17 February 2010

::: Kes Buang Bayi - Malaysia vs UK

(ini issue serious. sila tutup sebelah mata jika tidak sanggup pening hempedu. jika sanggup, sila sama-sama ambik iktibar. Wallahu'alam)

di UK tengah kecoh dengan 2 kes kematian kanak-kanak (16 bulan dan 3 tahun). kes pertama terjadi Khamis lepas dan kes kedua terjadi semalam (Isnin 15th Feb). puncanya? terjerut di tali 'window blinds'.. kan tali untuk adjust bukaan blinds tu agak longgar dan kadang-kadang terjuntai-juntai dengan gembira. itulah yang meragut nyawa! tak diduga langsung. kesian...

:puppyeyes:

the local people sedang buat petisyen memaksa mahkamah keluarkan akta mengharamkan windows blinds demi memastikan takde lagi kes pelik macam tu terjadi... nampak tak betapa 'Child Protection' sangat kuat dilaungkan kat sini?

sampaikan kalau anak-anak kurus cekeding macam kurang zat (a.k.a tak cukup makan), parent s boleh dikenakan tindakan undang-undang. if dapat anak yang memang jenis tak suke makan? habislah korang duhai ibu-ibu dan bapak-bapak sekalian. undang-undang akan bidas - 'kalau dah tau anak tu jenis yang nak makan pun kena paksa, kenapa tak pegi jumpa doctor atau minta tolong dari pihak yang lebih pakar?' hambek ko nyah...! see? a very strong Children Acts!

dekat Malaysia pulak kecoh dengan kes buang bayi. depan surau, dalam semak, tepi lorong. frankly speaking, sepanjang 5 tahun aku bermastautin kat UK, belom penah lagi aku dengar kes pembuangan bayi macam kat negara 'tumpah-darah-mak-aku-time-melahirkan-aku' sendiri. kenapa??

1) adakah kerana kebanyakan mereka di UK ni tiada pegangan agama ataupun very open minded, maka rata-rata family mereka lebih terbuka dalam hal 'bayi luar nikah?'

2) adakah kerana di Malaysia, tekanan dan pandangan buruk terhadap 'bayi luar nikah' terlalu tinggi sehinggakan mereka lebih rela memperjudikan nyawa bayi-bayi yang langsung tak berdosa demi takut maruah diorang terjejas?

tapi pastinya rakyat negara kita akan menjawab no (2) dengan satu lagi persoalan - 'time seronok bermain' tak terfikir pulak pasal maruah?'

apa kata kita tolak dulu persoalan 'time seronok bermain' tu.. kita jawab dulu persoalan no (1) dan (2). untuk yang sudi membaca hingga ke taipan huruf yang terakhir, what do you think?

kenapa di sini (UK) kurang issue pasal kes pembuangan bayi? sedangkan di Malaysia, setiap tahun pasti kecoh di sana sini. tu belom termasuk kes-kes yang tersembunyi rapi. kenapa kah duhai anak-anak sekalian? kenapa??

:ha?:


| tertanya-tanya |

::: 2022 and its near end

It is near the end of 2022.  It really goes by at a blink of an eye. This year started with hope - loadssss of it. And I thought this year w...