pagi tu mak tiba-tiba suruh aku bersiap pakai baju kurung - ada tetamu nak datang katenye. aku turutkan aje. ingatkan ada sedara mara menjenguk dari kampung.
lepas zohor, tiga buah kereta tiba. ada 10 orang - siap bawak dulang. aku jenguk dari tingkap bilik tidur kat tingkat atas. musykil. hati dah berdebar-debar. kak ida (i.e. tunang abang aku) masuk menjenguk ke dalam bilik. dia tanya aku dah siap ke belum. dia nak bawak turun bawah.
aku tanya la sapa yang datang. kak ida kata ada orang masuk meminang aku. aku kelu sangat-sangat. hancur luluh segala emosi. kecewa dengan parents aku. kenapa diorang buat tanpa berbincang? ini hidup aku, biar aku yang tentukan!
kak ida pujuk aku turun ke bawah. hati aku sebak yang amat! air mata bergenang tapi apakan daya, aku tak nak menderhaka. kalau itu yang keluarga aku mahukan, aku redha. mungkin aku dan incik Macha bukan ditakdirkan bersama. Allah lebih tahu.. bergelinang air mata.. sebak dada..
aku dah tak mampu mendongak melihat tetamu yang datang. aku duduk bersimpuh sebelah kiri mak. masing-masing membisu. cuma kedengaran pihak lelaki sedang berbincang dengan wakil dari pihak kami..
10 minit lepas tu, mak berbisik mintak aku senyum. dia kata dia nak tengok aku bahagia. tapi ini hidup aku. aku bahagia dengan incik Macha, mak tak tahu ke tu semua? malangnya tu cuma dengusan aku di dalam hati. aku tak mampu bersuara langsung. bergenang lagi air mata. menitis tanpa disedari sesiapa.
beberapa minit kemudian, muncul seorang aunty di depan aku. agaknya, mak dari pihak lelaki. aku masih tunduk, tak mampu melawan takdir yang sungguh tak diduga.
aunty tu hulurkan tangan dan jari-jemari dia menyentuh dagu aku. perlahan-lahan dia dongakkan kepala aku. tatkala mata kami bertemu, maka mengalirlah titisan air mata panas yang kian laju. dia datang dekat, mengucup dahi dan menyapu air mata yang lebat mencurah turun. aunty tak tahu ke saya sudah ada pilihan hati sendiri? aku cuma layak menjerit dalam hati.. kecewa yang tak terungkap....
tiba-tiba aunty tu bangun dan beredar. aku tunduk kembali. tak rela melihat apa yang bakal terjadi. saat itu aku berdoa yang tu semua sekadar mimpi buruk di siang hari. 30 saat lepas tu, aunty tu datang balik, duduk bersimpuh depan aku yang masih tunduk ke bawah.
dari lirikan hujung mata, aku tau aunty tu bawak anak lelaki dia sekali. sekarang kedua-duanya sudah ada di depan. mak berbisik, memujuk aku untuk mendongak kepala. mencurah-curah air mata aku jatuh. aku kuatkan hati.
mungkin inilah takdir dan destinasi aku. mungkin incik macha sekadar cinta yang Tuhan datangkan sebagai pengalaman..
dengan segala kudrat, ditemani kelopak mata yang kuyu, aku dongak perlahan-lahan.. aku perhatikan aunty tu sangat tenang. dia pandang lelaki di sebelah kanannya, sebagai isyarat supaya aku melihat ke arah anak lelakinya yang bakal bergelar tunang arieza dalam sekelip mata.
dengan penuh terpaksa, aku toleh jugak... lelaki tu tersenyum lebar, sambil nakal mengenyit mata. ya Allah! incik Macha???
hanya Allah sahaja yang tahu betapa hati aku bahagia ketika mata kami bertentangan. kenyitan matanya sudah cukup untuk membuat aku tersenyum bersama air mata gembira.
aku pandang ke arah mak, dia tersenyum sambil mengangguk. aku peluk mak kuat-kuat. sesungguhnya mak aku memang mengerti tentang cinta di hati anak bongsu dia ni. aunty sarungkan cincin di jari manis aku. aku salam dan kucup tangannya.
ketika kami berpelukan, aku melirik memandang incik Macha yang sedang memerhati dari belakang. aku lihat matanya merah. aku tahu dia turut bahagia. aku tutup mata. terima kasih Allah. inilah bahagia yang kami cuba bina..
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
'semalam i call you, you tak answer... you kata you keluar pegi dinner...'
hoh? mane datang lagu zee avi pulak ni? owh. ada message masuk.
argh! baru nak release tension sebab exam dah dekat!! menghancurkan mimpi indah!!
| bertunang dalam mimpi, kira valid tak? |