... Tengok IC aku dalam 8 saat. Kemudian pandang aku lagi sekali.. Pandang dengan mata sepet dia..

Miss Amoi: You converted to Muslim eh?


Amboi la Miss Amoi ni.. Dia tanya pun straight forward je. Muka langsung tak bersalah. Confident dan innocent! Aku dah tak reti nak jawab ape dah. Nak kata kerana mata, sangat tak mungkin. Sebab aku tengah koya bercermin mata hitam, even dah masuk kat dalam bank tu! (hahahaha koya tak koya mana la sangat dok?) :p

Dan dah pasti juga nama aku dalam IC tu diBINTI kan dengan nama bapa aku yang pastinya bukan Abdullah ataupun Muhammad.

Aiyya!

:devilishgrin:


| esok2 nanti kalau aku pakai purdah, ada lagi orang panggil aku budak cina, siap! |

24 February 2011

::: Ketika Usia Begini

Jangan tanya aku kerjanya apa.. Jangan!

++++++++++++++++++++++++++++++

Hidup ini macam satu cerita drama palsu. Dulu-dulu di penghujung usia belasan aku, aku sudah tuliskan. Ketika usia ini, aku plotkan aku sudah punya kerjaya, punya banyak pencapaian, punya hubungan untuk membina keluarga.

Entah, semuanya cuma tinggal cerita kah?

Sakit teramat sakit tatkala setiap kali berbicara, ada yang menghumban salah pada aku semata. Iya, aku masih seorang pelajar. Jadinya kenapa? Seperti tiada penghujung. Benar. Aku tidak secerdik mereka. Tidak secerdik kamu-kamu juga.

Pernah aku buka mulut pada seorang teman yang aku kenal hampir 10 tahun dahulu tapi tak pernah bersua muka. Aku kata aku mahu jadi manusia lain, yang senang sungguh mencapai cita-cita, yang sudah bebas dari belenggu gelaran pelajar, yang tidak lagi mengharap sogokan duit daripada ibubapa. Aku mahu jadi manusia lain, yang boleh berjalan bebas kemana-mana, hidup dalam gelak tawa, biar kerja kecil seadanya tapi punya banyak masa.

Dan dia kata lebih kurang maksudnya begini. Jangan banding diri dengan sesiapa. Benar jika hidup mereka mudah, pasti ada yang kurang di mana-mana segi yang orang tu sendiri pun tak pernah cerita. Benar hidup kau susah, tapi hujungnya pasti lebih bererti.

Aku masih ingat lagi. Sekarang aku lihat dia semakin berjaya. Alhamdulillah. Semoga dia, kerjaya juga sesiapa sahaja yang dia cinta, dipermudahkan dalam segala-galanya.

Dan aku? Masih juga seorang pelajar. Pedih. Tanggung kata-kata yang orang lempar. Usia begini masih tak habis lagi? Usia begini masih tak punya kerjaya?

Kau ucap sekali, aku anggap itu gurauan. Kau ucap kedua kali, aku masih boleh bagi senyuman. Kau ucap berkali-kali, biar aku diam menangis sejenak sendirian. Kau katalah apa sahaja. Kerana aku masih berpegang pada kata-kata si teman. Benar hidup aku susah, tapi hujungnya pasti lebih bererti.

++++++++++++++++++++++++++++++

Entah, semuanya cuma tinggal cerita kah? TIDAK! Cerita yang pernah aku tuliskan dahulu, masih menjadi sebuah cita-cita. Akan aku gapai tak kira pada usia bila. Yang pasti hidup kita lain rentaknya.


| tulis irama tanpa nada |

22 February 2011

::: Weekend Junks

Yummy!

Ini semua aktiviti hujung minggu lepas. Kasi lepas geram sama ice cream. Makan time hujan, duduk sorang-sorang layan radio dalam kereta. Sungguh aman beb! But, I miss ice cream Ben & Jerry so badly! Sangat benci the fact that Ben & Jerry teramat susah nak dijumpai kat Malaysia ni. Sikit-sikit Haagen Dasz, Baskin Robin yang bersepah. Argh bosan. Tak sedap seperti Ben & Jerry~ Tolong tolong. Mahu Ben & Jerry....! Anyone yang baik hati?

Bulu tangkis yang 'special', buat dari bulu burung merak kot. Hihihi.

