26 February 2010

::: London - Aku Suka. Tapi... (Part 2)

sambungan dari Part 1

parents aku di depan Big Ben London


inside a tube


2) underground train/tube station terlalu maha besar!

kalau setakat sebesar KL Central, tu okay lagi. tetapi...? meh aku bercerita seperti penglipur lara berjaya. (dah ready untuk berimaginasi sambil membaca petikan novel? bermula....!)

aku seorang gadis suci yang tinggal di Kawasan A. satu pagi, aku nak pegi berjimba ke Kawasan G. ada banyak choices of transportation. aku yang gedik dan getik ni pun pilih la tube.. tube adalah keretapi yang tersembunyi di bawah tanah. bukan tube yang dipakai oleh gadis-gadis pra-matang untuk menutup ape yang tersembunyi di dada mereka.

:devilishgrin:

so aku kena ambik tube dari Station A ke Station G. total perjalanan tube tu mungkin mengambil masa 4 minit sahaja. pantas bukan? tu kalau takde pertukaran platform la tau!

malangnya, dari Station A ke Station G aku kena transit dulu kat Station C sebab perlu change from Platform 1 to Platform 2. ini kerana tak semua tubes dari Station A akan direct pegi ke Station G. tube yang menghala ke Station G cuma berangkat dari Platform 2 di Station C tu je.

setakat ni, pening tak? kalau tak pening, maksudnya korang boleh apply keja kat Jabatan Land Survey. tahniah! meh sambung lagi...

dari Platform 1 Station C, kalau takat berjalan lenggang lenggok tali kecapi dengan langkahan kadar rata selaju 5km/jam, kira-kira 5 minit baru aku sampai kat Platform 2. kalau aku mampu berlari laju seperti Usain Bolts, serta rela meredah dan melanggar segala jenis makhluk yang sedang turut sama berpusu-pusu dalam station tu, mungkin aku boleh sampai dalam masa 2 minit. tapi jangan lupa pasti ada 'calar balar di hati' hasil makian umat-umat yang dilanggar ketika sesi berlari ala-ala Usain Bolts tadi.. ko rela? aku tak rela!

total perjalanan tube dari Station A ke Station G memang 4 minit je. tapi kalau ditambah sekali dengan time to changing platform tadi tu, dah jadi 9 minit kan bai?

actually selain daripada menggunakan tube, aku boleh je jalan kaki dari Kawasan A ke Kawasan G. mungkin mengambil masa 8-10 minit. kalau korang tak derhaka dengan cikgu matematik kat sekolah dulu, pasti korang leh nampak cara mane yang lebih mudah, plus free pulak tu! cuma mungkin mengigil sedikit dek kesejukan kota London.

kesimpulannya, nak tinggal di London kena bijak berimaginasi dalam merancang perjalanan. jangan main naik or main jalan je... ada berbelas-belas lines of tube networks kat sane. bertindih-tindih. untuk pergi dari Station A ke Station G je ada lebih dari 5 cara - melalui tube networks yang berlainan dan bertukar platform di stations yang berlainan.

untuk yang first time datang to London, boleh migraine dibuatnye.. itu sudah pasti! tak percaya? sila klik gambar kerdil di bawah untuk tatapan mata yang lebih lancar.



| hujung minggu tiba, patutkah ke London lagi? |

::: 2022 and its near end

It is near the end of 2022.  It really goes by at a blink of an eye. This year started with hope - loadssss of it. And I thought this year w...