3 February 2010

::: Usaha Sikit, Harta Melimpah

Mercedes. iya, memang cantik dengan susuk tubuh yg mengiurkan. boleh bermimpi didatangi sang bidadari jika tertidur dalam kereta Merc ini. argh nikmat dooniawee~

mase kecik-kecik dulu bapak aku selalu pesan, 'belajar rajin2 nanti dah besar dapat hidup senang, dapat beli banglo 5 setengah tingkat, dapat beli kereta mewah 28 bijik berderet kat laman rumah'.

tapi sekarang bila dah remaja (betul! aku masih remaja lagi okay!) kawan-kawan plak banyak bersuara, 'masuk la MLM ni MLM tu, hujung bulan ni gerenti boleh bayar down payment kereta baru'.

oh, begitu mudahkah? aku ingatkan kena belajar tinggi-tinggi dulu, kena keja bagai nak tercabut lengan dulu, then baru boleh dapat hasil yg lumayan...

faham ke cerita dongeng aku kali ni? aku bukan nak perlekehkan sesiapa yg bergiat dalam aktiviti MLM (multi level marketing) ni, yg katenye ada sistem business hierarchy, win-win situation, ko kaya-aku kaya, ko jatuh-aku still boleh kaya..

lain orang lain cara mereka berusaha. tapi bagi aku, tiada yg lebih memberikan kepuasan melainkan benda yg kita usaha sampai basah lencun ketiak kita sendiri. bagi aku, MLM mungkin boleh dijadikan as a 'side income' but to be the 'main earning' to support a family, aku agak kurang yakin. maaf, sekadar pendapat peribadi.

by the way, dah puas tengok gambar Merc kat atas tadi? mau tau sape pemiliknye? pemiliknya adalah seorang pakcik yg mempunyai sebuah kedai runcit yg very very the sangat kecik - tak sampai 30 metres square kot. besar sikit je dari bilik aku sekarang.

yg berwarna biru di bawah adalah kedai dia. lokasi kedai tu hanyalah sekangkang siput dari kawasan tempat tinggal aku. tak dan nak puas menghirup udara segar, alih-alih dah tiba kat depan pintu kedai dia.

korang nampak kan hasil yg dia dapat? mungkin korang boleh pertikaikan, 'ala kereta kat UK kan murah'. but then, jangan sekali-kali korang hilang daya ingatan bahawasanya living cost di sini pun sangatlah mampu mengosongkan akauan simpanan korang dalam masa sekelip mata.

biar kecik tapi yakin, pasti kita dapat habuan yg setimpal. berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian, kalau tak pandai berenang, sila belajar sebelum terlambat sebab pihak keselamatan belum tentu dapat datang tepat pada masanya.


| dengan penuh kudrat.. |

::: 2022 and its near end

It is near the end of 2022.  It really goes by at a blink of an eye. This year started with hope - loadssss of it. And I thought this year w...