Around 5-7 of us went to play 2 hours of badminton on Saturday. Ke Friday? Aku lupa, aku lupa! Memang lega sebab dah lama tak pukul orang. Eh, salah. Dah lama tak pukul bola tangkis. Berpeluh-peluh lencun ketiak. Anyway, kalau tak main pun ketiak tetap basah if you simply sit in that hall. Panas serupa dalam sauna!

By the way, tak sabar nak habis posting kat Sibu ni.. 3 weeks left. After that I can shout "Kuching, I am home for good!" Hooray! Boleh main pergi gym, play futsal, basketball, volleyball, badminton and go swimming selalu. Kawan-kawan yang fun and not-anti social pun bersepah. Tempat lepak pun bersepah. Compared to here...? *long sigh*


| another 3 weekends to go! |

17 February 2011

::: Durian Oh Durian

Hari Khamis, malam Jumaat.. Tenang. Setiap kali tiba hari ini, malam ini, entah kenapa hati rasa sayup-sayup. Derh,, keras-keras wa pun reti touching tau! Lu ade?

Habis je Mid-point Assessment Paediatric, aku & Anis pergi merayap. Cuci mata. Dah lama tak dating bersama. So berjalan-jalan sambil bercerita dan mengata manusia kat tepi Sungai Rajang wa cakap lu! Dok tunggu gak si buaya Bujang Senang timbul tapi kami hampa.. Mungkin diorang semua sedang sibuk main mercun sempena Cap Goh Meh malam ni.

Sungai Rajang di belakang Dataran Sanyan, Sibu

Sambil ronda-ronda tepi tu, tiba-tiba nampak seorang apek, siap berhelmet bagai, duduk kemas atas motor, tengah makan DURIAN! Mak terliur hokay Nyah! Tak boleh tahan. Apek tu makan memang semangat, mujur aku tak berhenti mintak seulas kat dia.

Terus bontot jadi gelisah, jiwa tak tenang. Damn! Terus ajak Anis berangkat pergi, apa lagi kalau bukan pergi menjelajah mencari durian... Hehehe. Kasi lepas ini gian! Syukur, jumpa juga kat tepi jalan. Ada 2-3 ports. Walaupun jalan amat sesak dek kereta-kereta mereka yang nak pergi sembahyang sempena Cap Goh Meh, aku tetap tak putus asa. Usaha adalah kunci kejayaan. Dan aku berjaya merembat 2 biji..! Hooray!

Durian durian durian!

Sebelum pulang ke rumah, singgah makan kat Roy's Corner aka The Bapok's. Bimbo tak bimbo la sangat nama tempat makan tu kan! Haaa jangan memain nok, owner dia 'Akak Celup' tau! Meletopz-letopz kau nyah!!

Nasi Lemak Special at The Bapok's

Perut dah kenyang, hati pun kenyang. The Bapok's ni memang masak sedap. Tok Imam pun boleh ketar.

Masuk kereta balik, bau seharum mekar durian dah mengganas menghiasi kereta aku. Leleh beb! Mau ambik masa 3 minggu setengah nak kasi hilang semua bau tu. Mujur seats semua leather, kalau tak naya je kena pergi beli 31 botol Febreeze..

Sampai bilik terus godek-godek kasi bogel dua-dua biji durian tu. Simpan isi dia kedap-kedap dalam tupperware, masuk dalam fridge dengan kelajuan the Flash sebelum satu rumah dicemari bau yang harum itu. Tak sampai 10 minit, dah ada budak tegur 'wah satu rumah dah bau durian'. Anis yang duduk tingkat bawah pun dah dok kata 'hoi, sampai rumah bawah bau kot durian you. damn. hahahaha'.

See. Hebat bukan? Boleh buat orang mabuk laut! Sampai la ni pun aku belum makan walau seulas langsung. Takut pulak nak bawa keluar dari fridge. Tak pasal-pasal abang-abang and pakcik-pakcik guard kat bawah pun terliur. Terliur je takpe, dibuatnye diorang mintak? Aku tengah gian, mane boleh kongsi-kongsi beb! Argh, ada aku kisah? Aku memang tamak! Well, mujur Anis tak mintak. Hikhikhik. (sebab dia memang tak makan durian! lega~ ngehehehe)

Sekian. Aku sedang memikirkan cara untuk makan durian dengan tenang tanpa ada rasa runsing memikir akan baunya yang sungguh kepochi di hidung itu!

Patutkah aku panjat ke luar tingkap??? Hmmmm....~

:hilo:


| The King |

15 February 2011

::: The Father And Mother

For my precious Father and Mother...

For every gross mistakes,
For every small ignorance,

For every harsh feeling,

For every bad emotion,

That occurred to be shown by me,
I am truly sorry.



+++++++++++++++++++++++++++++


I might have overreact and being irrational at some points, well many, to be exact.. And I might be the pessimist who always object your endless good intentions initially. True, I am so blind. Too blind to see them straight away, but I am learning to be better, I promise.

Believe me and trust me, deep in my heart, my love for the two of you is immortal. I wrote your names in every drops of my blood, every beats of my heart, every moments of my existence.

I am still a stubborn young lady. I am not used to say my love out loud, I am not used to excellently show that I always miss you two being around. Because I am still a stubborn young lady - playing and contemplating on her stupid imagination, her stupid ego, and her stupid boundaries.

Whatever words that ever slipped out of my mouth, or whether they were just being softly hummed within my heart that could ever hurt the two of you in any way, again I beg, please believe and trust me for certain that I never meant them to be in such way.

Definitely, you know me better than I know myself.
For everything, I am sorry.
For no ending, I love you deeply.


| Alhamdulillah.. |

13 February 2011

::: Berdiam Untuk Bersuara

Taman Bukit Aup, Sibu


Salam ukhuwah buat semua. Well, time flies pretty fast. Dah pertengahan February rupanya.. Dan duit pun mengalir terlalu cepat! Oh terima kasih ibu ayah kerana masih sudi menjadi 'ATM machine 24 hours without limits' kepada anakandamu yang bongsu ini. Aku betul-betul perlu mula bijak menyimpan. Ada target mahu dicapai. Target untuk merantau ke negara orang sekali lagi. Pastinya bukan UK! Begitulah akar ceritanya.. Tunggu hujung tahun, aku cerita lagi detailed okay :)

Dua gambar di atas, aku snap petang tadi guna Samsung Tablet. Bertempat di Taman Bukit Aup, Sibu. Pergi ronda-ronda dengan another 5 kawan-kawan yang sama-sama kebosanan.

Application yang baru aku rembat pun sungguh memberi kepuasan nafsu. Untuk yang berminat mahu kasi lip-lap-lip-lap gambar kat mobile phone korang, try la install application Vignette Demo dan Retro Camera.

So now, back to the main topic. Berdiam Untuk Bersuara.

Since the end of last year, I chose to keep my mouth sealed in most circumstances. Bukan aku nak jadi ignorant, tapi kadang-kadang berdiam itu cara aku untuk menyuarakan pendapat. Cuma yang bijak dan yang betul-betul seorang sahabat boleh faham akan cara aku tu. Bukan tanda aku marah, bukan tanda aku berkecil hati, bukan juga tanda aku tak ambil peduli. Cuma malas dah untuk berkata-kata. Berdiam itu pun satu cara aku 'bersuara'.

Aku jadi pemerhati dari jauh. Mungkin ada yang perasan, ada yang tidak. Itulah hidup. Setiap daripada kita merasakan kitalah watak utama dalam kehidupan. Sampai satu tahap, orang lain seperti sebatang pokok cuma - terpacak tak bergerak.

Aku tau ada di antara yang aku perhatikan itu, hatinya penuh belenggu. Berkira-kira ape itu sebenar cinta, apa itu sebenar teman setia, apa jurang antara keduanya. Dan aku juga tau ada di antara mereka seperti hilang arah tuju. Ke kiri ke kanan, akhirnya berkira-kira mahu undur ke belakang. Ada juga yang terlalu khusyuk jatuh cinta pada diri sendiri. Okay, itu extremely vain namanya! Pantang jumpa cermin, ye? Hahahaha. Funny, life is. That very second you are laughing, another next moment you are crying.

Tapi ingat, bila terjatuh yang sangat menyakitkan pungkoq, sila bawa duduk sekejap. Jangan tergesa-gesa mahu bangun. Konon berkira tentang masa! Pui! Kena percaya, setiap dari kita perlu masa untuk muhasabah. Duduk. Kemudian bangkitlah, dengan selangit kudrat untuk terus melangkah. Jangan duduk lama-lama pulak, nanti merata bisul tumbuh kat pungkoq tu..

Untuk yang tertanya-tanya kenapa aku sepertinya hilang suara, mengertilah, ini cara baru aku untuk berkata-kata. Berkata bahawa aku mahu lihat engkau jangan kalah pada perasaan. Jangan tumbang dengan khayalan. Jangan lalai perihal kehidupan.

Ingin aku ulang sekali lagi, I have told you so. And I know it is happening even without you telling me anything...


| i believe you know who you are |

9 February 2011

::: Bekerja Untuk Ibadah


Bekerja. Kata yang kebanyakan, itu sumber rezeki. Kata yang ramai, itu maruah dan masa hadapan. Kata yang sedikit, itu suatu ibadah.

Aku mahu suatu hari nanti, aku bekerja demi kerana Allah. Kerjaya aku bukan perihal suatu kekayaan, bukan perihal suatu kepuasan, bukan perihal suatu kemajuan. Tapi satu harapan. Harapan yang mereka andai, harapan yang aku boleh bantu untuk mereka capai.

Namun kena ingat, aku bukan Malaikat, apetah lagi Tuhan! Bukan dan bukan! Bukan aku yang mahu tabur harapan, aku cuma membantu kamu mencapai yang sedemikian. Aku bukan pemulih segala, aku bukan penyembuh semua. Aku cuma membantu mencari apa pemulihnya, mencari di mana penyembuhnya. Yang di hujung kelak, cuma pasti terletak pada yang Esa.

Ketika kerja, pasti ada banyak politik, pasti ada banyak skandal. Sana sini orang canang, sana sini semua orang sebenarnya sedar. Cuma kita mengaku atau tidak sahaja.. Sekejap-sekejap si polan hilang, sekejap-sekejap si polan tu pula rancak mencanang. Berkepit bersama hampir separuh hari. Si polan sini pula sana sini tunjuk gaya tunjuk paras rupa.

Kawan-kawan, hamba Allah, umat Rasulullah, mari duduk balik, kita muhasabah diri. Apa tujuan kita punya kerjaya? Tak kira dalam apa segala bidang, apa sebenar NAWAITU dalam hati kita?

Dalam 8 jam sehari waktu bekerja itu, entah berapa jam sahaja yang kita benar-benar ikhlas dan fokus pada kerjaya tanpa ada terselit perihal yang tak sepatutnya? Ada yang sehingga terbenam sinar mentari, terpacak semula si matahari, tetap menghadap yang dikatanya sumber rezeki.

Tapi kita kira setiap sen rezeki itu benar-benar halal kah? Kita kira segala usaha kita itu benar-benar pada restu-Nya kah?

Entah. Aku tiada jawapan. Kerana aku juga penuh khilaf, tidak sempurna dalam setiap bicara, setiap lakunya, setiap apa segala.. Mungkin kelak tatkala aku sudah mula bekerja, aku juga sama seperti kamu yang sering alpa terlupa nawaitu. Aku tidak mahu itu. Aku minta dijauhkan itu.

Duduk diam. Berfikir. Berubah. Ikhlaslah. Kerjaya kita itu adalah ibadah.


| nawaitu. nawaitu. nawaitu. |

3 February 2011

::: The Play

Life is not,
Neither does heart.
If they see either as a sort,
I will have to say this hard.

Running, fading, evaporating, disappearing,
I will, it will.

La Tahzan.
Because there ain't any point any more.


| it is always a circle.. of sadness and happiness.. |

13 January 2011

::: Kolam Baldi Panglima


Ini dia.. Budak kecik yang aku gelarkan sebagai si Panglima. Baru 5 tahun kalah tak silap.

Sungguh nakal sampai boleh buat jiwa jadi gila. Tapi bila fikir-fikir balik, kerenah itulah yang buat kami semua rasa gembira. Hidup happy penuh memory. Aiseh..

Hujung minggu sebelum menjelang tahun baru, si Panglima terkedek-kedek datang menyerang aku yang tengah layan mata stim depan TV. Selang beberapa minit, dia mengamuk kat aku - sebabnya aku tak kasi dia pinjam Samsung Tablet aku. Katanya dia nak bercakap dengan si Talking Tom yang bodoh kat dalam tu! Bazir battery Tablet aku je! Blwekkk!

Lepas tu aku halau dia, suh pi main jauh-jauh. Rupa-rupanya dia lari tak jauh mana! Cis! Stop kat car porch depan rumah kitorang, menyebok dekat ayah aku pulak. Ayah aku tengah layan cuci kereta lama kitorang. Si Panglima apa lagi, terus bukak segala baju. Yang tinggal cuma 'seluar katak'nya~

Tolong sental tayar kereta tak sampai 10 saat, selebihnya si Panglima gembira bersama baldinya. Dok 'menyelam' tak ingat dunia. Serupa snorkelling pun ada. Bezanya tak perlu bawa tangki oxygen.

Aku suruh posing, dia tetap layan juga! Hahahahaha walaupun tadi aku ni lah yang halau dia! Oh damn. Aku rindu budak Panglima!



| Kids are always happy!!! |

7 January 2011

::: 5 Jan Was My Birthday

dalam post yg akan datang, aku akan story pasal budak yang seorang ni!


And 5 January had passed so quickly :)

5 January, used to be my most awaited day in the year. But it was no longer as such anymore. Kenapa? Entah. Mungkin umur dah meningkat - memasuki suku kedua bagi satu abad. 26 years old. Amazingly unbelievable. Sangat muda kan?? Gosh. And I am getting younger!~ Yeha!!!

For me, there is nothing to hide about my age. Maybe not for the time being. Tak tau lah kot-kot nanti bile aku dah cecah 30 tahun, aku akan mula berahsia pasal umur aku. Jadi better korang jangan lose count of my age. Ingat! 2011, I am 26 years old!!!! Hahahahaha.

:devilishgrin:

Bagi aku, aging is a really tiring but enjoyable process. I shall be proud of aging - because as year passes by everyyear, I gain extra 'years old', i gain extra maturity, i gain extra experience, i gain extra everything!

Nonetheless, for this increasing age that I go through, firstly I praise upon Allah S.W.T atas usia yang Dia bagi pada aku setakat ni. Masih lagi aku bernyawa :) Masih lagi aku menyedut Oxygen kurang tepu yang semakin dihiasi debu-debu kotaraya. Alhamdulillah.

The two persons to whom I should be extremely thankful are my parents. Tanpa diorang, aku tak lahir kat dunia ni. Tak merasa segala-galanya - melihat langit biru bertukar mendung, melihat laut biru bertukar kelabu. Heh.

Tanpa kasih sayang dan bimbingan diorang, aku tak sampai ke tahap sekarang. For all those years - of love, hardship, courage, support and endless taught, I am so proud to be your daughter! You two are the most amazing and patience persons in my life. With my stubborn and rough attitude, I guess you are so used to that. Sorry for all the trouble, for all the sadness and for all the wasted time, money and energy that I have caused along these 25 years. And please don't stop loving, caring for and teaching me. In this journey of life, there is no one that I could have maximum trust on, except the two of you. Seriously, now I really know that life is not in any way cruel and unfair, but the people in the life are..~ Mom and Dad, I love you so much!

Next, of course I should be thankful to my only eldest Abang Ejan yang dah pun got married last year with Kak Ida (well hopefully tak lama lagi they will become parents too! yey!) Dari lahir, Abang lah kawan, Abanga lah lawan. Lawan bertekak memang dah selalu. Dah kata 2 beradik je. Nak gaduh dengan sapa lagi kalau bukan dia. Hikhik~ Tapi semenjak semakin meningkat dewasa ni, kami dah memang tak pernah berlawan suara. Kalau ada yang tak sependapat pun, akan dibawa berbincang secara matang. Waaa weeeeee~ Kami are quite well behaved now kan? :)

Incik Macha juga aku takkan lupa. Even kami baru mula dan masih lagi untuk mengenali hati budi masing-masing (for about 1 year plus now,) we have been through quite a lot. He brought joy and happiness into my life. He brought me sadness and sorrow too. Hahahaha. Ada balance di situ bukan? Well, itulah kehidupan. Tanpa dugaan dalam sesuatu hubungan, kita takkan belajar apa-apa. Anyway, he haven't bring me any Tiffany ring yet. Menunggu aku habis study maybe. Lol. Kidding je Macha~ :p

And to friends yang buat that small surprise at midnight before 5th January - Anis Suhana, Anis Sya, CT K, Sya, Nads dan Ika, thank you so much girls! Small but really surprising. I was busy doing my presentation slides, when I heard a loud group of people singing Birthday song and bringing a big Secret Recipe cake into my room. Oh touching. Saya budak tua yang diraikan oleh adik-adik yang begitu muda. Hik~ Thank you so much all my darlings friends!!!

Last but not least, thanks to all my dearest family members and friends yang bertubi-tubi memenuhkan wall facebook aku, inbox handphone, message kat YM as well as email. Thank you for your thoughts, guys and girls. You rock! I rock! We rock!

Ok sekian. (Maaf takde perenggan kesimpulan atau penutup. Ini break emergency namanya! hahahaha)


| To myself, Happy 26th Birthday. Keep on rocking baby! |